siapakah yang ambil peduli?

Oct 8, 2009

ptg semlm sorg rakan sekerja menyerahkan satu kertas yg terkandung maklumat bajet utk satu program yg kami rancangkan pd awal bulan hadapan.
waktu itu jam 4:30 ptg.
semasa perbincangan utk mengadakan program tersebut aku ditugaskan utk menyiapkan pengenalan & objektif program selain menghubungi sebuah institusi utk lawatn kerja. aku dah siapkannya pd isnin sbb aku tahu yg aku akn bercuti seminggu bermula hari ni.
aku dah serahkan bhg pengenalan & objektif. aku jgk dh hubungi institusi utk dilawati itu & disusuli dgn surat rasmi.

berbalik pd sekeping kertas yg dihulur olh rakan sekerja tadi. di atasnya tercatat tulisan tgn boss, siapkan k.k.
bukankah dia tahu aku akan bercuti? bukankah dia yg luluskan cuti aku? bukankah aku cuma ditugaskan utk menyiapkan sebahagian kertas kerja itu shj & yg lainnya akan diuruskan oleh rakan sekerja td? kenapa rakan sekerja itu lps tgn?

anehnya rakan sekerja itu hanya buat mula blank & blur bila aku katakan yg aku akn cuti hari ni. takkanlah aku boleh siapkan kertas kerja dlm masa 1 jam seblum balik. atau dia harap aku buat overtime semata2 nk siapkan kertas kerja itu...no way! yg pastinya kalau aku tk buat maknanya tkkan siaplah. seterusnya akn terbengkalailah program tu . . .seorg lagi rakan sekerja yg juga hadir dlm meeting merancang program itu, ttp langsung tdk diberikan sebarang tugasan. dia ambik sikap tdk tahu saja. aku tk salahkannya . . . sbb ada kes baru-baru ni, cutinya yg aku luluskan semasa pemangkuan tugas, tlh dibatalkan olh boss. lantaran itu dia mengambil sikap buat tak peduli saja.

jadi bolehkah aku jugak buat sikap tka ambil peduli? tidak. itu bukan aku. katakanlah aku ni lurus. tidak. aku buat kerja bukan utk diri aku. aku buat kerja bukan utk dipuji. aku buat kerja bukan sbb diarahkan. aku buat kerja krn tanggungjawab. sekarang, kalau kertas kerja tu takda siapa yg nak buat, siapa yg akan buat? kalau tkda siapa yg buat, maknanya terbengkalai lah jadinya? macam mana? aku kan dah mula cuti esok?

enggan menjadikannya alasan aku ambik keputusan. aku akan siapkannnya. mlm ni di rumah. kalau tdkpun siap keseluruhan dgn sempurna, sekurang-2nya sebhgaiannya dpt dikemas kini utk diserahkan bagi kelulusan pihak pengurusan. aku ambik soft copy dpd rakan sekerja yg menyediakan bhg bajet & seorg lagi yg menyediakan program. aku telefon wifey utk bwk balik lap topnya.

mlm tadi aku siapkan sebahagian kertas kerja. detailnya boleh dikemas kini oleh boss. atau rakan sekerja yg lain. takkanlah itu pun tk boleh jugak. melampaula. kerjanya mudah saja. aku gabungkan apa yg aku dah siapkan, dgn bhg yg sudah disiapkan olh rakan sekerja lain. hasilnya, hampir 85% siap sbg kertas kerja. aku e-melkan pd boss mlm td juga. aku cc kan pd rakan2 sekerja yg lain. itu sebenarnya sbg 'sindiran' pd mrk. kalau tk fhm jugak tak tahulah. aku boleh siapkan kertas kerja seorang diri, di rumah, pd masa cutiku dlm masa tk sampai sejam. segalanya mudah kalau kita berikan komitmen, bukan asyik menyalahkan org lain atau ambil sikap tk peduli sbb ada 'org lain' yg akan buatkan atau selesaikan kerja utk kita.

0 refleksi: