terperangkap dalam kereta

Oct 30, 2009

dlm perjalanan pulang dr ofis ptg semlm, terima sms wifey berpesan ambik erin di taska. sbb wifey ada urusan kerja mendesak di KL, lewat pulang.
langit mendung sepanjang pemanduan dr kl-nilai. langit gelap semakin ketara bila memasuki nilai. kebanyakan kenderaan di jalan raya sudah mula memasang lampu. jangkaan aku, hujan lebat akan turun bila2 masa.
setiba di taska, hujan mula turun. sebaik erin masuk ke kereta, hujan menjadi semakin lebat. jarak perjalanan antara taska erin dgn rumah aku tk sampai 2 km. dek krn hujan yg sgt lebat, hinggakan aku terpaksa memasang wiper kereta paling laju. aku memandu perlahan. jarak penglihatan hampir sifar.
hujan lebat disertai jgk dgn halilintar sabung menyabung & bunyi guruh berdentum.
setiba di dpn rumah, hujan terus mencurah-curah. aku tk dpt masuk ke porch krn kereta wifey diletakkan di situ. nyatanya wifey meninggalkan keretanya di rumah & menggunakan kereta kompeni utk urusan di KL.
disbbkan hujan yg sgt lebat, payung pula aku letakkan dlm bonet kereta, aku katakan pd erin, "kita duduk dlm kereta dulu, kejap lagi hujan berenti". kilat terus memecah gelap & guruh berdentum. erin kelihatan takut & memekap telinganya. aku peluk erin, spy dia rasa selamat. kami terperangkap dlm kereta.
hujan terus turun spt tak mahu berhenti. sehingga aku & erin berada dlm kereta tk kurang dpd 20 minit di depan rumah sendiri!
bila hujan reda sedikit, aku ajak erin berlari masuk ke rumah. basah kuyup juga. ttp nampaknya erin kelihatan lebih selesa & 'selamat' bila berada dlm rumah . . .

0 refleksi: