gerak hati atau kebetulan

Oct 29, 2009

entah kenapa aku berasa ada yg tak kena dgn keretaku.
tambahan pula aku tdk memandu kereta ke mana2 sepnjang bercuti sakit sejak seminggu lepas.
memang menjadi rutin aku, kalau kereta tdk dipandu ke mana2 utk tempoh 2-3 hari, aku tetap akan menghidupkan & memanaskan enjinnya.
ttp gerak hatiku, berkata-kata bagai ada sesuatu yg berlaku pd keretaku dlm waktu terdekat. walaupun aku tdk langsung menghadapi masalah menghidupkan enjin kereta.

pd pagi isnin, aku perlu ke klinik utk jalani ujian darah.pagi itu jugalah, spt gerak hati sjk beberapa hari sebelumnya menjadi kenyataan.keretaku tak dpt dihidupkan. kemungkinan besar, masalah bateri yg lemah. ini bukanlah sesuatu yg luar biasa krn aku sudah mengalaminya beberapa kali. tambahan pula bila menggunakan kereta jenis automatik. memang kalau bateri dah 'kong', makanya tak bergeraklah kereta.

kalau aku mintak pertolongan jiran, aku pasti mrk tiada masalah atau tdk keberatan membantu. masalahnya, pd waktu begitu, kebanyakan jiran tdk ada di rumah krn sudah keluar bekerja.
maka terpaksalah aku 'menyusahkan' wifey. yg terpaksa memandu pulang dr ofisnya. aku gunakan kereta wifey utk beli bateri & memasangnya sendiri. tdklah payah sgt. mungkin pengalaman sebelum ini bnyk membantu. itulah kelebihannya pengalaman.

aku tdk terkejut kalau ada pemilik kenderaan yg tdk pernah menukar bateri keretanya sendiri atau menukar tayar kereta mrk yg pancit. walaupun sudah memiliki kenderaan sjk bertahun-tahun. kalau terjadi begini, apa agaknya tindakan mereka? pastinya mrk hilang punca, mungkin ada yg beranggapan kereta mrk rosak & memerlukan bantuan mekanik atau bengkel kereta. walhal hanya bateri sj yg perlu digantikan

cuma aku terfikir apakah memang benar gerak hati atau sekadar kebetulan shj, tentang apa yg berlaku pd keretaku?

0 refleksi: