izinkan aku berehat sejenak

Oct 26, 2009

ada perlwnn besar antara MU vs liverpool mlm td. anehnya, aku tk peduli pun.
meski bertubi dtgnya sms dpd penyokong the reds. bagai dh jadik juara lagaknya . . .
ada bnyk panggilan masuk hari ini, satu pun tk ku jawab.
kotak fikirku sebenarnya dah penuh. atau mungkin itu tanggapan ku shj.
itulah yg berlaku. aku tk dpt berfikir dgn tenang.
daya fikirku tdk tajam, malah berkecamuk.
nk tonton tv pun aku tk dpt berikan tumpuan.
aku lebih senang, duduk berehat, memandang siling yg kosong.
tanpa tv. tanpa akhbar. tanpa internet. tanpa radio. tanpa sesiapa di sisi.
berhenti dpd berfikir. bukan aku tk mahu, tp aku tak mampu.
setiap kali aku cuba berfikir, aku jadi tdk tenang. fikiranku berserabut. aku jadi gelisah.
apa agaknya ini semua ada kena mengena dgn demam yg ku alami?
ya, kemungkinan besar.
kalau ada kawan2 yg cuba menghubungiku sejak seminggu ini, maafkan aku jika membuatkan kalian tertanya-tanya, menunggu jawapan.
mungkin aku belum pulih. kalau pulih pun, belum pulih sepenuhnya.

0 refleksi: