kita hilang kepedulian. kita menjadi seorang yg berprasangka buruk. sedangkan kadangkala apa yang kita lihat itu hanyalah luaran. persepsi semata-mata. bukan realiti sebenar.
bila orang lain cuba melakukan yg positif. kita memandangnya dgn sinis. kita cap dia sebagai malaikat. yang tak punya emosi. yang lurus bendul. yang kaki bodek. yang lembik.sedangkan org itu, melakukannya dgn jujur. sbb dia berpandangan positif. dia tidak bersikap negatif. dia jugak punya emosi. tetapi tindak tanduknya tdk dipengaruhi emosional.
menulis pasal fikiran positif & emosi, aku teringat satu filem yg kutonton di tv. aku dah lupa tajuknya. kisah insan biasa. keluarga biasa, tdk kaya, tdk miskin, sederhana saja. dia seorang isteri kepda 3 org anak. suaminya bekerja pejabat. dia pula seorang jururawat. baginya, hidup mereka sekeluarga sudah cukup 'sempurna'.
tapi pandangan suaminya berbeza. sbb suaminya, bekerja pd waktu pejabat, di siang hari. manakala si isteri, bekerja syif, di sebelah malam. mrk jarang bertemu di rumah. kurang berkomunikasi. akhirnya pd suatu hari, si suami menceraikannya. alasan si suami, dia rasa hidup mrk, tunggang langgang, ada kalanya mrk tak berjumpa sampai seminggu walaupun duduk serumah. mereka hanya bercakap apa yg perlu sj. akhirnya rumah tangga mereka hancur. porak peranda. kesempurnaan menurut pandangan si isteri, ternyata pd satu sudut shj. sudut pandangannya sendiri sj. sdgkan pandangan suaminya berbeza.
sejak itu, si isteri (ellen)memandang kehidupan ini secara sinis. semua perkara yg berlaku padanya & sekelilingnya dilihat dgn kaca mata negatif. baginya, semua org membencinya, semua lelaki spt bekas suaminya yg lepas tangan, semua org cuba menganiayanya. apabila majikannya menukar syifnya kpd waktu siang, dia menyalah anggap yg dia kini sudah tua & tdk cekap lagi utk bekerja di syif mlm. sdgkan majikannya menukar syif itu krn kasihankan anak2nya yg terbiar, bersendirian mengurus diri utk ke sekolah tanpa bimbingan ibu bapa.
hinggalah satu hari, salah seorang anaknya didapati hilang. ellen menjadi tak keruan. tak tahu apa nak buat. hinggalah dia mendapat bantuan dari ramai org. rakan sekerjanya, jiran tetangganya, rakan sekolah anaknya, guru sekolah anaknya, pihak berkuasa spt polis, sukarelawan, pendek kata semua org. bila anaknya ditemui, terbongkarlah kisah, yg dia hanya merajuk & melarikan diri dr rumah krn meluat dgn sikap ibunya yg memandang serba- serbi kehidupan sbg negatif. barulah ellen tersedar dpd kesilapannya. betapa dia menghargai bantuan dpd semua org yg dipandangnya dgn persepsi negatif dan sinis. walhal mrk itulah yg bersusah payah menolongnya di kala kesusahan.
ellen akhirnya berubah sikap. mula memandang kehidupan dgn fikiran positif.. . .
0 refleksi:
Post a Comment