nisbah prestasi dari kaca mata pesakit

Oct 29, 2009

petugas kaunter
hari pertama aku ke situ. wajahnya tk begitu kelihatan sbb pakai topeng muka. aku katakan pdnya, yg aku nak buat ujian darah. aku tk berapa jelas arahannya spy tekan butang no. giliran & tinggalkan salinan no. dlm kotak. maknanya sebelum buat ujian darah, aku perlu berjumpa doktor terlebih dulu. jadi aku menunggu2 hinggalah no. giliran ku 'dipotong' olh no berikutnya. bila aku komplen barulah dia tergesa2 mendaftarkan aku sbg 'pesakit baru'. hari2 berikutnya, aku dibenarkan terus diambil darah & buat ujian tanpa perlu mengikut no. giliran. tp sepanjang seminggu aku berulang alik ke situ, sekali pun aku tdk melihat dia tersenyum. senyuman bukan sj boleh dilihat dpd mulut/bibir (yg bertopeng) ttp jg dpd mimik muka, mata dll. wp jelas tertera pd poster di dinding "mesra" dan "senyuman". sudahlah tkda kata ucapan "selamat pagi", "boleh saya bantu. . ." pandang muka kita pun tk nak. tunduk sepanjang masa. tk mengapalah, mungkin dia tdk mesra pelanggan, takut aku ngorat dia, atau dia ada penyakit tk boleh senyum. biarkan sajalah . . .
(4:10)
pembantu perubatan (ambik darah)
aku tk tahu, apa jawatan sebenar mrk. nak panggil jururawat, takda gaya jururawat pun. 2 dua org yg ditugaskan mengambil darah utk diuji & dihantar ke makmal. yg seorg tu agak peramah, sentiasa senyum. berhati-hati semasa menyuntik jarum. tak sakit sangat. yg seorang lagi, tak berapa mesra. suntik jarum pun agak kasar & sakit. lima dpd tusukan jarum di lengan kanan & dua lagi di lengan kiri. mujurlah 4 kali aku dicucuk olh yg senyum & peramah itu, manakala 3 kali olh yg seorang lagi. kalau tdk, yg tak sakit pun terasa sakit. kalau tdk sakit di lengan pun mungkin sakit di hati. sudahlah tu, setiap kali aku diarah supaya masuk ke bilik utk diambil sampel darah, aku terpaksa menunggu mrk yg biasanya tdk ada di bilik itu. ada satu hari tu, aku kena tunggu hampir 20 minit. alasannya waktu tu dh jam 10:00 pg waktu rehat. tak boleh tangguh, rehat itu wajib, seminit pun tk boleh lewat utk berehat! pd satu kali tu, lengan aku dicucuk dgn mulutnya masih mengunyah makanan.
(8:10 / 5:10)
pembantu makmal
bila darah aku diambil & diletakkan dlm satu bekas berbentuk sp tabung uji, aku perlu hantar ke kaunter makmal utk diuji. ttp sepanjang 7 kali aku berulang alik ke situ cuma pd terakhir saja ada pembantu makmal di kaunter itu. pd hari2 lainnya, tdk ada org menjaganya. kebiasaannya, aku perlu menunggu 10-20 minit sebelum pembantu makmal muncul. ujian & keputusan ujian darah hanya mengambil masa tk lebih 3 minit. aku tahu hal ini sbb pd satu hari, pembantu perubatan yg mengambil darah aku sdr yg melakukan ujian makmal berikutan pembantu makmal tdk ada di tempatnya.
(3:10)
penolong pegawai perubatan
bnyk menjelaskan keadaan. memberi nasihat. memberi maklumat yg perlu & menjawab setiap persoalan yg aku ajukan. menyedapkan hati yg sedikit bimbang & gelisah. murah hati memberikan cuti sakit tanpa diminta. ttp agak goyah & teragak-gak bila melihat bacaan platelet aku semakin menurun terutama pd ujian darah hari ke-4. dia merujukku pd pegawai perubatan utk mendptkan pendpt kedua.
(7:10)

0 refleksi: