- tak kira nak update gak ... -

Feb 14, 2012

biasanya setiap kali aku menginap di hotel
perkara pertama aku buat ialah ambik gambar sebelum merasmikannya.

boleh tahan la selesa dan luas...cantik pun ya

ada ruang tamu lagi utk lepak, buat kerja sikit
dan tengok tv.

dan paling best, jengok balkoni nampak view ni....

- ofis anda di bilik mesyuarat -

aku sepatutnya 'terbang' ke p. pinang petang ini. menghadiri mesyuarat untuk merangka sebuah proposal kepada kementerian. namanya mesyuarat, tetapi memakan masa sepanjang hari. dijadualkan dari 9.00 pagi hingga 5 petang. jadi aku perlu 'terbang' balik semula pada malam itu juga. sebab keesokan harinya perlu hadir ke pejabat seperti biasa.

untuk uruskan tempahan tiket kapal terbang dan hotel penginapan itu bukanlah masalah besar. memanglah seperti lazimnya perlu 'mendahulukan' duit poket sendiri. tapi bila claim kemudiannya selalunya masalah kecil sahaja, cuma cepat atau lambat dapatnya.

yg menjadi 'kegelisahan dan kerunsingan' dalam hati aku ialah di mana sebenarnya 'tempat kerja' aku. di bilik ofis atau di dewan seminar atau di bilik mesyuarat? aku ni bukanlah seorang boss yg menjalankan tugas pentadbiran dan pengurusan. aku ada tugas spesifik yg ada deadline. sekarang ni banyak sangat kerja aku yg berlonggok, tersangkut, tertangguh, tak jalan, k.i.v.

lalu aku tengok balik sepanjang 15 hari bekerja untuk februari ini.
1-3 menghadiri seminar.
4-5 sabtu ahad
6 - cuti maulidul rasul
7 - cuti thaipusam
8 - hadir 2 mesyuarat - pagi dan petang
9 - pagi - buat kerja ofis , petang - mesyuarat bulanan kompeni
10 -12 bengkel di hotel
13 - perbincangan tak rasmi dgn boss, buat kerja sikit dan appointment dgn pelanggan.
14 - pagi - buat kerja ofis. petang - terbang ke p.pinang
15 - mesyuarat sepanjang hari
jadi. kalau dikira, berapa jam saja aku ada di ofis. buat kerja. mana nak kejar deadline. mana nak kejar k.p.i.

aku sepatutnya buat tempahan flight dan hotel selewat-lewatnya minggu lepas. dan kehadiran aku untuk ke mesyuarat di p.pinang itu sudah pun disahkan. tapi aku terpaksa ambil keputusan sendiri. demi 'kepentingan' aku jugak.
"sesekali kita perlu bersikap selfish"- kata seorang pakar motivasi.

jadi, aku ambik keputusan membatalkan pemergian aku ke p.pinang itu. keputusan yg aku buat sendiri. aku sedia ambil risiko. pagi semalam, aku jumpa boss. aku nyatakan keputusan aku. aku berikan alasan dan hujah. aku berikan justifikasi.

melihat kepada senarai yg aku berikan sepanjang 15 hari bekerja dalam bulan ini, aku hanya bekerja untuk 1 setengah hari saja atau lebih tepat 10 jam!
...dan boss terima penjelasan aku. lega!

petang ini tak jadilah aku 'terbang ke p. pinang. tapi untuk kali ini sajalah.
akan datang, tak tahu lagi...
kita ni bekerja makan gaji, ikut arahan orang atas.







- hujung minggu tanpa cuti -

Feb 13, 2012

maka berkampunglah aku utk berworkshop selama 3 hari 2 malam
(10-12 feb) di sebuah hotel di jln ampang KL.
oleh sebab intensifnya, bermula dari 9 pagi hingga 11 mlm,
 waktu rehat hanyalah
untuk makan dan tidur shj.

terpaksalah mengorbankan cuti hujung minggu. tinggalkan famili.
tunda rancangan utk kemas rumah. lupakan aktiviti jalan-jalan layan perut.
apa boleh buat, nasib badannnn....

- rumah siap, tukul berbunyi -

Feb 9, 2012

akhirnya setelah hampir dua bulan juga berdepan dengan pencemaran bunyi dan udara. bau simen. rumah yg habuknya setebal 5 inci, berdepan kontraktor rumah yg disuruh lain dibuat lain, bertekak dengan staf majlis perbandaran yg tak mesra pelanggan, segala cabaran itu berjaya diharungi.

wifey dah tak perlu lagi mengemop lantai 10 kali sehari. aku dah tak perlu lagi tapau makanan di kedai sebab peralatan dapur tak boleh diguna untuk memasak. erin tak boleh main teddy bear sambil golek-golek di lantai. erol tak boleh main play stationnya sebab hanya boleh guna satu tv. eril tak boleh baca buku ceritanya dengan aman sebab bunyi bising dan ruang tamu berhabuk.

maka dengan rasminya, pada sabtu lepas, beberapa jam sebelum kami terbang bercuti ke langkawi, diisytiharkan renovation rumah siap sepenuhnya!

cabarannya, sekarang ialah untuk menyusun barangan rumah dan perabot. membersihkan segalanya yg berhabuk. mencuci segala yg kotor. mengeluarkan semula barang yg sebelum ini dibungkus dalam kotak. memasang semula segala perhiasan dan aksesori yang perlu digantung atau dipaku.

huh! banyak kerja weh....macam masuk rumah baru pulak jadinya.

apa pun syukur segalanya sudah selesai. selepas ini bolehlah tidur dengan aman. berehat dengan senang hati. bajet pun tak banyak lari. buat masa sekarang rumah kami macam main pondok-pondok. belum dikemas sepenuhnya. main sangkut dan letak saja mana perlu.

nantilah hujung minggu nanti, kena buat gotong-royong. silap-silap hari isnin ada yg m.c atau e.l.
yg pastinya, tukul pasti berbunyi walaupun rumah dah siap!

peribahasa sebenar:" rumah siap, pahat berbunyi"

- kami mahu terbang -

sabtu lepas kami sekeluarga terbang ke langkawi. sebenarnya wifey dapat diskaun hotel penginapan sehingga 50%. bukan hotel calang-calang jugak, 5 star untuk 3 hari 2 malam. jadi kami cuma perlu dapatkan tiket kapal terbang. ushar punya ushar pada satu malam yg tenang dapat jugaklah tiket dpd now everyone can fly . terus buat booking. kata orang, try lah masuk web site syarikat penerbangan tu tengah tengah malam. nasib baik, bulan cerah, boleh dapat diskaun atau harga runtuh. kalau tak percaya cer cuba ya...

ini kali ke-2 kami sekeluarga ke sana. bagi aku sendiri dah lebih 10 kali rasanya. kebanyakannya atas urusan kerja la. jadi, tempat kunjungan biasa lah, kereta kabel, padang matsirat, pekan kuah, dataran lang, makam mahsuri, galeri perdana, kampung buku, pantai chenang dan tempat tumpuan pelancong yg lain.

ada sikit masalah dengan gambar. sebab kamera digital cap ayam dah rosak, maka guna sajalah kamera henfon. timbul pulak masalah lain. entah macam mana terdelete pulak file gambarnya. jadi tak dapatlah nak di'buktikan' kami ke sana. tak kesahlah, yg pentingnya kami memang benar-benar ke sana. dan enjoy sakan.

koleksi perfume duti free

kali ini sewa kereta dan pandu sendiri. lebih bebas. setakat langkawi tak sesat punyalah. sedangkan nilai pun eden tak sosat...ha ha ha.

tak kesahlah walau sesekali tersasul jalan. tapi akhirnya sampai jugak ke destinasi yg dituju. malah oleh sebab persaingan syarikat sewa kereta dan kemahiran tawar menawar dapatlah kereta toyota yaris utk rm 100 sehari...


erol, eril dan erin cukup seronok sekali. wifey macam biasa, shopping sakan. rambang mata dia tengok set pinggan mangkuk dan alatan dapur. aku cuma target nak beli perfume je. yg lain nak makan angin puas-puas.

set pinggan mangkuk wifey
kedai idaman suri dan haji ismail group memang tak sah kalau tak dikunjungi. mujur juga dah bayar awal caj bagasi berlebihan. jadi kpd kengkawan yg naik kapal terbang tambang murah, sila masukkan awal-awal caj bagasi semasa tempahan tiket. kalau tak dia caj ikut berapa berat bagasi masa check in, bergandalah mahalnya. ini dipelajari dpd pengalaman lepas. sekali terkena, dua kali waspada.

dan tak lupa juga coklat dan t-shirt bertulis langkawi la. oooo...dan minyak gamat!

itulah sahaja cerita lawatan singkat kami ke bumi bertuah pulau legenda. tak banyak gambar macam blog happy irfa.

he he he. "syonoknya..." kata erin sambil menunjukkan gigi rongaknya.

- 3 hari seminar dan 1 anugerah -

Feb 8, 2012

walaupun 1 feb adalah cuti hari wilayah, tetapi ditabahkan jua hati utk menghadiri
international book conference yg dianjurkan oleh yayasan pembangunan buku negara dan oxford center of excelence. dirasmikan oleh menteri pengajian tinggi, dato' seri khaled nordin. maka berseminarlah aku selama 3 hari dari 1-3 feb.
banyaklah manfaat yg diperoleh dpd penceramah.

seminar itu diadakan sempena expo buku 1 malaysia. ramai juga pesertanya
dari luar negara dan tempatan. khabarnya mencecah 300 peserta.
jamuan makannya juga mencapai tahap antarabangsa jugak...heh heh

dah habis seminar, dapatlah sijil.
yg lebih penting diiktiraf oleh oxford tuh...

oh ya...yg terakhir tapi paling penting. aku mewakili kompeni
naik pentas ambik trofi ni. bukan alang kepalang "anugerah buku negara'
kompeni aku menang salah satu dpd 20 kategori yg dipertandingkan...!

- seminggu yang amat panjang -

Feb 7, 2012

ahah...lama jugak tak mengemas kini blog ni.
yep. sejak selasa minggu lepas.

sebenarnya sibuk dengan tugas rasmi.
menghadiri seminar dan forum. serta mewakili kompeni ke majlis anugerah.
lepas tu secara rasminya jugak rumah yg dlm renovation siap sepenuhnya. jadi cabarannya ialah utk mengemas dan menyusun atur semula perabot dan mencuci segala habuk dan kotoran binaan.
itu pun dibuat secara tergesa-gesa sebab nak mengejar pulak jadual terbang untuk bercuti ke langkawi.

semua itulah yg menyebabkan seminggu lalu menjadi begitu padat dan sendat.
hinggakan aktiviti berblog terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

okeylah. esok blog ni akan bersiaran  seperti biasa.