- jangan pandang sebelah mata -

Jun 29, 2012


sekarang aku dah tahu.
kalau pergi ushar-ushar promosi jual kereta model baru ke ape ke kena pakai smart.
bukan saja smart, kena lagak atau bergaya macam orang berduit.
kalau tak, takde sapa yang nak layan mamat sengkek.
mungkin kalau nak beli kereta yg tak berapa nak gah atau kereta nasional, dimaafkan kot.

cuba pergi pameran atau promosi kereta mewah.
kalau datang pakai selipar jepun, pakai jeans lusuh.
awek promoter buat tak nampak je, bila kita belek-belek kereta.
pusing-pusing stereng atau sandar-sandar kat tempat duduk kereta.
usahkan tak layan, pamplet pun dia tak hulur.

malahan bukan aje amoi promoter tak sudi. malah salesman pun pandang serong.
"ni mamat ni saja nak  ambik gambar masuk fb ni..."



tengah hari semalam, waktu lunch singgah jap kat promosi kereta.
kereta mewah yg baru dilancarkan.
memang pakai smart la.
baju kemeja, seluar slack, kasut kulit berkilat...
bergayalah sikit macam orang berduit...hu hu

fuh...berebut amoi promoter hulur pamplet.
siap bagi goodie bag lagi.
salesman pun sama datang nak bagi penerangan pasal kereta.
siap hulur kad nama. nak tolong kirakan down payment , urus trade in dan bayaran ansuran.
amoi promoter pun nak tolong booking kan test drive untuk kita, tanpa disuruh.

eh...bukan nak beli pun.
sama gak macam mamat selipar jepun & jeans lusuh tu.
nak belek-belek, nak merasa duduk dalam kereta mewah je.
tapi yg penting memang ada gaya macam nak beli satu, bawak balik jam tu jugak...! he he

aku rasa bukan takat kereta je.
yg lain pun sama. cubalah masuk ke kedai jual barangan mewah.
atau kedai pakaian berjenama atau butik.
mereka ni walaupun peniaga, tetap pilih bulu jugak...
iyalah, buang masa je layan pelanggan yg nampaknya macam tak mampu.

- pak mael, pak guard mesra alam -

Jun 28, 2012

ada sesetengah pak guard mungkin ingat dengan bermuka serius, dia akan tampak berketerampilan.
ada juga pak guard yg macam 'lebih sudu daripada kuah', nak tunjuk kuasa lebih-lebih.
tapi, ramai pak guard yg aku kenal sebenarnya 'mesra alam'.
sekarang ni ramai pak guard yg 'diimport' dari nepal, india, bangla...

semalam semasa berurusan di perpustakaan negara, pak guardnya begitu ramah mesra sekali.
itu mengingatkan aku pada pak guard yg aku panggil pak mael.

dulu, pak mael bertugas di pondok pengawal di kawasan perumahan aku.
pondok pengawal tu terletak betul-betul belakang rumah aku.
keluar masuk kenderaan dikawal rapi oleh pak guard.
pic hiasan je...ni bukan pak mael he he
pak mael peramah orangnya.
dia 'mendakwa' yg muka aku mirip bekas boss tempat dia bekerja dulu.
kalau ada kesempatan, kami akan berbual, terutama waktu petang bila aku balik dari kerja.

kalau petang sabtu atau ahad, wifey selalu buat minum petang.
kadang-kadang dia buat kuih. ataupun goreng pisang atau keropok.
jadi, aku akan hantar makanan pada pak mael di pondok.
kalau takde benda nak makan pun, wifey akan buatkan pak mael, kopi atau teh.

itu membuatkan pak mael, rapat dengan kami.
pernah dia datang beraya ke rumah kami dengan bawak keluarganya, sampai 3 buah kereta.

yang seronoknya, pak mael selalu beri pada kami tanaman dan ulam kampung.
kadang-kadang dia bagi pucuk paku, kacang botol, ubi kayu, serai, terung yang ditanam di kebunnya.
malah dia tolong tanamkan dua batang pokok pisang kat belakang rumah aku tu.
sesekali dia belikan anak-anak aku, gula-gula atau coklat terutama bila hari gaji.
dia melayan anak-nak aku macam cucu-cucunya

kira-kira dekat 2 tahun jugakla, pak mel bertugas di situ.
hinggalah dia ditukarkan ke tempat lain oleh kompeni sekuritinya.
lepas tu, pak guard yg ada taklah semesra pak mael.
namun, mereka takdelah menyombong. cuma sekadar bertegur sapa - ber 'hai, hai' dan ucap salam ajalah.

aku masih ingat, pada hari terakhirnya bertugas, pak mael datang ke rumah.
dengan air mata berlinangan, dia peluk aku sambil ucap selamat tinggal.
katanya, sepanjang dia bekerja sejak muda dulu sampai lah dah nak pencen, tak pernah jumpa keluarga yg baik macam kami.
sebab katanya, orang selalu pandang rendah pada pak guard

kepada pak mael, walau di mana saja dia berada sekarang, kami akan sentiasa ingat kan pak cik.
malah pisang yg ditanam oleh pak mael sudah beranak pinak, dan berkali-kali kami makan buahnya.
berkat keringat dan kemesraan seorang pak guard bernama pak mael...


- mengapa ini harus terjadi...? -

Jun 27, 2012


7-8 julai 2012

aku akan berada di PD sebagai fasilitator sebuah bengkel.

7-8 julai 2012

wifey akan berada di Cameron Highlands sebagai peserta kursus wajib untuk kompeninya

7 julai 2012

erol perlu menghadiri ujian khas di sekolahnya

7 julai 2012

usu akan mengadakan majlis kenduri doa selamat dan cukur jambul anaknya

7 julai 2012

kak lang perlu berada di rumah usu sebagai jemputan. termasuk juga ahli keluarga Nilai  yg lain

tengah pening kepala macam mana nak arrange budak-budak ni....
aduhai...kenapa la tarikh tu yg terpilih!

- jangan salahkan keyboard anda -

Jun 26, 2012


orang selalu kata work smart lebih baik daripada work hard.
kadang-kadang ianya memang perlu.
walaupun kadang-kadang itu lebih menampakkan kita macam pekerja yg, asal siap sudah.

nak tulis surat rasmi misalnya.
buat template, lepas tu copy paste ajelah.
itu yg selalu timbul masalah, tarikh terlupa nak tukar.
puan jadi tuan, encik jadi cik, datuk jadi datin.


jadi, pagi ni aku sudah buat silap.
membalas surat arahan kerja dari super big boss.
...dan surat tu sudah pun dihantar oleh mat despatch pagi ni.
entah kenapa gatal tangan aku tengok dan baca salinan surat tu dalam tray.

semuanya ok.
tarikh....ok.
gelaran tan sri...ok.
cuma bahagian akhir surat buat aku senak perut dan kepala sikit serabut...

"pihak kami akan memberi maklum balas kepada tan sri dalam masa yang tersekat"

adeh...kantoi.
harap-harap la dia baca sepintas lalu je.
dibuatnya dia baca satu-satu, semak ejaan....fuh! naya aku.


- happy birthday, erol -

Jun 23, 2012


sabtu, 23 jun.
hari jadi erol.
semalam dia sms.
"esok papa cuti kan? nak pegi kl"
dia bijak. bagi hint atau clue supaya aku tak lupa akan tarikh hari jadinya.

jadi, petang sabtu kita orang ke KL. ditanya nak makan apa yg spesel.
erol cakap dia nak makan western food. sebab dah biasa sangat makan kedai tom yam atau kedai mamak...heh heh

mcd, kfc, pizza dan seumpamanya pun, dah biasa sangat. tak spesel la.

kalau mamanya masak pun, kira tak spesel. walaupun mamanya masak paling spesel macam mana sekali pun mengalahkan masterchef.

jadi, kita orang makan kat tony roma's, mid valley. hmm...takde kena-mengena dengan pic ni pun.

lepas tu dia  ditawarkan pilih hadiah sendiri, takde surprise pun. lebih senang dia yg pilih sendiri. nanti kalau kita yg belikan - dan dia pulak tak berkenan - merajuk pulak nanti.

macam biasa, kalau dah namanya budak-budak, mainan jugaklah yg dipilihnya. kali ini kereta kontrol. entah kali ke berapa dah beli kereta kontrol. tak lama lagi jahanam la tu. takpe, kereta betul pun kalau lama-lama jahanam jugak...! ha ha ha

tapi, dia still nak jugak dibelikan kek. kalau takde kek tak sahlah sambut birthday kan. belilah jugak kek, walaupun yg kecik untuk sampaikan hajatnya.
macam biasa takde pun birthday party. sambut sesama kami berlima saja...
bukan soal nak jimat bajet, tapi itu 'tradisi' kami sekeluarga.

- yang tegak disokong, yang lemah ditopang -

Jun 22, 2012



aku semakin tak faham dengan tujuan pengelola rumah anak yatim dan sekolah tahfiz menghantar budak-budak mereka pungut derma daripada orang ramai.
malah semakin menjadi-jadi pula, sejak kebelakangan ni.
pergi bank ada. pergi pasar raya ada. di pasar malam pun ada. stesen minyak pun berkeliaran.
selain tu, ada jugak yg pergi dari rumah ke rumah.

masa bila diorang belajar?
kesian aku melihatkan.
macam dah jadi pengemis status mereka.
memanglah kalau kita derma, dapat pahala.
tapi yg dipersoalkan ialah motif rumah anak yatim dan sekolah tahfiz tu.
'mempergunakan' kanak-kanak bawah umur untuk kutip derma.

malam tadi, kita orang singgah makan di kfc.
lepas beli barang di tesco.
ada jugak yg datang mintak derma.
seorang budak lelaki, kira-kira sebaya erol.
dibiarkan saja oleh pekerja kfc tu, dia pun kesian agaknya.
tak sampai hati nak halang.

aku tengok dia pergi dari satu meja ke satu meja.
ada yg hulur derma.
ada yg buat tak layan.

sampai di meja kami, dia hulurkan satu brosur.
dari sekolah tahfiz di Linggi.

"adik dah makan?" tanya wifey.
dia cuma geleng kepala.

lalu aku cakap padanya. tunggu kejap.
kemudian aku belikan dia satu set kfc. bungkus.
berikan pada budak tu.

"adik belum makan kan? nah ambik ni pergi makan..."

aku nampak air matanya bergenang. sambil mengucapkan terima kasih, lalu beredar.



- yang dah biasa selalunya tak best -

Jun 21, 2012


eril beriya-iya benar nak ikut rombongan sekolah.
walaupun ini bukanlah kali pertama, tapi aku rasa keberatan sikit.

"rombongan pegi mana?"tanyaku.

"kuala lumpur..." pantas saja jawab eril.

"laaa...kan dah selalu pegi KL. selang dua minggu kita pegi KL. mid valley, klcc, sunway pyramid, pavillion, gardens, one utama, curve, times square...." aku tak berapa nak setuju. sengaja bagi contoh banyak-banyak.

"itu pegi ngan papa. orang nak pegi dgn kengkawan...." eril bagi alasan.

"kenapa? pegi jenjalan dengan papa, mama, erol ngan erin tak best ke?" aku saja provokasi.

"bukan la tak best. dah biasa sangat. naik bas ramai-ramai kan best..." nyatalah dia nakkan pengalaman baru.

apabila kita dah terbiasa, kita nak buat sesuatu yg berlainan. kita jangka best, walaupun mungkin jangkaan sebenar itu meleset.

"berapa kena bayar....?" aku keluarkan soalan cepu emas.

"cikgu kata ada diskaun. mula-mula 120, sekarang ni kena bayar rm60 je..."

"fuh....mahalnya.
kalau papa bawak pegi KL free aje kan....!" aku mengusik lagi.

eril tarik muka masam....

- memandu sambil tutup mata -

Jun 20, 2012


pagi ni memandu spt biasa ke ofis.
6:45 pagi. hari masih gelap.
kereta mula banyak. jalan raya beransur-ansur sesak.
dari pada lebuh raya sg. besi, belok masuk susur ke PJ.
kemudian masuk pula ke lebuh raya persekutuan.
bersatu dengan kenderaan lain yg datang dari hala KL.

nyaris aku terlanggar sebuah myvi warnanya kuning air kalau tak silap, dalam gelap yg cuma disuluhi cahaya lampu jalan.
dan lampu kenderaan lain.
memang ketara sangatlah, pemandunya tak pasang lampu.
mungkin terlupa, mungkin juga rosak.
tapi yg pastinya, dia tak sedar yg dia sedang memandu dalam keadaan lampu tidak terpasang.

beberapa kenderaan lain membunyikan hon kepadanya.
aku berada betul-betul di belakangnya.
aku flashkan lampu, nak tarik perhatiannya.
mungkin salah faham, dia melajukan keretanya.

kereta agak banyak dan berselirat.
aku masuk ke lorong tengah sikit. cuba berada bersebelahan myvi tu.
bunyikan hon.
dia tak pandang.
buka tingkap dan tunjuk isyarat tangan.
dia pandang - seorang lady driver.
...tapi terus juga memandu sambil mulutnya terkumat-kamit berkata sesuatu.
mungkin dia ingat aku ni road bully atau nak mengorat...!


dia memandu semakin laju.
beberapa pemandu lain membunyikan hon padanya.

rupa-rupanya kami menuju arah yg sama.
dan mungkin juga bekerja di kompeni yg sama. cuma lain-lain bahagian.
tapi, pemandu myvi itu mungkin menyangka aku mengekorinya.

sebaik sampai pintu masuk, dia ditahan oleh pak guard.
pak guard tu sebenarnya nak bagitahu yg dia tak pasang lampu.
serentak dengan itu aku nampak - melalui lampu belakang keretanya - lampu dah dipasang.
baru dia sedar rupanya....!
arghhh...cuai sungguh.

aku kemudian memotongnya sambil membunyikan hon panjang...... pooooooooooonnnn!!
tanda perli dan jengkel...



- wordless wednesday: kenal? -

- materialis . . . 2 -

Jun 19, 2012


minggu lepas aku call dia lagi.
tak berjawab.
sms pun tak berbalas juga.

jadi, aku sengaja re-dial setiap satu jam.
mungkin dia rimas. akhirnya terpaksa menjawab.
katanya, dia di luar kawasan lagi.
uh...sibuk sekali.

perbualan kami, lurus sahaja.
tak mesra langsung.
dalam perbualan singkat itu, dia berjanji lagi.

"selewat-lewatnya, isnin minggu depan saya hantar"
tapi...nada suaranya, tak meyakinkan langsung.

hari ni, dah selasa.
dia membisu lagi. bayangnya pun tak nampak.
tak ada habuk pun yg dihantarnya.
nyatalah janjinya hanya ibarat tanam tebu di tepi bibir.

mungkin strategi aku kali ni akan mengena.
aku nak beritahu, cek bayaran upah kerjanya sebelum ini, ada di tangan aku.

nak tengok. jerat kali ni...
bingkas ke tidak!

- kenduri kahwin di musim jerebu? -

Jun 18, 2012



hari sabtu, meluncur ke muadzam shah, pahang.
perjalanan dalam 2 setengah jam menjadi lewat sbb ada construction  jalan dekat ulu bendul.
sepanjang perjalanan cuaca jerebu sehinggalah sampai kuala pilah, baru clear.
kenduri kahwin anak sedara wifey, syafiq dan pasangannya.
tuan rumah dah risau, sebab hujan nak turun. mujur, tak jadi.
orang kampung masak cara rewang. lebih sedap masakannya dpd katering...

pic kabur sikit sbb jerebu...

pic celah-celah pokok pun jadi la...

- yang berduri datang bergolek -

wifey suruh kami saja yg keluar pagi ahad ni. breakfast kedai mamak.
katanya dia nak kemas rumah, sorang-sorang.
selain tu dia pesan untuk singgah ke pasar raya.
wifey jugak pesan suruh eril dan erol gunting rambut. dan jangan lupa singgah car wash.
keretanya dah 2 minggu tak cuci.

selepas breakfast dan gunting rambut kami singgah ke pasar raya mydin, kota seriemas.
barangan yg nak dibeli sepatutnya sikit, jadi setengah troli.
sebahagian besarnya, jajan.
inilah masalahnya bawak budak-budak, semua dibubuhnya dalam troli.

sewaktu di parkir mengisikan barangan ke dalam bonet, aku disapa oleh seseorang.
dia menjongolkan kepalanya dari tingkap kereta, sambil melambai-lambaikan tangan.
selalunya perangai begitu dibuat oleh budak-budak, tapi ini mak budak!
eril, erol dan erin turut kehairanan, memerhati gelagatnya.
kereta exora itu, diparkir hampir dengan kereta aku.

"......isy, lamanya tak jumpa, kenal saya tak?". sapanya begitu teruja sekali.
seorang perempuan yg sebaya dengan aku muncul dari dalam kereta.
ya, kali ni aku kenal, siapa gerangannya.
beberapa bulan dulu kami berhubung melalui facebook.
H, kawan sekelasku semasa di sekolah dulu.

kemudian H memperkenalkan suami dan anaknya. dia bertanyakan wifey, aku kata  tak ikut sama.
kami berbual sebentar di situ. sempat jugaklah bertanya khabar dan perkembangan kengkawan yg lain.

rumahnya di labu. agak jauh juga dari situ.
katanya, baru saja balik dari rumah seorang kawan yg mengajak mereka sekeluarga makan durian.
kawan mereka itu ada dusun durian, di kg lembah paya yg terletak berhampiran pekan salak.
dalam perjalanan nak balik. mereka singgah di situ nak beli barang keperluan juga.

sewaktu nak beredar pergi, dia membuka bonet keretanya.
penuh dengan durian...
lalu diberinya 5 biji kepada aku. sedekah, katanya.
"rezeki awaklah, kami dah puas makan tadi" sambungnya.


ini bukan mousang king atau D24. tapi durian kampung yg original.
baru 3 biji kami dah tak larat nak makan.
memang power...!


- disuruh pergi, dipanggil datang -

Jun 15, 2012


hari ni auditor datang lagi.bukan auditor kewangan atau akaun tapi auditor i.s.o.
antara orang yg dipanggil untuk interbiu ialah aku.
memang aku adalah 'peserta tetap'.

oleh sebab yg datang ialah auditor yg berlainan, maka aku sebenarnya ditanya soalan yg sama.
ya, soalan yg sudah berulang kali aku jawab.
seperti soalan dan jawapan tahun lepas. malah soalan dan jawapan tahun-tahun sebelumnya pun serupa.
tak payah pakai skrip dah.

dan setiap kali ketidak akuran ditemui, kami perlu menutupnya.
tetapi  aneh...
aturan kerja yg akur sebelumnya, pada audit susulan akan didapati tidak akur pula.
dokumentasi yg lengkap sebelumnya, didapati tidak lengkap pula pada audit susulan.
kenapa sebelumnya akur, kemudiannya tidak...aku pun tak faham...

mungkin auditor ada kayu ukur atau piawai yg berbeza-beza.
kalau macam tu mereka sendiri patut diaudit...!!

jangan marah kalau ada yg baca ni adalah auditor, aku minta maaf.
cuma pandangan peribadi aku selalu orang yg diinterbiu.

- sirih berlipat, sekacip pinang -

Jun 14, 2012


petang semalam, balik dari kerja aku singgah kedai dobi.
baju kemeja aku memang hantar laundri. siap iron lagi.
ada jugak  dry cleaning baju puan wifey.

semasa aku tengah terkial-kial nak sangkutkan baju dalam kereta.
aku terdengar ada yang seakan memanggil aku. tapi, sayup je...
aku pun terhenti sejenak.
pandang keliling...

aku perhati arah panggilan. tak pasti. dari mana datangnya.
lagipun suasana kat dereten kedai tu agak sibuk.
maklumlah orang baru balik kerja.
masa yang sama budak sekolah petang pun baru balik.

ada yg singgah makan atau minum petang.
ada yg singgah beli top up.
singgah kedai runcit. gunting rambut. tempah baju.
repair motosikal.
ataupun singgah kedai dobi macam aku...

jalan pun agak sibuk dengan kereta.
ataupun mungkin aku tersalah dengar. atau teinga terlebih dengar bagai kuasa bionik.
takkan lah tauke kedai dobi tu yang panggil. lagipun dia bukan tau nama aku, ishhh

aku terus sambung kerja sangkut-menyangkut tadi.
tapi, sekali lagi aku dengar nama aku dipanggil.
aku tak jadi masuk kereta. aku perhati sekali lagi. keliling....
panjang leher aku bagai zirafah nak makan pucuk pokok.

takde jugak. lalu aku pun masuk kereta.
sebaik aku nak tutup pintu je...
tiba-tiba, ada tangan menghalangnya.
dengan agak kasar...

berderau jugak darah aku.
manalah tahu ada gangster nak pukul.
atau nak rampas kereta aku.
atau mael lambung nak tarik kereta sebab dah 3 bulan tak bayar...!
ha ha ha ...sangka buruk betul aku ni.

sekilas pandang aku perhati, orang itu...
laaaa...kak imah!
kak imah ialah peniaga sate di gerai makan bertentangan dengan deretan rumah kedai termasuk kedai dobi tu.
dialah yang panggil nama aku dari seberang jalan.
nak lintas jalan, kereta banyak yg lalu-lalang.
jadi dia 'seru' nama aku dari jauh.
kak imah juga ialah 'saudara jauh'. tapi, kira sepupu sepapat jugaklah.
ada jugak aku singgah tapau sate di gerainya, sesekali.

kak imah ada hajat.
nak jemput aku sekeluarga datang ke majlis kenduri kahwin anaknya hujung bulan ni.
dia nak bagi aku kad jemputan.
itulah tujuannya panggil aku dari seberang jalan tadi.
"datanglah...jangan tak datang" pesannya.

saspen betul la kak imah ni...!
nak jemput datang kenduri rupanya. ingatkan lepas cuti sekolah, takde jemputan dah.
tajuk entri ni dah jadi macam drama melayu petang-petang je...cuma takde lagu je

- jangan bijak terpijak, biarlah bodoh bersuluh -

Jun 13, 2012


pernah dulu aku ditegur oleh seorang bijak pandai bergelar profesor kerana menggugurkan al-quran daripada senarai buku dalam bibliografinya.
aku punya alasan tersendiri.
"al-quran bukan buku...prof. " dengan tegas dan tanpa kompromi.
"buku adalah hasil karya manusia, al-quran adalah wahyu Allah" aku menjelaskan.

semalam ada seorang dpd friend list  aku meletakkan status dalam facebooknya begini:
lalu aku menegurnya supaya mendelete status itu.
aku tidak komen tapi hantar pada inboxnya.
aku nyatakan sebab yg sama:

"al-quran itu bukan buku..."

apa yg terjadi selepas itu, agak dikesalkan.
bukan dia delete status tu,
tetapi dia delete aku daripada friend listnya....!

ada banyak lagi perkara yg disebar dalam fb yg tidak betul. tetapi kita bantu sebarkan tanpa usul periksa.

* tajuk entri adalah peribahsa melayu yg bermaksud "org yg menyangka dirinya bijak selalu mendpt kehinaan; ttp org bodoh yg suka bertanya akan beroleh kejayaan" sumber DBP

- siri bercakap dengan erin . . . 14

Jun 12, 2012

aku tengah asyik tengok gelagat azwan ali yg kecoh dlm masterchef selebriti bila erin mendekati aku. dia tahu aku memang suka tengok rancangan tu. ini semua gara-gara masterchef musim pertama dulu lah.

erin: kenapa papa suka tengok citer ni? (tanya erin dengan dahi berkerut)

aku: saje....(dengan muka selamba)

erin: papa bukannya tau masak pun (erin mula buat provokasi...)


aku: eh...sapa kata papa tak pandai masak. malas je.... (sikit panas...)

erin: tak penah pun tengok papa masak (provokasi erin menjadi-jadi)

aku: sebab tulah papa tengok ni. nanti bolehla papa masak macam masterchef...

erin: tengok je boleh pandai ke...?

aku: (diam...kalaulah semua perkara kita boleh jadi pandai atau pakar dengan tengok aje...)


nota kaki: bila lah azwan & raja azmi nak tersingkir ni...!

- usah berhenti berharap -

Jun 11, 2012

memang benarlah sakit itu satu dugaan Allah. kita perlulah berubat untuk menyembuhkannya. sebab itulah orang kata lebih baik dicegah daripada diubati. namun kita juga harus percaya setiap penyakit ada ubatnya. walaupun ada sesetengah penyakit kronik seperti kanser belum ada penawarnya.

jumaat lepas, selepas maghrib, kami bergegas ke hospital putrajaya. iyalah, balik kerja pun dah dekat senja. terima berita bahawa ada sedara yg dimasukkan ke icu. oleh sebab waktu melawat hanyalah dibenarkan sehingga jam 7 mlm, maka keizinan bersyarat terpaksa dipohon. hanya dua orang dewasa dibenarkan masuk dalam satu-satu masa. dan perlu berdaftar terlebih dulu.

kami sedia maklum, yg dia memang sudah menderita sakit sejak setahun lalu. menurut doktor ketumbuhan dalam perut. dan sudah pun menjalani pembedahan. kemungkinan kanser juga. kemoterapi juga dijalankan. tetapi penyakitnya semakin serius.
selain rawatan hospital dan perubatan moden, sedara itu juga dihantar menjalani rawatan tradisional. ke mana sahaja pakar rawatan tradisional yg dicadangkan oleh sahabat handai dan sedara-mara, keluarganya akan hantar berubat. hampir seluruh ceruk negara. usaha selagi termampu.
begitu cuga mencuba ubatan daripada jualan langsung.

adatlah kalau pergi berubat. macam-macam hasil penemuannya. malah ada yg mengatakan sakitnya itu berkait dengan buatan orang. sejauh mana benarnya, wallahua'lam...
kata pakar ubatan tradisional juga, terkena salah orang, sedangkan yg dituju ialah orang lain.
hendak percaya susah, tak nak percaya pun, mungkin ada benarnya.

tidak ada yg lebih menyedihkan melihat orang yg kita kenal dan kita sayang, terlantar sakit. namun, usahlah berhenti berharap. dengan secebis harapan itu mampu menggagahkan diri, menguatkan usaha, mengumpul ketabahan untuk terus berusaha demi sebuah kesihatan...

- musim burung hantu berkeliaran -

setakat malam tadi sudah berlangsung 6 perlawanan euro 2012.

aku tengok live 4 daripadanya. match yg tak berapa glamour mcm coatia vs ieland &
cezch vs russia aku sengaja lepaskan.

group of death. ronaldo n co serta oranje dlm bahaya
penyingkiran awal kalau tak bangkit utk perlawanan berikutnya

sebulan ni, nampaknya aku jadi burung hantu la...


pics from soccernet.com

- terlajak perahu boleh diundur, terlajak cuti...?

Jun 6, 2012

cadangnya nak terus balik saja ke rumah dari kenduri kahwin di kuantan. selepas bermalam di sebuah hotel di sana. pusing-pusing bandar kuantan. makan-makan seafood di tg lumpur. kira cuti-cuti malaysia jugaklah kan....
dalam perjalanan melalui LPT selepas bentong, tengok jam masih lagi awal. tersinggah pula ke bukit tinggi. nak naik genting highlands, dah kerap sangat. aku rasa macam perjalanan ni dah jadi tressure hunt atau cari harta karun.

biarlah orang lain nak bawak anak-anak cuti sekolah ke korea, istanbul, bandung, ataupun langkawi. sebab cuti aku ni terhad, lagipun eril ada kelas tambahan sepanjang minggu lepas. nak layan kenduri kahwin lagi.
cara begini jelah, tak payah rancang-rancang. kengkadang plan baik punya tapi tak jadik, anak-anak jadi frust. jadi, sudahnya pakai redah aje lah...

mulanya bercadang nak singgah sekejap, tapi banyak tempat nak ronda. walaupun aku pernah sampai ke situ, tapi belum pernah bawak diorang sekali. ada botanical garden, adventure park, japanese village, la chaeteu, tunggang kuda, jambatan gantung, air terjun, flying fox....sudahnya bermalam saja di colmar tropicale. isnin baru balik sebab masih cuti lagi, walhal cadangnya nak rehat saja di rumah.

sayangnya, entah apahal. banyak pics yg tak menjadi. al-maklumlah ambik dari henfon. termasuk semasa di jambatan gantung & air terjun.






naik tren ke botanical garden & japanese village


jenuh jugak menapak naik. huh 3,500 kaki atas paras laut....sempuuut
erin, eril & erol selamba je berlari naik atas.

- teluk chempedak di luar pagar -

Jun 4, 2012

lepas majlis bbq rumah pengantin kita orang ronda ke teluk chempedak.
fuhhh... sesak jugak malam-malam begini.

baru aku tau, lokasi paling happening waktu mlm sekitar kuantan
ialah di TC

rasa macam hari siang. banyak gerai, banyak orang...

walaupun perut dah ketat masih nak makan kerang bakar...

- sah?.....saaaaaaahhhhhh -

Jun 2, 2012

selamat pengantin baru nur syarmila & pasangan
ini je pic sempat aku snap. sebab leka berborak dgn kaum kerabat...