Rabu yang sejuk

Sep 19, 2012

Sejak semalam tak berapa sihat. Badan rasa suam-suam. Batuk-batuk dan tekak perit. Kepala pun ada sikit pusing. Kalau pergi kinik aku rasa gerenti doktor bagi mc.
Tapi disebabkan dah bercuti 3 hari termasuk hari malaysia, rasa tak patutlah nk sambung cuti lagi. Nanti org ingat sengaja dah plan tak nak dtg kerja.

Mungkin ini bahana makan sembarangan 2-3 hari ni. Maklumlah open house raya. Tak kontrol makan main belasah je. Minum air berais je entah berapa liter la agaknya. Hah...terima je akibatnya. Badan dah tak tertanggung.

Pagi ni rasa dah tak larat. Batuk makin kerap dan kepala pun berat. Tambah pulak hujan di bumi nilai ni. Jadi ambik keputusan tak pergi kerja la. Tidur balik jam 10 baru pergi klinik.

Oleh sebab rekod bersih takde masalah doktor nak bagi mc. Dibaginya stok ubat mcm kena makan sebulan.

Jadi rabu yg sejuk dek hujan ni aku duduk lepak di rumah ajela. Nak jugak buat entri blog via henfon. Lepas mkn ubat tadi rasa dah makin pulih. Lagipun mc 1 hari je. Nak tak nak esok kena kerja dah.

Sementara tu cuaca masih mendung dan sejuk sehingga jam hampir pukul 2 ni. Mungkin turut bersimpati pd aku yg tak berapa sihat ni
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

5 refleksi:

lienda said...

aiikk,tak sihat pun sempat wat entry,cayalah...apa ape pun cepat sihat yea....

Irfa said...

kak lienda..kan dia kata nak try buat en3 pakai phone.kita layan je ;)

dah makan ubat ke belum ni?

bangsawan nilai said...

He he saja la gatal tgn nk buat entri.
Thnx lienda, dh ok skt taklah melepek sgt.

bangsawan nilai said...

Ha ha t.kasih la lynkan aku. Demam skt dibaginya bekalan obat sebulan lps tu caj mahal2 taktik klinik skrg ni he he

rahimin said...

mesin pun ada masa rosak...rehat la