demi mereka, kita turutkan . . .

Feb 11, 2014


aku dulu masuk pengakap jugak... itu pun pakai t-shirt dan scarf.
topi takde pun. segala benda yg tampal kat uniform tu takde pun.
seluar pun pakai seluar sekolah je.

eril dan erol masuk kadet remaja. tiga minggu lepas beli sepasang lengkap uniform.
siap beli jugak segala mak nenek lencana dll nak tampal kat baju.
tahun lepas eril pakai t-shirt je. tahun ni kena beli uniform.
seluar pulak dah ketat dan sendat. zip pun tak boleh katup.
kena beli baru...

erin pulak nak beli t-shirt, pbsm.
tahun lepas dah beli sepasang uniform, mujur boleh pakai lagi.
semua sekali rm200 lebih jugak la kopak.
itu pun sebab beli kat satu kedai yg femes kat pekan lama nilai.
kedai tu memang specialised jual  baju sekolah dan segala uniform, baju pengawas ke apa benda berkait dengan sekolah..
murah sikit sebab harga borong dan kedai tu biasanya bagi diskaun.

nasib baik jugak hari tu ada duit bantuan sekolah 1 Malaysia.
tapi habis kat situ aje la

selang seminggu lepas tu, erol merengek nak beli raket tenis.
katanya nak masuk sukan badminton, dah ramai sangat. penuh.
ni sebab satu murid satu sukan la.
katanya kengkawan lain semua dah beli (wp aku tahu tu cuma alasan je).
mencari raket tenis bukan mudah kat nilai ni.
di mydin, giant atau Tesco memang tak jual.
kedai biasa-biasa pun tak jual.
aku try nak beli kat mizzi sport pun takde.
mujur ada satu kedai baru, sport station ada jual.
raket tenis ni takde yg murah. kalau raket badminton yg rm6.90 pun ada.
ya, tak ya sebab tak de pilihan, beli lah jugak.
beli yg paling murah, itupun RM100 lebih gak harganya.
mujur ada harga promosi.
nak pujuk hati. tak apalah, mana tahu nanti erol boleh jadi star macam rafael nadal atau roger federer ke....


tak lama lepas tu, erin tunjuk satu surat.
yg ni sekolah agama pulak.
setiap murid kena beli t-shirt.
aku pun tak ingat untuk tujuan apa.
harganya tak ikut saiz, sehelai rm25.
kena start pakai bulan februari.

minggu lepas erol pulak bagitau.
nak kena beli t-shirt untuk rumah sukan.
t-shirt untuk pendidikan jasmani dah beli hari tu.
yang ni pun duit jugak.

******

malam tadi, ada sikit menyirap la.
bila eril hulur satu surat dari sekolah.
ooohhh, tidak.
ini tak lain kena beli entah apa benda lagi la ni.

tapi sebenarnya eril nak buar surprise...!
bila baca surat tu, hati rasa sejuk.
surat jemputan sekolah untuk ibu bapa.
eril dapat anugerah cemerlang untuk majlis sabtu ni.

lega sekali gus gembira...!

bila fikir balik. macam mana lah agaknya ibu bapa yg kurang mampu.
nak memenuhi segala keperluan sekolah dan permintaan anak?
aku yang bergaji tetap ni pun mengeluh panjang dan semput....


3 refleksi:

zana-norzana said...

tahniah buat eril......
kalau ada anak yang sekolah, macam tu lah..... segalanya nak kena beli... selagi termampu.......

bangsawan nilai said...


ya, apa boleh buat kan. sudah itu perlunya....besarnya pengaruh duit dlm hidup

nurulaini abdullah said...

Salam cik. Nk tanya... kdi uniform skolah yg femes kat pekan nilai tu apa namanya? Kat area mana ek? Terima kasih krn membantu. Anak baru nk masuk darjah satu tahun depan.