memang dia rival, tapi dia juga kawan aku . . .

May 9, 2014


ajib bekerja dengan sebuah kompeni di shah alam.
kalau nak ikutkan, kompeni kami adalah rival.
sebab bisnes alam bidang yg sama.
itu kalau kita tengok selapis.
kalau kita tengok lapis yg lain.
sebenarnya, lebih banyak manfaat kalau bekerjasama.
boleh berkongsi idea, kepakaran  dan pengalaman.
buktinya, biarlah kompeni kami sahaja rival, tapi kami bukanlah rival sebaliknya berkawan.

kami jadi rapat sejak 3-4 tahun kebelakangan.
sebab utamanya, kami selalu jumpa dalam mesyuarat, seminar dan aktiviti lain atau function lain yg kami mewakili kompeni masing-masing.

kami sama-sama membina kerjaya.
dalam masa sama, membina keluarga.
beberapa tahun lepas, ajib bercadang nak beli rumah.
dah lama sangat menyewa, katanya.
dia tercari-cari, rumah yang sesuai.
sesuai dari segi kemampuan, jarak ke tempat kerja, dan keselesaan tempat tinggal.

survey, punya survey. recce punya recce.
akhirnya dia buat keputusan, nak beli rumah di salak tinggi.
agak jauh juga jaraknya dari shah alam.
tapi aku percaya, dia ada perkiraan sendiri.

dia pernah bertanyakan pendapat aku.
aku katakan padanya, bergantung pada perkiraan masing-masing.
kadang-kadang kita ikut naluri, walaupun agak janggal di mata orang lain.
lagipun aku bagitau ajib, aku sendiri sudah 10 tahun berulang alik dari nilai ke KL.
bezanya, nilai, memanglah kampung halaman aku.
dan aku ambil kira yg biarlah kau berkorban asalkan tempat wifey bekerja lebih dekat.

awal tahun ni, rumahnya siap.
ajib begitu teruja. dah ada rumah sendiri. rumah idaman.
untuk memulakan hidup baru bersama familinya.
aku antara orang terawal yg tahu bila dia dapat kunci rumah.

maka, berulang aliklah dia setiap hari.
seperti jugak aku, pergi kerja selepas subuh, pulang kerja waktu dah maghrib.
dia ada mengadu pada aku masih lagi tengah buat adjustment.
terutama kos petrol kereta dan tol.
kalau rasa terbeban sangat, mungkin dia akan cuba cari kerja lain.
sekitar salak, sepang, nilai, bangi. maknanya lebih dekat.
itupun kalau....

minggu lepas, kami ada berjumpa di suatu mesyuarat.
tak dapat borak lama, sebab masing-masing mengiringi boss.
tapi dia nampak ceria dan peramah macam selalu.


*******

petang semalam, ajib telefon aku.
nada suaranya agak suram, tak macam selalu.

"18 hari bulan ni, last day aku kat kompeni shah alam tu..."

fuh... terkejut juga.
itu kejutan pertama. berita yang disampaikan lepas tu lebih mengejutkan lagi.

"aku kena transfer ke perak. arahan kompeni. apa boleh buat...." katanya dengan nada mengeluh.

oleh sebab masa tu aku tengah memandu.
tak dapat nak berbual panjang.
tapi dia janji nak jumpa aku sebelum dia pindah ke sana.

bertukar satu hal.
tapi apa jadinya dengan perancangan ajib.
apa jadi dengan rumah yg baru dibelinya di salak tinggi tu?
apa pulak perancangan tentang familinya?
tentang sekolah anaknya?

aduhai...aku faham betapa serabutnya fikiran ajib sekarang ni...
kalau aku di tempatnya pun, tentu dalam kedudukan serba tak kena.
sabarlah ajib, pasti ada hikmahnya.

1 refleksi:

rahimin said...


itula keje mkn gaji ni. kita plan lain, kompeni plan lain...