karangan: hari pertama puasa kami

Jun 30, 2014


kebetulan semalam, sinki dapur kat rumah ada problem.
wife jadikan alasan tak boleh nak masak.
bukak kepala paip je, meleleh keluar kat bahagian bawah.
entah bocor ke atau tersumbat.
aku cuba jugak belek-belek, tapi tak tahu apa puncanya.
nak panggil plumber yg biasa datang, dia kata balik kampung.
isnin petang baru boleh datang.
bukan tak boleh panggil plumber lain, tapi yg ini dah biasa.
murah sikit, bayaran pun boleh ansur-ansur...haha

dalam grup wassap semalam.
jenuh depa update apa yg isteri diorang sediakan utk berbuka.
aku je yg tak upload apa-apa.
daripada pizza, mee kari sampailah kepada sambal udang petai.
fuh...meleleh
ada jugak yg tak bestnya telur dadar pun nak upload....hehehe

aku sebenarnya malas la.
sebab aku buka puasa yg simple aje.
kalau beli yg komplikated sikit tu sebab nak penuhi permintaan anak-anak.
iyalah, itu salah satu cara nak galakkan mereka puasa kan...hehehe.

terlanjur dah wife aku tak masak.
terpaksalah ke bazaar ramadhan.
isy...ingatkan 1st day tak ramai la kan.
hari ahad lagipun, tentu masak spesel kat rumah.

rupa-rupanya ramai yg sinkinya rosak dan si isteri tak masak....hahaha

tak beli banyak pun.
sesak sangat dengan manusia.
seperti senarai di bawah....

kuih akok, onde-onde, nasi kerabu (utk erin), nasi ayam (utk erol) ikan pari bakar, ikan sembilang masak lemak cili api, daging masak pedas, kacang dan ikan bilis goreng berlada, cempedak goreng, dadih, otak-otak, ayam goreng gunting, murtabak, air asam boi, air lai chi kang (utk aku) dan tidak dilupakan kurma

eleeh...simple je.

mantai

Jun 27, 2014


orang negori sembilan ada tradisi lain sikit nak sambut puasa atau raya.
nak raya tu adat la kalau masak spesel sikit.
masak lomang, rendang atau ketupat.
tempat lain atau negeri lain pun sama kan.

tapi, nak sambut puasa pun orang negori masak spesel juga.
sebab itulah sepanjang 1-2 hari sebelum Ramadan.
boleh nampak di tepi-tepi jalan orang bukak gerai jual daging - terutama daging lembu dan kerbau.
daging fresh, hasil ternakan orang kampung.
bukan beli kat pasar atau supermarket.
biasanya untuk sediakan masakan rendang atau kari daging

orang nismilan sebut 'mantai'
moh kito mantai, nak sambut  puaso ahad ni...!

alhamdulillah . . .

Jun 26, 2014


ramai yg hadir malam tadi.
bukan saja warga nilai dan sekitarnya.
tapi ada yg datang sejauh tg malim, klang, kuala pilah, PD, KL dsb.

walaupun sebahagiannya terpaksa bersesak dan berdiri sepanjang ceramah.
tapi mereka tak merungut malah bersyukur dapat turut sama pada majlis itu
seperti biasa, ustaz kazim menyampaikan ceramahnya dengan santai, berselang jenaka.
namun ilmu yg disampaikan tetap menusuk jiwa.
rasa berbaloi datang dari jauh dan meluangkan masa walaupun penat bekerja sebelah siangnya.

khabarnya lebih 5,000 yg hadir.
sampaikan lalu lintas dikatakan sesak.
sekalung tahniah kepada penganjur...!






 


yg bawah ni gambar ekstra.
ambil daripada fb dato' karim.














ustad, den tunggu ekau datang . . .

Jun 24, 2014


pendekatan menyampaikan ilmu agama berbeza-beza.
masa aku di asrama dulu, ustad zul, agak keras.
tak turun berjemaah solat maghrib, kena denda.
tak ikut baca yasin ramai-ramai malam jumaat, kena rotan.
tazkirah atau ceramahnya selalu bertemakan yg serius.
soal azab kubur, pasal hukum orang berdosa, pasal kiamat.
yang berat-berat, yang menakutkan.
nada suaranya, agak tegas.

itu cara dia.
tapi, dalam menyampaikan ilmu ada banyak cara.
mungkin sebab budak asrama ni agak nakal.
kenalah pendekatan yg agak keras sikit.

kemudian, ustad zul pindah ke sekolah lain.
bukan lagi warden.
sebab biasanya salah seorang warden ialah seorang ustad.

ustad megat menggantikan ustad zul.
walaupun ustad megat masih 'mengacau' tidur kami supaya bangun solat subuh.
kami masih perlu turun berjemaah untuk solat maghrib.
tetap kena baca surah yasin ramai-ramai pada malam jumaat.

tapi, kami buat semua tu dengan rela hati.
bukan paksaan atau sebab takut didenda atau dirotan

ustad megat lebih lembut pendekatannya.
tazkirah atau ceramahnya agak santai.
temanya tidaklah berat, menepati jiwa budak sekolah macam kami
penyampaiannya disulami jenaka.
nada suaranya lembut.

aku tak kata cara ustad zul, salah atau tak betul.
aku tidak juga mengatakan cara ustad megat adalah terbaik.

kita pun begitu juga dalam hal mendidik anak.
ada kala kita jadi lembut macam mentega.
buat mereka macam kawan-kawan sebaya.
ada waktu yg lain kita kena keras dan tegas.

malam esok,
ada ceramah agama sempena kita nak sambut ramadhan.
penceramahnya, ustaz kazim elias.
ustad kazim mengingatkan aku pada ustad megat.

kepada warga nilai dan sekitarnya.
silalah datang beramai-ramai jika ada kesempatan.






tahlil dan pesan arwah mak

Jun 23, 2014


kami adik-beradik terus mengekalkan tradisi keluarga.
meski arwah mak dan abah sudah lama pergi.
kami masih ingat pesan yg ditinggalkan.
pesan arwah mak,
janganlah kelahi adik-beradik.
pakat sama-sama, jagalah rumah pusaka ni.

saban kali menjelang ramadan,
arwah mak dan abah akan adakan kenduri doa selamat dan tahlil.
mereka akan ajak orang kampung sebagai tetamu.
kalau ada lebih, kita makan mewah sikit.
kalau tak seberapa, kita buat jamuan ala kadar.
begitulah resmi mereka.
...dan itulah juga yg kami cuba teruskan.

alhamdulillah,
tengah hari sabtu lepas kami adakan majlis tahlil dan kenduri.
kami adik-beradik jemput seisi kampung.
oleh sebab tuan rumah - kak lang dan kak teh - tak larat nak uruskan.
mana nak bersihkan rumah, nak masak, nak mengemas, basuh pinggan mangkuk, periuk belanga.
kami pakat tempah catering aje.
dan pasang khemah, tak nak menyusahkan mereka.

walaupun kami dah renovate rumah pusaka, tapi ciri lama rumah papan masih dikekalkan

tetamu mula datang...borak-borak dulu

majlis tahlil dipimpin oleh tok imam kampung

Alhamdulillah hampir tak cukup ruang menampung tetamu yg datang

mcm biasa lepas habis...masing-masing berlunjur dulu sbb kaki kejang...hehehe

yg perempuan di ruang bawah

seusai majlis...

makan time...!

lauk masakan kampong, walaupun guna catering.
daging masak salai dan ulam-ulaman dipastikan ada dihidangkan
selain tenggiri masak tauchu, ayam goreng berempah, ikan masin, sayur campur bubur cacar, buah-buahan




nak buat baik pun kena berhati-hati juga

Jun 20, 2014


kengkadang kita ni serba salah.
sama ada nak tolong atau tidak.
sama ada orang tu betul-betul dalam kesusahan atau berlakon je.
sebab ada banyak sangat kes, kita nak tolong, tapi kita 'dikenakan' pulak.

hal ni banyak berlaku juga di jalanan.
ada yg pura-pura kereta atau motosikal rosak la.
tapi bila ada yg berhenti menolong, kena samun pulak.
atau keretanya dilarikan pulak.

pagi tadi waktu nak ke tempat kerja.
ada seorang mamat ni, menahan kereta, di tepi jalan.
dekat lampu isyarat kota seriemas.
waktu tu masih gelap lagi.
beberapa buah kereta di depan aku yg ditahannya tak berhenti pun.
aku pun teragak-agak, nak berhenti ke tidak.

akhirnya aku berhenti.
dalam samar cahaya lampu jalan. aku tengok dia pakai uniform kerja.
aku turunkan cermin tingkap. separuh je.
pintu aku berkunci.
kalau apa-apa hal, aku boleh pecut je.

"minyak abis la bang, tak perasan. nak tumpang gi stesen minyak boleh tak...
balik nanti saya pandai-pandai la...menapak ke"

oleh sebab dia pakai uniform (tnb) dan muka innocent.
aku tumpangkan jugak la.
walaupun aku tahu, aku ambil risiko.

sementara sampai ke stesen minyak, borak-borak jugak la.
katanya, dia pun faham, kenapa orang lain tak berhenti bila ditahan.
kalau dia sendiri pun, belum tentu dia akan berhenti.

semasa nak turun di stesen minyak tu, berkali-kali dia ucap terima kasih.

itulah,
bukan sebab takde perasaan perikemanusiaan, nak bantu orang, simpati kat orang
tapi keadaan tak mengizinkan.
apa yg berlaku di sekeliling mempengaruhi kita.
banyak sangat kejadian tak diingini.
sebabkan kita saling mencurigai.
tak tahu mana yg betul-betul perlukan bantuan atau kaki pow...!

aish...nak buat baik pun kena berhati-hati.

biasa pada kita, bisa pada orang lain . . .

Jun 17, 2014


sebenarnya,

soalan 'bila lagi nak kahwin?',
kepada yang bujang
bila dah kahwin pula,
ditanya 'bila nak dapat anak?'
bila dah ada anak,
'bila nak tambah lagi?' tu...

sama sensitifnya...
bila ditanya pula

kepada yg menyewa rumah,
'bila kau nak duduk rumah sendiri?'

kepada yg pakai motosikal,
'bila kau nak beli kereta?'

atau kepada yg pakai kereta model lama,
'bila kau nak tukar kereta baru?'

atau 'bila kau nak tukar henfon baru?'
sebab henfon kau tak cukup pintar...

#throwback kat blog pun boleh la . . .

Jun 14, 2014


mula-mula memang nak tulis panjang sikit untuk entri ni.
tapi rasa dah ke belakang sangat.
kita kira macam #throwback aje la.
gabungkan dua cerita jadi satu.

sabtu lepas pergi kenduri kahwin di Johor.
habis kenduri, sedara-mara lain yang sama konvoi balik bawak diri.
kami satu family, melencong ke lain.
tapi sebenarnya memang dah ada plan awal, bermalam kat hotel di sana.
kesian budak-budak yg cuti sekolah ni berlonggok makan tidur je kat rumah.
diorang pun apa lagi lepaskan gian.
sampai kecut berendam dalam kolam...hehe



memandangkan aku masih cuti.
selasa tu pulak ke taiping.
menziarah sedara yg sakit.
tak sampai hati pulak nak letak gambar kat sini.
didoakan moga sembuh daripada penderitaan dan kesakitan.

dah sampai ke sana, melalut pulak ke kuala sepetang.
kalau kita baca sejarah, dulu namanya port weld.
tak jauh pun dari taiping.
misi ke situ hanyalah untuk jalan-jalan cari makan.
apalagi nak pekena mee udang mak jah yg terkenal seantero Malaya tu la.
tu dia nak habaq mai...!

tu dia udang besaq & fresh

yg ini aku punya, nasi goreng udang
ada 5-6 ekoq udang sebesar dalam gambaq mee udang tertimbus bawah nasi tuh
(pasai apa aku tulih slang utagha pulak nih...hehehe)

sementara tunggu order mee udang, makan cucoq udang dulu...
sedap & rangup jugak



hantu bola

Jun 13, 2014


gua memang kaki bola.
kalau nak cop gua ni hantu bola pun, gua boleh terima.
tak de hal.

masa bujang dulu, tak pernah miss turun stadium.
masa tu zaman stadium merdeka lagi. parking terhad.
sanggup berabis duit beli tiket.
berapa kali helmet gua kena cilok dek mat fit.
gua tak serik.
lepas tu ada servis, brader-brader jaga helmet. bayar aje la.
tapi yg tak syiok kengkadang ada brader yg tinggalkan aje helmet kat batang pokok.
bila habis game, pepandailah korang rebut-rebut ambil helmet tu. duit dah bayar.
cis!...memang bedebah.

bila dah upgrade, pakai kereta pulak gi stadium.
nak parking payah, letak je mana ada ruang. bahu jalan pun belasah.
situ pun ada 'jaga kereta'. terpaksa bayar jugak.
kalau tak... balik nanti kereta kena calar atau tayar pancit la jawabnya.

ingat dulu-dulu, ada housemate yg alim sikit, sound gua.
kononnya yg orang kaki bola ni tak solat. tahu nak seronok je.
gua sound la balik kat dia.
"lu pernah turun stadium tak..?"
dia cakap "tak pernah...."
"lu tau tak kat stadium tu ada berapa buah surau?" sanggah gua.
dia pun terdiam. sejak itu dia tak tegur gua lagi.

zaman ke stadium dulu mungkin dah berakhir.
walaupun sesekali ada gak pergi. tapi tak sekerap dulu la.

kat tv gua masih tengok lagi.
waima, tengah malam atau subuh pun gua sanggup berjaga.
itu semua minat punya pasal.
tapi dalam sejarah gua, tak pernah pulak ponteng kerja sebelah paginya.
atau tertidur kat ofis.
sebab mungkin dah terbiasa. dan kena ada disiplin jugak la.
ada bagusnya jugak la langgan astro ni.
semua liga bola dalam dunia ni dia siarkan.



ada jugak yg tegur.
daripada berjaga malam tengok benda tak berfaedah tu lebih baik buat amal ibadah.
sembahyang tahajud tengah malam lagi baik.
tapi bila gua tanya diorang.
"lu tengok bola tengah malam tak?"
diorang jawab " tak tengok..."
"jadi lu orang ada bangun tengah malam la, buat solat tahajud...?"
diorang diam je tak jawab pun.
kita paham la, tak bangun juga walaupun tak tengok bola.
mengutuk orang je lebih. dia sendiri tak buat pun.

world cup datang lagi
4 tahun sekali datangnya.
kali ini di brazil. perlawanan mula waktu dinihari.
malam tadi perlawanan pembukaan, dah mula.
ada 64 perlawanan dari hari ni hingga ke final.
harap gua boleh bertahan, berjaga tengah malam sepanjang sebulan ni....
bertabahlah...! hehehe

berada di luar kawasan

Jun 11, 2014


berada di luar kawasan sejak sabtu.
inilah cuti paling panjang untuk tahun ni.
4 hari cuti + sabtu ahad.

berbaloi jugak cuti sempena cuti sekolah ni.
apalah maknanya cuti tanpa anak-anak kan...?

balik dari johor pada ahad hari tu, jalan boleh tahan sesak.
potong jalan dalam.
singgah di Port Dickson.
dah malam waktu tu.
ingatkan nak singgah makan je.
tersangkut di waterfront PD.
baru teringat ada karnival jom heboh.
kali terakhir pergi jom heboh, masa buat kat nilai 3 beberapa tahun dulu.

walaupun dah malam & dah separuh tutup.
orang masih ramai dan jalan masih sesak.
banyak booth yg dah tutup.
kebanyakan booth tengah lelong barangan mereka.
untung jugak sapa yg datang last day atau last minute ni.
harga murah gila-gila.

tak banyak gambar sbb gelap & sesak berlanggar2 bahu

masih ada ceramah oleh ustaz di booth raudhah ni, respek...

booth cereka...masih sesak

ada 3 beg mcm ni. 1 beg rm10 je
 cukuplah bekalan jajan utk cuti sekolah ni...hehe






mereka juga sebahagian kita

Jun 5, 2014


aku pernah terserempak dengan orang yg aku kenal  dekat sebuah bank.
seorang perempuan yang juga seorang oku.
aku rasa lebih baik kita panggil orang istimewa.
sebab mereka juga manusia.
cuma kurang bernasib baik tidak dilahirkan sempurna sifat.
sedangkan manusia yg sempurna sifat pun, tak tahu bersyukur dengan kesempurnaan yang dianugerahkan padanya.

terkial-kial dia turun dari kereta.
dibantu oleh  seseorang, mungkin  kawannya atau sedaranya.
kami pun bertegur sapa dan bertanya khabar.
dia mengeluh dan merungut.
walaupun sesetengah urusan bank boleh dibuat secara online atau internet.
ada urusan lain memerlukan pelanggan ke bank.
mereka tak tahupun atau tak ambil kira pun yg mereka tu oku atau tak.

masalahnya kebanyakan premis bank, tak mesra pengguna oku.
bank yg dia pergi tu bertangga.
mungkin bagi kita itu perkara kecil, tapi bagi mereka tangga tu halngan yg sukar.
selepas turun dari kerusi roda, dia bertongkat pula.
susah payahnya dia,
aku sanjung semangatnya yg kuat.


*******

2 hari lepas, seorang pelanggan kami datang.
dia juga insan istimewa. berkerusi roda.
seorang pensyarah sebuah universiti di penang.

"saya dah ada kat parking ofis awak ni...." dia menelefon aku.

aku cakap tunggu saja di situ.
kejap lagi aku datang.
aku sedar, bangunan kompeni aku ni 'sedikit' mesra oku.  tak sepenuhnya.
tapi kengkadang, ada orang tak bertanggungjawab yg block laluan mereka.

dia lebih selesa berurusan dengan aku.
segala urusan jual beli. aku uruskan.
dia tak perlu turun pun dari kereta.
dia pulak yg rasa serba salah.
melihat aku ulang alik dari tempat parking ke ofis.
servis dah macam 'drive-tru' mekdi.
pesan, bayar dan ambik, tanpa perlu turun dari kereta.

walaupun ada urusan beberapa hari di KL tapi dia menginap di sebuah hotel di shah alam.
kenapa pilih yg jauh sedangkan berlambak hotel di KL?
katanya itu hotel feveret dia sebab mesra oku.
stafnya pun mesra dan kenal dia sebagai pelanggan tetap.
dia sanggup menginap jauh sikit asalkan selesa.

insan istimewa ini memandu sendiri.
dari penang ke KL dan ulang alik berurusan di antara KL dengan shah alam
dengan kereta yg sudah diubahsuai.
jangan terkejut, kalau aku katakan ianya sebuah kereta sport mewah!
memang respek dan tabik...


siapa tak nak duit 20 ribu?

Jun 3, 2014


sekarang cuti sekolah.
entah apa lah yg dibuat dek budak bertiga kat rumah tu.
menghabiskan masa siang kat rumah.
realiti yg berlaku bila mak bapak bekerja la kan.

makan tengah hari, pengasuh rumah transit diorang sediakan dan hantar ke rumah.
macam hari sekolah juga.
pandai jugak diorang ni bisnes, sebab cuti sekolah gaji tak jalan...hehehe
biasanya, diorang tak breakfast pun, terus brunch.
faham-faham aje la.

korang buat la apa yg patut untuk isi masa sehari suntuk tu.
tapi mama dah warning, bila dia balik kerja nanti, rumah mesti lah kemas rapi seperti sebelum dia pergi kerja....hahaha
kalau tidak korang terima lah takzirah yg tak tahu bila penamatnya, tajam menikam....

di rumah ada telefon TM.
walaupun jarang guna, tak kesah, mana tau nak guna masa emergency.
henfon pun ada, eril pegang.
aku top up rm30 sebulan.  pandai-pandai la control jangan bagi habis.

semalam eril dapat sms.
dia forwardkan pada aku.
dia dah excited semacam.
mujur juga dia tak balas mesej tu sebab aku dah pesan...
jangan layan sms kecuali papa, mama atau orang yg dia kenal.

***

RM0 your card telah Berjaya
& menangi hadiah GRAND PRIZE di
Shell (M) Berhad
RM20,000 RIBU
No. siri:9R24YK
sila dail talian: 012-8617-591
helix-ms.tk

***
tengok ayat pun dah lintang pukang.
kita faham la ini scam.
nak mengenakan orang tak habis-habis...!

samalah macam iklan.
semuanya nampak cantik je kan.