batuk 100 hari

Sep 25, 2014

dah masuk minggu ke-3 hari ni.
aku masih batuk-batuk.
ubat klinik dah telan.
dua kali pergi klinik jumpa doctor.

ubat farmasi dah macam-macam jenis.
yang orang farmasi bagi cadangan.
yang kengkawan bagi cadangan pun aku beli.

sesekali reda dan surut sekejap.
kemudian batuk 'mengokoi-ngokoi' balik.

aku pun dah try petua atau orang kata ubat tradisional.
jugak tak jalan setakat ni.

walaupun sesetengah tu cadangannya macam tak berapa nak masuk akal.
aku turutkan juga, demi nak hentikan batuk.
sebutlah apa saja...
minum madu yg diperah asam limau.
minum air asam jawa yg diembunkan semalaman.
makan kicap (jenama tamin sahaja katanya) diperah asam limau.
makan cuka epal.
kumur-kumur dengan gula batu.
minum air kembang semangkuk.

setakat ni masih belum lagi ada penawarnya...

boss pun dah kata tak payah attend mesyuarat.
duduk je dalam ofis.
heh heh, dia takut mengjangkit staf lain kot.

air cond tak boleh buka kuat di kereta atau kat ofis.
kalau suhu sejuk atau hujan lagilah menjadi batuknya.
sejak 2 minggu ni aku tidur luar je.
tak nak kacau wife tidur pun tak lena dengan gangguan batuk.


********

ini mengingatkan aku pada apa yg dialami oleh bang chik beberapa tahun dulu.
dia mengalami batuk.
yang tak kunjung baik.

macam yg aku buat sekarang ni jugak.
apa saja cara diikhtiarkannya, tapi masih belum baik batuknya.
sehinggalah dia nekad jumpa seorang pengamal perubatan tradisonal....(nama komersial untuk tuk dukun atau tok bomoh.)

orang tu kata.
dia terkena 'batuk 100 hari'.
tak ada ubat.
sebaik sahaja genap 100 hari, batuknya akan hilang atau sembuh dengan sendiri.
aneh, susah nak percaya.
jenuh jugak lah nak tunggu 100 hari.

percaya atau tidak genap 100 hari, batuk bang chik pun hilang.

*********

janganlah percaya bulat-bulat pulak.
mungkin sekadar kebetulan saja.
kita dah cuba. kita dah berusaha.
harap tak hal yg lebih serius.
mohon doa pada tuhan moga cepat disembuhkan....




1 refleksi: