masak lomak tempoyak pucuk ubi + petai

Jun 23, 2015


semalam singgah bazar ramadan.
ternampak satu kedai ada jual antara masakan feberet.
masak lomak tempoyak pucuk ubi + petai.

lama dah tak merasa.

'nak yang tu...' sambil tunjuk.

"nak berapa bang..." tanya brader yg jual.

"3 ringgit lah..."
bukan nak banyak mana pun fikir aku.
sebab terliur je ni.
lagipun aku rasa takkan la  mahal sangat harganya.

"3 ringgit tak dapat la bang..."
jangkaan aku meleset nampaknya.

"paling kurang 5 ringgit.
ni satu senduk besar ni kira 5 ringgit la...."
hamboi mahal nyeh...
banyak pulak tu.



oleh sebab dah teringin sangat.
...dan dah ter'order' pulak.
aku angguk ajelah.

lenkali aku dah tak singgah la gerai tu.
soryyla brader!

balik awal di bulan puasa

Jun 22, 2015


rata-rata banyak ofis yg benarkan stafnya balik awal pada bulan puasa ni.
ada jugak yg masih kekal waktu bekerjanya.
staf kerajaan lebih untungla,
ada yang diberi pelepasan 1 jam lebih awal.

kalau kompeni swasta, nasib baik kalau diberi balik setengah jam lebih awal.
di KL ni, walau diberi balik awal sekalipun.
jalan yg jem pun start awal jugak...
nasib badan la kan.
itulah yg aku lalui setiap hari.sementelah rumah jauh di nilai nuuuun
masih syukur la sempat jugak berbuka dengan famili.
walaupun hari pertama tu nyaris je terlepas.

tak payah la nak compare dengan brunei pulak.
kerajaan brunei isytihar boleh balik seawal jam 2.30-3.00pm

maka ramailah berkongsi berita tu.
alangkah baiknya duduk brunei.
malaysia patut ikut sama
boleh balik awal.

kata mereka boleh banyakkan ibadah.
banyakkan ibadah ke, nak banyakkan singgah di bazar?

kalau nak kata ibadah.
bukankah bekerja jugak satu ibadah?


ramadhan: tradisi famili kami

Jun 10, 2015

ramadhan bakal menjelang.
sudah menjadi tradisi famili kami akan adakan tahlil, bacaan yasin dan kenduri.
kalau rezeki sedikit kita buat dalam kalangan keluarga saja.
dan keluarga kami pun dah cukup besar.
bila ada rezeki lebih, kami jemput ramai sikit.
panggil orang kampung.
jemput sedara mara, kawan-kawan.

alhamdulillah.
kali ni dapat berkongsi rezeki beramai-ramai.
oleh sebab rumah kami sempit.
pasang kanopi dan bentang tikar.
supaya lebih ramai yg dapat ikut sama.

bacaan yasin dan tahlil yg dipimpin imam kampung.
ustaz farid ravi pun ada datang.
sempat juga  dia bagi tazkirah pendek.
kemudian mengimamkan solat zohor.

akhirnya macam biasa, jamuan makan.
kali ni tak pakai katering atas permintaan ramai yg nak menyumbang tenaga dan sedekah.
menunya masakan kampung.
daging salai masak lomak cili api, sup daging lembu, ayam goreng berempah, rendang daging, sayur-sayur, ikan goreng, ikan masin, ulam, paceri nenas dll.
memang sodap...!

terima kasih juga kepada yg sudi datang.












simpati untuk kawan di MAS

Jun 2, 2015

1 jun.
hari yg kalau boleh tidak ada dalam kalendar.
hari yg ditunggu penuh debar.
hari penentuan. kekalkah atau terpaksa mencari rezeki di tempat baru.

aku ada kawan-kawan yg bekerja di mas.
sebab kawasan kejiranan aku dihuni oleh ramai pekerja di mas ataupun di airport.
ada 4 jiran yg tinggal berselang pintu rumah.

semasa kenduri seorang jiran sabtu lepas.
perbualan kami tak riuh seperti biasa bila kami berkumpul.
masing-masing cuba menyembunyikan perasaan cuak dan bimbang.
menempuh hari yg bakal menjelang.

harinya tiba jua.
tengah hari semalam.
mereka mula menerima berita.
ada yg menerimanya dalam bentuk bungkusan yg dikirim melalui pos laju.
yg lain tak tahulah bagaimana.

mi, salah seorang daripadanya.
dia hantar wassap pada grup kami.
ditunjuknya gambar bungkusan yg diterima melalui pos.
dalam debar itu.
dia tidak terus membukanya.
di dalamnya sama ada surat tawaran atau surat penamatan.
dia tahu itu...



dia ambil keputusan hanya akan membukanya selepas solat asar nanti.
kami rakan-rakan lain memberi sokongan dan semangat.
insyaAllah. yg baik-baik saja untuk mi dan yg lain-lain.

jam 5.
mi hantar wassap susulan.
alhamdulillah, dia masih punya rezeki di mas.
ditawarkan meneruskan khidmat.
tetapi dengan potongan gaji 10 persen.

3 jiran yg lain juga mendapat berita baik.
mereka juga ditawarkan untuk terus bekerja
alhamdulillah.
mereka tidak termasuk antara 6,000 staf lain yg diberhentikan.

kepada yg tidak lagi dapat meneruskan kerja di sana.
bertabahlah.
insyaAllah pintu rezki kita ada di tempat lain.

tentunya sukar bagi mereka.
menghadapi hari depan yg tak menentu.
yg punya anak isteri dan keluarga untuk ditanggung.
sedih dan simpati untuk mereka.