- kecik-kecik lagi dah grad. . . -

Oct 22, 2012


jumaat lepas, hari graduasi tahun 6.
ala-ala majlis konvokesyen la.
aku pernah ceritakan dalam entri blog sebelum ni.
diadakan di nilai springs resort. huh...kemain.
sekolah lain buat kat dewan sekolah je weh...

aku tak pergi. ada kerja mendesak.
wifey aje yg pergi, temankan eril.
majlis hi tea, dengan persembahan daripada pelajar dan guru.
ijazah disampaikan oleh wakil rakyat.
wifey kata siap pakai jubah lagi. macam betul-betul grad.
pics ada banyak dalam henset wifey.
cuma katanya, dalam majlis tu tak dibenarkan parents ambik gambar.
sebab takut haru-biru bila parents berebut depan pentas nak ambik gambar anak-anak.
tapi wifey curi-curi jugak ambik.

tak semua pelajar hadir.
tak tahulah. sebab majlis ni bukan free. kena bayar.
ada jugak yg datang disediakan bas.
mungkin sebab takde transport atau ibu bapak tak dapat datang

oleh sebab takde gambar, aku tepek ni aje lah dlm entri.




- eric...di mana agaknya kau sekarang? -

Oct 19, 2012



"kau tau tak apa jadi pada dia?"
"entah...dah lama aku tak dengar citer dia...dia buat apa sekarang?"

itu bualan aku dgn sekri.
kami jumpa sewaktu nak order sizling mee di malaysia kitchen, the mines.
kebetulan!

sekri dulu hanyalah budak suruhan bhg gudang di tempat kerja lama aku.
dpd kad nama yg diberi, nyatalah dia dah makin maju sekarang.
bukan saja maju, tapi peningkatan amat besar.
tertera pada kad tu jawatannya, warehouse manager.

kata sekri, dia satu-satunya pekerja lama yg masih di situ.
mungkin berkat kesetiaannya itu, berbaloi. dan ganjarannya ialah jawatannya sekarang.
siapa sangka, pekerja yg kerjanya dulu disuruh arah, kadangkala dimarah itu kini dah jadi salah seorang boss. orang penting dlm kompeninya.

yg lain katanya, satu batch dgn kami dulu, semua dah angkat kaki.
membawa haluan masing-masing.
malah dah putus hubungan langsung.
kalau dia tak menegur aku di situ, sumpah aku pun takkan perasan dialah, sekri.
jauh lebih segak dan bergaya dpd sekri yg aku kenal dulu...

berbalik pada sambungan perbualan awal tadi.
ianya berkait dengan eric.
pekerja yg disukai ramai, sebab dia peramah dan berkawan dgn semua orang.
dia jugak kesayangan boss.
kerjanya bagus. ideanya banyak.

tapi nasib eric kurang baik dalam hal rumah tangga.
perkahwinan pertamanya gagal.
isteri yg disayanginya rupa-rupanya ada lelaki lain.
habis hartanya dikikis.
kemudian dia kawin lagi. khabarnya dengan kawan satu ofis.
masa tu aku sudah bekerja dengan kompeni sekarang.

satu hari dia telefon aku. katanya nak jumpa.
katanya dia ada kedai cd. nak cari bisnes partner.
aku ni bab berniaga tak berapa cerdas. tak berani ambik risiko & takde pengalaman langsung.
lebih menolak lagi, aku takde modal.
jadi, pelawaan eric, aku tolak mentah-mentah.

rupa-rupanya menurut sekri, eric ada masalah besar.
waktu dia contact aku tu sebenarnya dia sudah diberhentikan kerja.
kes pecah amanah.
semuanya kerana isteri dpd perkahwinan keduanya. yg boros dan bermewah-mewah.
oleh sebab eric tak mahu perkahwinan keduanya gagal lagi, dia turutkan kehendak isterinya itu.
dia mula berhutang. sehinggalah tak mampu lagi dibayar.
lalu, dia pecah amanah duit kompeni.

jadi, cari bisnes partner yg dimaksudkan ketika menghubungi aku dulu, ialah jual cd cetak rompak. termasuk cd lucah.
itu untuk tampung kehidupannya.
isterinya pun dah lari.
dia mula meminjam pula dpd kawan-kawannya yg simpati.
kemudian, dia pinjam duit dari ah long.
lepas tu, eric hilang tanpa khabar berita....
sekri pun tak tahu di mana dia sekarang.

*****

itu serba sikit kisah kehidupan.
seorang kawan yg naik dari bawah kerana kesetiaannya, kesabarannya.
kini, hidupnya agak berjaya.

seorang lagi kawan yg jatuh kerana kehancuran perkahwinannya.
lalu menghancurkan kehidupannya jugak.

itulah rencah kehidupan manusia...

- kita tak pernah serik -

Oct 17, 2012


pic ni aku ambik di kawasan kejiranan aku 2 malam lepas.
gelap...!
puncanya sejak 5 hari lepas lampu jalan entah kenapa, tak menyala.
mungkin rosak atau kemungkinan lain.
aku dan beberapa jiran lain dah pun report ke MPN, sejak hari pertama lagi.

soalnya tak ramai antara kita yg prihatin pun. bagi mereka, gelap tak jadi hal pun.
asalkan rumah mereka masih ada lektrik.
kebanyakan kita ada lampu di bahagian depan atau porch, tapi berapa org yg pasang pada waktu malam?
ramai yg hanya pasang kalau ada tetamu datang atau ada keraian.
selebihnya bergelap, lagipun jimat bil.

apalah gunanya lampu depan rumah tu yg mahal-mahal, berkerawang dan fancy kalau tak dinyalakan pada waktu malam.
adakah fungsinya sekadar hiasan semata-mata?

kita lupa, ianya juga berfungi utk keselamatan. suasana gelap akan menarik perhatian 'tetamu tak diundang'. pencuri, perompak dan penyangak.
dulu pernah ada kejadian pecah rumah di kawasan kejiranan ni.
persatuan penduduk sepakat buat rondaan malam.
malah ada kempen 'satu rumah, satu lampu'. maknanya setiap rumah pasang lampu.
jadi, penyangak pun 'segan' nak datang...

tapi tu tak bertahan lama. kejap je.
lepas tu masing-masing dah lupa akan ketakutan dan kebimbangan berlaku lagi pecah rumah.
spt dlm pic hanya beberapa rumah saja yg masih pasang lampu depan. walaupun sejak 5 hari lepas, keadaan bergelap.
mereka lebih sanggup gunakan duit atau bajet untuk hal lain dpd keselamatan misalnya langgan astro beyond, beli lampu kerawang yg cantik, basikal fixie dpd bayar bil utk pasang lampu depan waktu malam.

pagi tadi, kontraktor TNB datang. repair lampu jalan.
maka, takkan ada yg berasa serik kalau mereka belum terkena...
pasang lampu hanya sebahagian kecil dpd usaha' mendinding' dpd kejadian tak diingini selain alarm, gril dan kunci rumah.
tapi sebenarnya amat besar fungsinya.

- untuk 5 hari . . . -

Oct 16, 2012

aku cuti sejak jumaat lepas.
hari ni pun masih cuti. dan baru hari ni bukak lap top.
berlambak e-mel yg kena dibalas, satu-satu.
fb pun berderet notificationsnya.
blog pun tak berupdate dengan entri.

bukan takde bb, tapi bila dah cuti tu, aktiviti bermalas-malasan mengatasi yg lain.
cuti tahun je. yg masih berlambak-lambak lagi.
pergi kursus, pergi seminar ke hape dibagi cuti ganti pulak.
tu yg tak habis-habis, kalau cuti boleh ditukar dgn duit, kan cantik...

ada orang kata mereka tak boleh hidup tanpa dunia siber.
tak boleh tidak, kena bukak fb.
mesti nak bertweet-tweet dengan kengkawan & followers.
kena surf internet utk berita up to date.
tengok video youtube.
smart phones tak lekang di tangan, hatta ke toilet pun.

aku pun pernah rasa, yg aku sebahagian dpd mereka.
aku ingat aku pun tak boleh hidup tanpa semua tu.
jadi untuk 5 hari ni aku bereksperimen.

jauhkan diri dpd smart phone. offkan.
tak surf internet.
tak bukak fb. tak tengok twitter atau apa saja berkaitan dunia siber.

ya, aku boleh.
aku masih hidup....!!


***********

hari ni, selepas 5 hari, aku kembali ke alam siber.
aku rasa ketinggalan.
aku rasa dilupakan.
aku kembali rasa, yg aku sebenarnya tak boleh hidup tanpa semua tu....

alangkah!!

- ole-ole dari istanbul. . . -

Oct 11, 2012

lunch hari ni kirim tapau je...

- bulan bahasa -

sempat ke majlis ni sekejap...
rasa-rasanya poster TSMY tu bosar bona...

tuan blog ada kat celah-celah ni

konvoi superbikes

apa kaitannya?
kembara bahasa katanya, tapi yg ada kapcai je tak boleh join...he he
 

- suatu tengah hari bersama mat nepal -

Oct 10, 2012


lunch hour tadi.
aku sedang menunggu seorang kawan yg berurusan.
"sekejap je", katanya.
jadi, aku tunggu saja di lobi.
tak lama, ada pulak masuk panggilan telefon.
lalu aku keluar untuk menjawabnya.

kemudian aku berdiri saja di luar tu.
sambil tengok kereta lalu-lalang.
ada satu kereta mewah dipandu amoi, terkial-kial nak parking.
sedang seronok memerhati gelagat manusia,
seorang pak guard menghampiriku.

"sudaa maken...?"
tanyanya, ramah dan tersenyum.
segak sekali dengan uniform serba putihnya.

"belum...awak?" sepatah ditanya, sepatah aku jawab.

"belomm jugaa..." bahasa melayunya ada slang.
tubuhnya tegap. muka pun boleh tahan hensem.

"kerjaa arii-arii duaa belas jam jugaa..." sambungnya, tanpa ditanya.
"adaa jugaa anam belas jam, duaa puloh ampat jam punn adaa jugaa..."
mukanya macam mintak simpati.

aku dapat agak dia orang nepal.
ya, memang sekarang ni selain mat indon, mat bangla, mat pakistan, mat afrika, mat vietnam dll.
mat nepal ni lebih ramai yg jadi sekuriti.

"selaluu tingah arii, jam tigaa bruu maken..." sambungnya.
"arii sebtu, ahed pun kirjaa jugak. rihaat pun tadaa..."keluhnya lagi.
bahasanya tak jelas. tapi aku boleh faham.

mat nepal yg hensem itu enggan diambil gambarnya...

aku senyum aje la. tak komen apa-apa.
lagipun kawan aku dah selesai berurusan.

dapat kerja kat malaysia yg indah permai, aman damai ni...kira rezeki dialah.
itu pun dah cukup bagus.
lagi mau komplen, kaaa?
apa dia nak kerja sekuriti tu ikut office hour ke?

orang kita pun ramai yg menganggur, takde kerja.
salah orang kita jugak.
kerja sekuriti tak nak...
kerja kilang, tak glamor.
jadi orang gaji, takde kebebasan...
kerja pam minyak, lenguh berdiri katanya.

aku pun berlalu. iyalah, lepas makan nak sambung kerja.
kadang-kadang, 12 jam jugak kerja macam mat nepal, sekuriti tu...
sabtu, ahad pun ada kalanya kena kerja jugak...
komplen, komplen juga, tapi kerja tu kan punca rezeki...

redha...

- wordless wednesday -