wenger yg degil...ambik 8-2
never be square, be a circle
ada antara mereka yg kampung yg jaraknya 'sejengkal' pun sibuk ambik cuti awal. cuti panjang pulak tu. dan kalau boleh semua orang nak cuti raya. tak kesahlah kalau ofis terpaksa ditutup sekalipun. apa mereka peduli. yg penting nak cuti raya jugak. tak boleh tidak.
kalau kita kerja di kompeni swasta, ada sistem giliran. hari ni staf tu cuti sebelum raya, staf yg satu lagi cuti selepas raya. tahun berikutnya, giliran itu bertukarlah. kenalah saling memberi dan menerima. janganlah pentingkan diri saja. kalau kerja yg melibatkan kesejahteraan awam, polis, misalnya. masa cuti begini khidmat mereka diperlukan. cuti kadang-kadang dibekukan. itupun masih ramai yg nak kutuk abang polis. tak tahu menghargai langsung. tentu mereka rasa seperti yg aku rasa.
malam sabtu lepas, lepas tarawikh. setiausaha persatuan penduduk datang ke rumah. tujuannya nak ucap tahniah dan bagi cenderamata. rumah aku telah terpilih sebagai 'rumah paling ceria' oleh ajk pemilihan yg dilantik oleh persatuan penduduk.
sabtu lepas kita orang ke shah alam. lebih tepat ke seksyen 7. area kedai baru kat situ ada jakel, ariani, freeda, pearl haya, al-hajra dll. hujan lebat dan orang penuh sesak. sebenarnya utk memenuhi permintaan wifey, yg nak cari tudung sedondon dgn baju raya yg dah siap ditempah. lagipun sekarang ni trend orang pakai tudung fesyen glamour. sempena hari raya ni diberi diskaun atau ada jualan murah...!
setakat hari ini aku hanya dapat 3 keping je kad raya yg dikirim. 1 dpd kawan lama. 1 dpd syarikat cetak. 1 dpd boss bhg pengurusan.
sabtu hari tu berbuka puasa atas jemputan orang. tapi kena duduk dekat meja khas. takde makan stail buffet.menghalang orang Islam daripada murtad dianggap sebagai kesalahan.
menyekat penyebaran kristian kepada orang Islam, dikatakan melanggar hak asasi.
mengaji al-quran menggunakan pembesar suara masjid adalah dilarang dan merupakan kesalahan. dianggap pencemaran bunyi dan mengganggu tidur!
anehnya, orang islam sendiri bersetuju dan akur...malah menyokong.
tak faham, langsung tak faham!
aku menjengah satu blog bola penyokong man utd. tertarik dengan fakta yg dihuraikannya. melihat aspek usia pemain man utd yg diturunkan ketika menentang man city tempoh hari. purata usia mereka ialah 22 tahun. kali ini nampaknya arsenal tak boleh lagi kata team mereka paling muda dlm EPL.
biasanya kalau ke bazar ramadhan, aku cari ikan bakar. sebab kalau ikutkan secara logikanya, hanya ikan yang segar atau sekurang-kurangnya masih 'baru' sesuai dibakar. ya, memang banyak lauk yg dijual dan aneka pilihan masakannya. namun, dalam tempoh berniaga dalam bulan puasa ini pun masih ada peniaga yg ambil kesempatan.Copyright © 2010 BANGSAWAN NILAI | Blogger Templates by Splashy Templates | Design by Free CSS Templates