- lindungilah saudaraku di acheh -

Apr 11, 2012

petang tadi dilaporkan ada gempa bumi berhampiran acheh.
gempa bumi dengan kekuatan mencecah 8.6 pada skala richter itu (laporan awal menyatakan 8.9) dirasai gegarannya hingga ke negara kita dan negara jiran lain.
yg lebih membimbangkan ialah susulan gempa bumi yg berpusat di lautan hindi itu berkemungkinan menyebabkan tsunami sebagaimana yg pernah berlaku di acheh pada 2004 yg mengorbankan 170,000 nyawa, dan tsunami di jepun tahun lepas.

aku baru saja lepas solat asar, bila beberapa sms masuk.
"KL bergegar, earthquake?"
"tempat u ada rasa tak bergegar"

aku terus mendapatkan henfon. buka fb. sumber online paling pantas bagi aku.
ya, ramai yg update status pasal gegaran yg dirasakan.
beberapa minit kemudian, disahkan berita gempa bumi yg melanda berhampiran acheh.
aku segera panjatkan doa, agar tidak berulang lagi malapetaka itu.
aku segera terbayangkan apa yg berlaku dulu. menakutkan dan menyedihkan.

sepanjang petang  hingga ke sebelah malamnya. aku cuba dapatkan perkembangan lain.
melalui tv. melalui internet.
banyak sumber, banyak pulak kacau bilaunya.
ada yg kata amaran tsunami telah dikeluarkan dan kemungkinan sampai ke pulau pinang jam 9 malam dan port dickson kira-kira jam 2 pagi.
amaran rasmi dikeluarkan sejauh india. dan thailand mengarahkan penduduk kawasan pantai mencari kawasan tinggi. bimbang tsunami yg melanda phuket dulu.

kebanyakan laporan tidak rasmi. dan tidak disahkan oleh pihak berkuasa.
bila sumber tak rasmi ini dipetik dan disebarkan melalui twitter dan facebook, ianya menambah lagi kebimbangan dan kekalutan.
misalnya petikan twitter yg kononnya dari orang acheh sendiri yg mengatakan tsunami setinggi 6 meter telah melanda. dan itu kemudiannya diretweet oleh ramai yg lain.

di p.pinang, seorang kawan aku di sana melaporkan suasana agak panik jugak. dia sendiri mengharungi jalan sesak seperti yg lain untuk 'menyelamatkan diri' ke kawasan selamat.
disebabkan berita mengatakan jambatan p. pinang sduah ditutup kepada lalu lintas. khidmat feri juga dihentikan sementara.

jabatan metereologi hanya mengeluarkan 'nasihat' bukannya amaran. supaya menjauhi kawasan pantai. jabatan itu  memantau dengan rapi dan akan mengeluarkan makluman rasmi sekiranya mendapati tsunami benar-benar berlaku dan menjadi ancaman.

ramai jugak yg mengemas kini status di fb mengatakan tsunami berlaku di acheh. walhal yg terjadi ialah gempa bumi. mereka tak tahu bezakan tsunami dengan gempa bumi. tsunami mungkin berlaku disebabkan gempa bumi yg kuat terutama jika berlaku di kawasan lautan. maknanya, tak semua gempa bumi menyebabkan tsunami.

dalam laporan berita tv, dan video yg muat naik di internet menggambarkan suasana bimbang dan cemas di acheh. tak dapat aku bayangkan jika benar tsunami melanda lagi. mohon dijauhkan.

menjelang malam...amaran kemungkinan tsunami telah ditarik balik di kebanyakan negara asia tenggara, india, sri lanka dan lainnya.

sehingga aku menulis ini, tiada berita kemalangan jiwa berlaku. alhamdulillah....

2 refleksi:

Irfa said...

tak tahu lgsung sampailah tgk berita malam tadi :(
moga2 tidak berlaku lagi spt yang dulu..cukuplah sekali

rahimin said...

alhamdulillah xde yg terkorban...