- hilang macho pun, tak kesahla... -

Apr 10, 2012

aku tak kesah bila dikatakan 'tak  macho'.
aku jugak tak peduli jika dilabelkan 'takut bini..' atau kena queen control.
sebabnya ada jiran yg nampak aku tolong wifey sidai kain.
atau ternampak aku sedang mengemop dan menyapu di porch rumah.
salahkah aku tolong isteri sendiri?

aku bekerja, wifey jugak bekerja.
sama-sama penat. bantu-membantulah mana yg patut.
takkan hilang macho seorang lelaki yg membantu kerja rumah tangga yg 'kononnya' tugas rasmi si isteri.
aku buat kerja-kerja tu tanpa disuruh pun. sukarela je...
lagipun bukannya susah sangat.

dan aku jugak rajin tanam pokok bunga. siram pokok bunga.
malah basuh pinggan pun aku buat jugak. kadang-kadang.
mungkin takde yg nampak.
sesekali basuh kasut sekolah anak pun, aku lakukan jugak bila angin rajin tu datang.
selalunya baju ofis, aku hantar iron kedai dobi. rm1.20 sehelai.

bukan nak 'angkat' diri sendiri.
ada jugak masa malasnya, aku duk menghadap tv je.
atau melayan 'mimpi'.

kalau aku tak bantu isteri aku...siapa lagi?
malahan yg aku dapat tahu daripada kalangan kawan-kawan perempuan, suami yg 'macho' sebenarnya ialah mereka yg rajin membantu isteri.

pada jiran-jiran yg tersengih dan mulut terkumat-kamit semasa ternampak aku sedang sidai kain,
atau ternampak aku mengemop lantai di porch....
yg penting bukan pandangan atau persepsi kalian...
asalkan wifey aku cakap aku ni 'macho' sudahla... he he


3 refleksi:

Irfa said...

u macho la bro :)

Anonymous said...

sebenarnya isteri taklah nk harapkan husbandnya bantu setiap masa. sikit-sikit tu pun dah kira melegakan dan rasa dihargai.

rahimin said...

skil masak nasi goreng kau aku masih ingat sampai skrg bro...