- benarlah, kehidupan ini sukar dijangka -

Apr 4, 2012

sabtu lepas aku menziarah kawan lama. dia baru saja menjalani pembedahan jantung, bypass di IJN. maknanya sakit jantung atau kena serangan jantung. dari segi usia, masih dalam kategori muda. kawan aku ni bertubuh kecil dan kurus aje. nak kata disebabkan obesiti...jauh sekali.

salah satu puncanya, doktor kata mungkin kerana menghisap rokok. pelik jugak aku. masa di sekolah dulu, dia bukanlah daripada kalangan pelajar nakal yg hisap rokok curi-curi di asrama. sebenarnya yg masuk kumpulan tu ialah aku sendiri. tapi aku dah lama berhenti merokok. kalau tak silap selepas menghidapi batuk kronik semasa masih bujang dulu.

oleh sebab kekangan masa, kami jarang ketemu. adalah sekali dua, lepak mengeteh di kedai mamak. atau berjumpa bila berkunjung di hari raya. cuma selalu berkirim sms atau berbalas komen di FB. setahu aku dia bukanlah perokok tegar. tak tahulah, mungkin di belakang aku.

kini dia berehat dan beransur pulih daripada pembedahan yg dijalaninya. dia pun bercerita pengalamannya itu. 2 hari pertama selepas pembedahan, dia berada dalam keadaan kritikal. sebab utamanya keserasian selepas pembedahan dan degupan jantungnya agak lemah untuk mengepam darah. pada ketika itu, dia hanya memikirkan masanya sudah tiba untuk menghadap illahi. tetapi ingatan pada isteri dan anak-anak menguatkan semangatnya untuk terus tabah mengharungi segala langkah pemulihan.

kemudian dia menunjukkan bahagian yg dibedah itu. inilah pic yg sempat aku rakamkan. sbg peringatan kepada aku sendiri.

kadang-kadang memang sukar untuk kita faham banyak perkara berkaitan kesihatan. misalnya apa yg berlaku pada pemain bola profesional dlm EPL baru-baru ini yg mengalami serangan jantung dan tumbang di tengah padang. pemain kelab bolton, patrice muamba, namanya.


samalah dengan kawan aku ini. memang orangnya cergas. main badminton saban minggu. orangnya periang dan takde menghidap penyakit lain.
lebih memusykilkan lagi, dia adalah pegawai kesihatan yg bekerja dengan kementerian kesihatan dan baru saja naik pangkat. kakitangan kementerian ini biasanya menjalani saringan kesihatan secara berkala...orang seperti ini pun kena serangan jantung. apatah lagi aku ni, yg jarang bersenam, kerja yg selalu stress, yang makan ikut sedap saja. benarlah bukan apa yg kita alami saja patut dijadikan pengajaran. tetapi yg berlaku di sekitar kita seperti mana yg dialami oleh kawan-kawan juga bairalah dijadikan sebagai hikmah dan 'loceng amaran' pada kita.

kepada kawanku L, banyakkan berehat, rajin-rajin makan ubat dan semoga cepat sembuh....

3 refleksi:

rahimin said...

peringatan pd aku jgk ni...!

Irfa said...

bagus lah kalau dah stop merokok
apa perlunya merokok itu?
xde apa baiknya yg aku nampak pun

bangsawan nilai said...

min,
jarang aku rasa gentar sebegini.

irfa,
mujur aku sudah taubat...!he he