- perceraian...lelaki juga merana -

Oct 9, 2013


"raya nanti balik kampung tak...?" tanya ku.

kemp diam saja. tergamam mungkin.
atau cuba mencari jawapan yang sesuai.
soalan yg mudah untuk dijawab.
tetapi ternyata sukar untuk diluahkan.

aku rasa bersalah. mungkin aku tersilap tanya.
eh, takkan setakat tanya balik kampung untuk beraya pun satu kesalahan?
boleh menggores perasaan...

sedetik dua detik.
masih tiada jawapan.
kemudian...

"tak tahu lagi lah. tapi aku dah plan nak ke Bangkok..." jawabnya, nyata tak pasti.
"maybe raya pertama balik rumah emak aku, lepas tu balik KL. kerja dan cover kengkawan yg ambik cuti raya. lepas tu aku ambik cuti seminggu. cadangnya nak ke Bangkok. sorang-sorang je..."

ada sebak di hujung kata-kata itu.
sambil memandang ke siling, terdengar sedikit keluhannya.

"anak kau dah besar agaknya sekarang...?" entah kenapa aku bertanya soalan itu.
ternyata aku ni tak bertimbang rasa.
tak pandai jaga hati kawan.
tapi...tapi...
takkan bertanya pasal anak kawan aku sendiri, menjadi kesalahan yg berat hukumnya?

sekali lagi.
sedetik, dua detik.
masih tiada jawapan.
mungkin dia memikir-mikir jawapan yg sesuai.
tapi ternyata, soalan itu begitu berat untuk dijawabnya.
seakan-akan lidahnya kelu.

"entah lah...
 dah 2 tahun aku tak jumpa anak aku..." getar suaranya sedikit sebak.
aku mula nampak genangan air di matanya.

"oh...ya ke. tak tahu pulak aku macam tu jadinya..." aku simpati dengan situasi itu.
seorang ayah tak dapat jumpa anaknya.
tak tahu khabar beritanya. pasti menyedihkan


********

pertemuan di atas berlaku pada bulan puasa lepas.
bila aku berjumpa sahabat lamaku, kemp.
kemp. sudah berpisah dengan isterinya.
rumah tangganya runtuh, entah di mana silapnya.
tapi ternyata kemp tak pernah mengungkit akan 'keburukan' bekas isterinya.
jauh sekali untuk menuding atau mengungkit siapa benar, siapa salah.
sudah takdirnya begitu.
yang berlalu itu, biarlah berlalu.
meskipun perit...

kemp bekerja di KL. isterinya seorang cikgu, bekerja di ipoh.
setiap hujung minggu, kemp pulang ke Ipoh.
rumah tangga mereka bahagia. meskipun sedikit sukar.
masing-masing seakan-akan hidup berasingan.
kemp bimbang, 'jarak dan waktu' mungkin nanti memisahkan mereka.
jadi dia pun berusaha, mencari jalan agar isterinya dapat berpindah ke KL.



tetapi, lain pula jadinya bila isterinya sudah tinggal bersama.
mereka asyik berselisih pendapat.
rupa-rupanya tinggal sebumbung telah membina 'jurang' antara mereka.
kemp berusaha memulihkan hubungannya.
kemp tak tahu punca jadi begitu. di mana silapnya.
hubungan mereka sebagai suami isteri menjadi buntu.
dan akhirnya mahligai yang mereka bina tak dapat diselamatkan lagi.
perpisahan menjadi jalan akhir.
meskipun dalam keterpaksaan. demi kebaikan bersama-sama.
demi masa depan yang masih panjang.
pada waktu itu mereka sudah dikurniakan seorang anak lelaki.


********

"kau bayangkan lah perasaan aku. tak dapat jumpa anak aku lagi.
walaupun mahkamah bagi hak penjagaan pada wife aku. tapi aku boleh melawat dia.
banyak kali aku pergi rumah mak bapak dia kat kampung. tapi aku tak dibagi masuk jumpa anak aku. sampai hati diorang buat aku macam tu. aku tak nak gaduh.
aku harap tuhan lembutkan hati diorang.
sebaliknya, diorang macam salahkan aku atas apa yang terjadi....
aku sentiasa terbayang-bayang wajah anak aku yang semakin membesar. keletahnya....ketawanya..."

aku terdiam. tumpang sedih. tumpang simpati.

siapa kata hanya wanita yang terkesan dengan perpisahan. akan perceraian.
perempuan atau pihak isteri sahaja yg menjadi 'mangsa' keadaan.
lelaki jugak begitu.
seseungguhnya tiada siapa yg mahukan perpisahan terjadi.
apatah lagi yang menjadi mangsanya, anak-anak yang masih kecil.

"aku dengar baru-baru ni. ex-wife aku tu dah kahwin...dengan orang kaya, orang berada.
biarlah, itu jodoh dia.
aku doakan dia bahagia...
bukan aku tak cuba cari dia.
aku dapat tahu dia sekarang tinggal di subang jaya.
kalau dia tak nak jumpa aku. aku tak kisah.
tapi aku nak jumpa anak aku.
cukuplah walau seminit..."
kemp meluahkan perasaannya.

ternyata perpisahan itu meragut sebahagian kehidupan cerianya.
seingat aku, kemp seorang kawan yg sentiasa riang.
suka berjenaka.
ya...
kemp yang ini,  tidak seperti kemp yang aku kenal dulu...

meskipun dia cuba seberapa daya utk berselindung.
aku tahu jiwanya merintih. hatinya merana...



1 refleksi:

rahimin said...


simpati kp kwn itu.

ialah yg kita biasa dengar dan baca sebelah pihak aje kan...