tengok rekod la doc. . . !
Jan 29, 2014
aku ni bukan kaki mc
sepanjang tahun lepas 2 kali je mc.
tahun-tahun sebelum tu pun lebih kurang 1-2 hari jugak.
kat area perumahan aku ni ada 2 klinik.
dulu aku pergi yang satu tu.
servis ok, caj pun tak lah mahal sangat.
tapi ramai sangat patients, terpaksa menunggu lama giliran jumpa doktor.
sementelah klinik tu jadi panel kepada banyak kompeni.
mungkin sebab tak menang tangan, servis dia jadi slack sikit.
itu terjadi pada aku sendiri.
dua kali aku pergi klinik sebab demam yg tak kebah.
aku cuma diberi ubat demam.
sehinggalah aku terpaksa ke klinik lain waktu tengah malam sebab rasa dah tak larat.
rupa-rupanya aku kena demam denggi.
macam mana doktor tu tak dapat detect, 2 kali pulak tu...
mujur masih belum parah, terlantar jugakla seminggu
jadi, sejak tu aku dengan famili beralih arah ke klinik yg satu lagi.
klinik ni tak berapa ramai.
mungkin sebab caj yg dikenakan lebih mahal.
tak kisahla asalkan dapat servis yg baik.
doktor-doktornya pun 'mesra alam'.
******
tahun ni, sepanjang bulan ni je dah dua kali mc.
kali pertama awal bulan ni, demam campur batuk.
puan doktor ni pertama kali aku jumpa.
rasanya doktor baru bertugas di sini.
tak seperti doktor yg lain di klinik ni (setahu aku 3 orang), dia ni tak berapa friendly.
semalam pun aku jumpa doktor yg sama.
check lebih kurang je. walaupun aku demam melepek.
rasa satu badan dah berasap-asap.
batuk berdengkung-dengkung.
apa dia ingat aku saja nak dapat mc ke?
tengok rekod la doc!
hari ni terpaksalah jugak ke ofis.
boss pun tegur.
"huh...you look terrible la. lebih baik you balik, pergi klinik..."
hmmm. takde la nak balik.
aku bertahan aje la hari ni.
dilema jugak ni.
mungkin kena cari klinik lain pulak.
atau tengok siapa doktor yg bertugas untuk hari tu.
kalau doktor yg sama jugak, tak jadi la...
musim limau dah tiba . . .
Jan 23, 2014
hari tu jumpa satu kotak limau disorok kat pantry ofis.
dalam hati berkata.
'siapa punya kerja ni...takkan limau free pun nak sorok'
masa tu pokok limau baru mengeluarkan buah agaknya...heheheh
sekarang ni dah berkotak-kotak orang hantar ke ofis.
tak tahu mana nak sorok kan.
nak makan pun tak larat dah...
limau ni pun ada gred jugak.
alang-alang nak bagi kat orang, janganlah sampai orang berkata kat belakang kita.
"eeeee...masam la limau ni...baik tak payah bagi!"
"ishhh...ni limau tahun bila? dah kecut..."
astro: adakah perkhidmatan kami efisien?
Jan 21, 2014
astro ni memang efisien!
ya,memang efisien dari segi potong- memotong.
kalau lewat bayar je, potong.
senang je nak potong sebab diorang tak payah datang ke rumah macam nak potong letrik atau air.
lepas tu kena bayar penalti untuk sambung semula.
bukan kita tak bayar, cuma lambat bayar.
sebab due asyik terlajak.
malas nak pening-pening (pening arr...kata shuib sepahtu).
aku buat auto debit. jadi pasal astro ni dah setel.
astro bukan barang mewah lagi. dah jadi keperluan.
kalau mampu kau bayarlah tengok semua channel. ada lebih 100.
kalau tak nak bayar lebih, pakai pakej yang basic aje la.
tak payah nak bising-bising kata astro harga naik.
nak jimat-cermat pergi lah melangut kat kedai mamak 24 jam sana tu.
****
1 januari hari tu.
orang astro telefon. diorang offer pasang 2nd decoder.
cuma perlu bayar rm50 sebulan.
mereka kata promosi sempena tahun baru.
aku pun kata ok ajelah.
elok juga.
takdelah berebut nak tengok bola atau drama melayu.
atau sorok remote nak tengok movie atau kartun.
2 minggu lepas, diorang telefon lagi.
nak confirmkan yang aku setuju ambik 2nd decoder.
eh...hari tu bukan dah confirm ke?
aku tanya 'bila nak datang pasang?'
'nanti ejen installer kami akan hubungi incik' jawabnya
oleh sebab hal ni tak mendesak sangat, aku tak lah buat follow up.
kalau datang, elok lah. kalau tak datang pun tak pe.
tup tup lepas dua minggu.
dalam 11:00 pagi semalam. ejen yang nak install tu call aku.
diorang nak datang pasang.
aku cakap takde siapa kat rumah. petang nanti ajelah.
dia jawab, tak boleh, sebab pagi tu sampai tengah hari diorang install area seremban termasuk lah area rumah aku.
sebelah petang diorang kena pergi area Port Dickson pulak
jadi aku suruh ajelah diorang datang sebab katanya boleh sampai dalam masa setengah jam.
lagipun waktu tu erol belum pergi sekolah petang lagi.
aku pun bagitau erol suruh tunggu sebelum dia pergi sekolah.
tunggu punya tunggu, diorang tak sampai juga sampailah erol dah pergi sekolah.
lebih kurang dekat pukul 1:00, ejen tu call.
'takde orang kat rumah la incik'
'memang lah tadi korang cakap boleh sampai dalam setengah jam ni dah dekat sejam setengah.' aku pulang paku buah keras.
'habis tu macam mana ni incik....?'
mujur aku takde kat situ nak bagi penampor jepun.
terpaksalah aku minta jasa baik jiran aku a.k.a pengasuh anak aku a.k.a tempat transit sekolah anak aku, tolong uruskan.
sebab dia ada simpan kunci spare rumah. untuk hal-hal emergency yg melibatkan anak-anak aku.
nak pasang decoder astro ni pun kira emergency jugak lah...
ya, perkhidmatan astro sangaaaattt efisien.....
roti lebanon & roti hawaii kat kedai mamak pun ado . . . !
Jan 20, 2014
ada satu restoran mamak baru bukak kat kawasan perumahan aku ni.
elok lah tu asyik makan roti canai kat restoran mamak as-salam atau al-falah aje kan.
ada lah pilihan lain.
lagipun dekat je, boleh jimat kan kos minyak.
tahun ni, kan tahun berjimat-cermat....hehe
pembukaannya 1 januari hari tu.
macam biasa la.
kedai baru, kita tengok orang lain try dulu.
kalau recce nampak ada je pelanggan, maknanya kedai tu okey la.
minggu lepas baru kita orang pulak yg cuba.
alang-alang try, kita orderlah menu yg special kan.
kali ni kita try, roti Lebanon.
lenkali try roti Hawaii la pulak kan.
rasanya...not bad la!
oh! my keropok . . .
Jan 16, 2014
eril, erol dan erin memang suka tengok oh! my English.
lebih lebih lagi erin.
berkali-kali kalau disiar pun masih diulangnya tengok.
dalam pvr pun berderet-deret dirakamnya masih tak mahu dipadam.
setakat ni belum ada episod baru untuk musim baru.
malam tadi ada episod khas, oh! my English in America.
sejak seminggu sudah diorang asyik menunggunya.
excited semacam...!
sebelum ni pun ada episod khas, oh! my ganu.
ada zizan berlakon sekali.
ok.
aku mengaku sesekali, aku pun join jugak tengok!
konsep sepatutnya, sambil belajar English dan membetulkan yang tidak betul.
elok la tu.
kena ada program tv yang ada konsep menonton sambil belajar.
semalam bebudak ni cuti sempena keputeraan Yang diPertuan Besar N.Sembilan.
jadi, balik kerja semalam aku singgah gerai tepi jalan.
belikan keropok lekor dan goreng pisang.
nak belikan coklat, gula-gula atau jajan dah kerap sangat.
rupa-rupanya pengaruh oh! my English ni berbekas jugak.
mula-mula aku tak berapa paham sangat bila erin bagitau pada erol.
"papa bawak balik kepok zizang...jom la makan..."
diorang tak panggil keropok lekor dah.
sebaliknya diorang panggil
"KEPOK ZIZANG..."
baru aku teringat dalam oh! my ganu hari tu, zizan ni kengkononnya jutawan keropok yg cuba nak tackle cikgu ayu.
dia ada rangkaian francais, 'keropok zizang'!
berhentilah guna taktik lapuk tu . . .
Jan 15, 2014
sepanjang hari ni duk kat belakang.
jadi urus setia.
aku tahu bila attend seminar ke bengkel ke, ada peserta yg mengular.
lepas lunch break, ramai yg cabut.
kalau tak cabut pun asyik keluar masuk, pergi toilet la.
'berlakon' jawab telefon kengkonon urgent la.
hah!...aku tahu semua bab-bab dan taktik tu.
tak payah nak kelentong
kalau tak mampu jadi peserta yg setia.
jadilah urus setia yang setia...
macam aku ...hehehe
perlu ke pujuk mereka yg nak berhenti kerja?
Jan 10, 2014
ini perbualan kak rose dgn boss yg sudah diadaptasi...hehehe
rose: betul ke saya dengar zieman nak letak jawatan, berhenti kerja? (sebagai sekretari rose ambil peluang mahu tahu daripada mulut boss sendiri)
boss: ya... (jawab macam takde perasaan)
rose: habis tu boss terima ke? (rasa macam frust)
boss: saya terima aje la (macam layan tak layan)
ose: boss tak cuba pujuk dia ke?
boss: nak pujuk buat apa? (pertanyaan dijawab dengan pertanyaan)
rose: kerja dia tip top, ada kaliber, potensi besar, banyak idea, staf lain respek kat dia...
boss: so....?
rose: sayang la boss kalau kita lepaskan dia...
boss: kalau dia sendiri dah tak sayang kompeni ni, buat apa kita sayang pulak nak lepaskan? (sekali lagi boss keluarkan ayat tanya sebagai jawapan)
rose: (diam aje...dalam hati, betul jugak cakap boss tu)
rose: betul ke saya dengar zieman nak letak jawatan, berhenti kerja? (sebagai sekretari rose ambil peluang mahu tahu daripada mulut boss sendiri)
boss: ya... (jawab macam takde perasaan)
rose: habis tu boss terima ke? (rasa macam frust)
boss: saya terima aje la (macam layan tak layan)
ose: boss tak cuba pujuk dia ke?
boss: nak pujuk buat apa? (pertanyaan dijawab dengan pertanyaan)
rose: kerja dia tip top, ada kaliber, potensi besar, banyak idea, staf lain respek kat dia...
boss: so....?
rose: sayang la boss kalau kita lepaskan dia...
boss: kalau dia sendiri dah tak sayang kompeni ni, buat apa kita sayang pulak nak lepaskan? (sekali lagi boss keluarkan ayat tanya sebagai jawapan)
rose: (diam aje...dalam hati, betul jugak cakap boss tu)
kisah aku dan leman
Jan 9, 2014
aku dan leman punya sejarah yg panjang.
sejak kami berkawan di bangku sekolah lagi.
leman budak estet. daripada keluarga susah.
ayahnya selain kerja estet, buat part time kerja di restoran.
tapi aku tabik dengan leman ni, tak pernah nak tunjuk yg dia susah.
masa aku pindah dari kuala kubu ke nilai, aku dah darjah 5.
jadi agak kekok sikit sebab tak kenal siapa-siapa kat sekolah tu.
leman lah antara kawan aku yg terawal.
lagipun estet dia dekat dengan kampung aku.
di estet faham-faham ajelah. tak ramai orang melayu.
aku rasa ada 2 famili je, yg lain semua india.
aku pergi sekolah naik bas.bas awam bukan bas sekolah.
tapi kengkadang sebab lama sangat nak tunggu bas, aku belasah jalan kaki je.
terutama bila balik dari sekolah.
lagipun ada short cut, ikut belakang rumah orang, lalu batas sawah padi, rentas sungai, ikut jalan denai... sampailah rumah.
sebenarnya boleh tahan jauh jugak.
nasib baik sesekali kengkawan yg tinggal di salak, jijan, lembah paya, geching atau lbj akan tumpangkan aku dengan basikal diorang.
upahnya, aku kena carry diorang kat belakang. kena kayuh sekerat jalan.
bukan aku takde basikal, tapi mak tak bagi. bahaya katanya....
iyalah 'budak pekan' baru belajar duduk kampung masa tu.
berbalik cerita pasal leman.
leman untung la. sebab estet dia sediakan van sekolah.
maklumlah transport susah nak masuk estet.
jalan tanah merah, berlubang-lubang pulak tu.
bila masuk sekolah menengah, aku duduk asrama.
sebab result aku boleh tahan la.
leman tak lepas, dia sekolah di nilai je..
kalau dapat pun dia takkan pergi, aku tahu.
dia kena jaga adik-adik dan bantu ayahnya.
tapi setiap kali balik hujung minggu atau cuti sekolah.
aku akan jumpa leman. sama ada dia datang ke rumah atau aku ke estetnya.
dialah orang paling gembira bila aku dapat tawaran masuk U.
tapi pada peringkat usia begitulah juga yg membina jurang antara kami.
jarak dan waktu membataskan hubungan.
aku perlu bina jalan untuk kehidupan masa depan.
leman jugak begitu.
tapi cara kami berbeza, aku membinanya dengan menambah ilmu & membina kerjaya.
leman membinanya, dengan mencari pendapatan menampung keluarga.
tanpa sedar, kami terputus hubungan.
waktu itu henfon pun belum mampu dimilik apatahlagi segala macam media sosial di internet belum sampai lagi.
estet tempat leman sudah tiada lagi.
dah dibangunkan jadi kawasan perumahan.
aku tak tahu ke mana leman dan keluarganya berhijrah. membina hidup baru.
aku cuba risik daripada kengkawan yg lain.
mereka juga tak tahu.
bertahun-tahun aku mencari, aku percaya leman jugak begitu.
sehinggalah setahun lalu, kami dipertemu.
bukan bersemuka, tapi dalam telefon sahaja.
itupun berkait-kait dengan kengkawan lama yg lain.
kau ada tak no. telefon si anu? kau tahu tak si folan tu kat mana sekarang?.
leman sekarang adalah pengurus estet di melaka.
habis spm dia sambung stpm. lepas tu dia mula bekerja sebagai kerani pejabat estet.
kemudian dia dapat biasiswa daripada kompeni pemilik estet untuk menyambung pelajaran.
konglomerat orang putih yg memang terkenal di serata dunia.
nasib leman memang baik. anak pekerja estet yang kemudiannya diberi kepercayaan menjadi pengurus estet.
oleh sebab estet di nilai sudah dijual untuk dibangunkan, jadi leman pun berhijrah ke melaka.
membina hidup baru.
ya, dulu nilai dikenali dengan estet-estetnya, tapi sekarang lebih dikenali sebagai taman perumahan.
taman cempaka, jasmine, melati, tapak universiti swasta, seroja, nilai impian, nilai 3....dulunya estet.
bandar putra nilai dan sekitarnya, termasuk tapak giant sekarang ni pun estet.
kota seriemas yg dibangunkan oleh sime darby itulah tapak estet leman tinggal dahulu.
ya, kalau ada masa lapang kami akan berbual di telefon.
dan insyaallah, cuti tahun baru cina nanti, kalau takde aral melintang, kami akan berjumpa semula.
arhhhh...sungguh nostalgik.
setakat ini la . . .
Jan 7, 2014
itu hari ramai yg kecoh pasal tol naik.
kalau nak cerita pasal tol, aku adalah yg paling terkesan.
ialah dari nilai ke KL...kalau naik 30 sen pun dah terasa gigitannya pada saku dan wallet.
tapi mujur (setakat ni la, esok lusa belum tahu...) belum naik lagi.
yuran sekolah anak-anak pun itu hari pun kena bayar rm15 je.
mujur la tak mahal sangat (setakat ini la...belum sampai surat dari sekolah lagi...)
mujur-mujur itu ajelah yuran yg kena bayar.
bonus untuk tahun lepas masih dibayar majikan.
walaupun katanya tahun ni kena jimat-cermat.
bonus dah masuk (walaupun suku hahahaha)
untuk tahun ke depan ni, belum tahulah dapat ke tidak kan.
harap-harap macam kali ni la.
semalam henfon jatuh.
oleh sebab henfon ni ada casing yg keras dan lasak, selamat lagi la.
walaupun calar balar. warna dah pudar.
pakai la selagi boleh buat call atau sms.
setakat ni la, tak payah nak ganti yg canggih-manggih tu.
hidup kala ini.
kena ada prioriti.
kalau tak, bajet lari.
nak mewah sekali sekali boleh la.
tapi tak boleh selalu.
tak payah nak tayang atau nak canang kat orang.
kita berpijak pada realiti.
ikut prioriti.
setakat ini la.
masih boleh bertahan.
esok atau lusa belum tau lagi.
baru 6 hari je . . .
Jan 6, 2014
baru 6 hari untuk tahun 2014.
tapi ni kira 1st day aku kerja.
minggu lepas cuti, macam biasa back to school.
sambil uruskan anak sekolah sambil bercuti.
sambil menyelam minum air.
ini strategi sebab boss takde alasan tak luluskan cuti.
seboleh mungkin aku cuba putuskan dari hal kerja bila aku cuti.
elok untuk ketenangan jiwa.
tapi bila buka e-mel pagi ni.....fuh berderet-deret nak membacanya di inbox.
status urgent, very urgent dan super urgent.
kepala pun nyaris nak jem.
jadi, stop kejap tarik nafas....update blog dulu....hihihihi
tadi sempat check pasal bonus.
kengkawan kata dah masuk.
aku rasa macam ada yg tak kena dengan bonus aku.
mentang-mentanglah aku ni orang negori.
diorang masukkan 'suku' je bonus aku.
bila aku inkuiri bahagian akaun, rupa-rupanya diorang buat silap.
bikin wa panaaaasss je.
ada ke diorang jawab bukannya nak betulkan apa yang dah silap.
sebaliknya bagitau, tak boleh buat apa dah.
akaun bulan ni dah tutup.
kami akan bayar bonus selebihnya sekali dengan gaji bulan januari nanti.....!
baru 6 hari dah macam-macam...ada 359 hari lagi wehhhh
updated: ada staf yg dibayar bonus 'terlebih'dan mereka diminta pulangkan. kalau dah terpakai tak ke naya?
Subscribe to:
Posts (Atom)