setakat ini la . . .

Jan 7, 2014


itu hari ramai yg kecoh pasal tol naik.
kalau nak cerita pasal tol, aku adalah yg paling terkesan.
ialah dari nilai ke KL...kalau naik 30 sen pun dah terasa gigitannya pada saku dan wallet.
tapi mujur (setakat ni la, esok lusa belum tahu...) belum naik lagi.

yuran sekolah anak-anak pun itu hari pun kena bayar rm15 je.
mujur la tak mahal sangat (setakat ini la...belum sampai surat dari sekolah lagi...)
mujur-mujur itu ajelah yuran yg kena bayar.

bonus untuk tahun lepas masih dibayar majikan.
walaupun katanya tahun ni kena jimat-cermat.
bonus dah masuk (walaupun suku hahahaha)
untuk tahun ke depan ni, belum tahulah dapat ke tidak kan.
harap-harap macam kali ni la.

semalam henfon jatuh.
oleh sebab henfon ni ada casing yg keras dan lasak, selamat lagi la.
walaupun calar balar. warna dah pudar.
pakai la selagi boleh buat call atau sms.
setakat ni la, tak payah nak ganti yg canggih-manggih tu.

hidup kala ini.
kena ada prioriti.
kalau tak, bajet lari.
nak mewah sekali sekali boleh la.
tapi tak boleh selalu.
tak payah nak tayang atau nak canang kat orang.
kita berpijak pada realiti.
ikut prioriti.

setakat ini la.
masih boleh bertahan.
esok atau lusa belum tau lagi.

4 refleksi:

zana-norzana said...

pandai henfon tu ya, bila tuannya dpt bonus jatuhlah pulak dia.....

Ummiarissa Mahdi said...

hp nokia saya masih tahan lagi...beli rm100...dah banyak kali jatuh...

bangsawan nilai said...

zana,
selagi 'bernyawa' kita pakai jugak

ummiarissa,
lagi smart telefon tu lagi mudah rosak kan...hehe

rahimin said...



setakat ini under control lagi la heheheh