kisah aku dan leman

Jan 9, 2014


aku dan leman punya sejarah yg panjang.
sejak kami berkawan  di bangku sekolah lagi.
leman budak estet. daripada keluarga susah.
ayahnya selain kerja estet, buat part time kerja di restoran.
tapi aku tabik dengan leman ni, tak pernah nak tunjuk yg dia susah.

masa aku pindah dari kuala kubu ke nilai, aku dah darjah 5.
jadi agak kekok sikit sebab tak kenal siapa-siapa kat sekolah tu.
leman lah antara kawan aku yg terawal.
lagipun estet dia dekat dengan kampung aku.
di estet faham-faham ajelah. tak ramai orang melayu.
aku rasa ada 2 famili je, yg lain semua india.

aku pergi sekolah naik bas.bas awam bukan bas sekolah.
tapi kengkadang sebab lama sangat nak tunggu bas, aku belasah jalan kaki je.
terutama bila balik dari sekolah.
lagipun ada short cut, ikut belakang rumah orang, lalu batas sawah padi, rentas sungai, ikut jalan denai... sampailah rumah.
sebenarnya boleh tahan jauh jugak.
nasib baik sesekali kengkawan yg tinggal di salak, jijan, lembah paya, geching  atau lbj akan tumpangkan aku dengan basikal diorang.
upahnya, aku kena carry diorang kat belakang. kena kayuh sekerat jalan.
bukan aku takde basikal, tapi mak tak bagi. bahaya katanya....
iyalah 'budak pekan' baru belajar duduk kampung masa tu.

berbalik cerita pasal leman.
leman untung la. sebab estet dia sediakan van sekolah.
maklumlah transport susah nak masuk estet.
jalan tanah merah, berlubang-lubang pulak tu.
bila masuk sekolah menengah, aku duduk asrama.
sebab result aku boleh tahan la.
leman tak lepas, dia sekolah di nilai je..
kalau dapat pun dia takkan pergi, aku tahu.
dia kena jaga adik-adik dan bantu ayahnya.

tapi setiap kali balik hujung minggu atau cuti sekolah.
aku akan jumpa leman. sama ada dia datang ke rumah atau aku ke estetnya.
dialah orang paling gembira bila aku dapat tawaran masuk U.

tapi pada peringkat usia begitulah juga yg membina jurang antara kami.
jarak dan waktu membataskan hubungan.
aku perlu bina jalan untuk kehidupan masa depan.
leman jugak begitu.
tapi cara kami berbeza, aku membinanya dengan menambah ilmu & membina kerjaya.
leman membinanya, dengan mencari pendapatan menampung keluarga.

tanpa sedar, kami terputus hubungan.
waktu itu henfon pun belum mampu dimilik apatahlagi segala macam media sosial di internet belum sampai lagi.

estet tempat leman sudah tiada lagi.
dah dibangunkan jadi kawasan perumahan.
aku tak tahu ke mana leman dan keluarganya berhijrah. membina hidup baru.
aku cuba risik daripada kengkawan yg lain.
mereka juga tak tahu.
bertahun-tahun aku mencari, aku percaya leman jugak begitu.

sehinggalah setahun lalu, kami dipertemu.
bukan bersemuka, tapi dalam telefon sahaja.
itupun berkait-kait dengan kengkawan lama yg lain.
kau ada tak no. telefon si anu? kau tahu tak si folan tu kat mana sekarang?.

leman sekarang adalah pengurus estet di melaka.
habis spm dia sambung stpm. lepas tu dia mula bekerja sebagai kerani pejabat estet.
kemudian dia dapat biasiswa daripada kompeni pemilik estet untuk menyambung pelajaran.
konglomerat orang putih yg memang terkenal di serata dunia.
nasib leman memang baik. anak pekerja estet yang  kemudiannya diberi kepercayaan menjadi pengurus estet.
oleh sebab estet di nilai sudah dijual untuk dibangunkan, jadi leman pun berhijrah ke melaka.
membina hidup baru.

ya, dulu nilai dikenali dengan estet-estetnya, tapi sekarang lebih dikenali sebagai taman perumahan.

taman cempaka, jasmine, melati, tapak universiti swasta, seroja, nilai impian, nilai 3....dulunya estet.
bandar putra nilai dan sekitarnya, termasuk tapak giant sekarang ni pun estet.

kota seriemas yg dibangunkan oleh sime darby itulah tapak estet leman tinggal dahulu.

ya, kalau ada masa lapang kami akan berbual di telefon.
dan insyaallah, cuti tahun baru cina nanti, kalau takde aral melintang, kami akan berjumpa semula.
arhhhh...sungguh nostalgik.


4 refleksi:

zana-norzana said...

Ya.... dulu nilai ni memang terkenal dengan estetnya...... kalau ke KL ikut highway, pokok getah ajer..... la ni taman perumahan pula.......

Irfa said...

aku baru nak tanya mana estet si leman dulu..kota seriemas rupanya
leman pakai kasut getah tak dulu?
jgn kecik ati tau,,aku suka baca blog b-nilai ni,kisah2 yg ko tulis mcm dekat di hati.

bangsawan nilai said...

zana,
yep. dulu pun kengkwn bukan dari N9 bila sebut asal dari nilai, diorang kata aku budak estet

irfa,
tak de hal. mungkin sbb awak familiar dgn tempat2 yg aku tulis dlm blog ni kan

rahimin said...


mcm komen di atas.
aku baca blog ni bkn sbb kau kwn aku.
tapi apa yg kau tulis ni Nampak ikhlas dari hati...cerita hari-hari yg kita biasa lalui