zuhud

May 30, 2014


aku solat jumaat hari ni di masjid dalam kampus UM.
aku ni lebih suka solat jumaat merata-rata.
ikut hati je ke masjid mana nak pergi.
sebab nak dengar khutbah yg berbeza-beza.
tadi pergi sorang-sorang je.

kat masjid ni takde orang buka gerai.
takde jual cendol ke, rojak ke, nasi ayam ke, ubat kuat ke...haishhh.

khatibnya pulak biasanya daripada student PhD yang memang dilatih sampaikan khutbah.
kengkadang pensyarah pun ada jugak.
yg paling aku suka, khutbahnya padat dan tak meleret-leret.

masa berjalan nak balik ke kereta tadi.
aku ditegur oleh seseorang.
ya, memang aku kenal.
dulu pernah ada projek dengan kompeni aku.
seorang profesor bidang engineering. pernah jadi dekan fakulti pun.
dia dah berhenti sebagai ahli akademik, katanya.
sekarang ni jadi CEO satu kompeni swasta.
profesor ini memang seorang yg simple dan merendah diri.

oleh sebab panas terik.
dan masing-masing nak kena masuk ofis semula.
kami tak dapat borak panjang.

dia minta nombor telefon aku.
sambil mengeluarkan henfonnya.

alangkah terkejut aku.
percaya atau tidak.
dia guna henfon klasik, nokia 3310...!
dengan selamba je.

insaf....!

kita ni guna henfon model lama sikit dah rasa segan. sorok-sorok. nanti kengkawan ketawakan
anak-anak pun pakai gajet canggih, tab segala bagai.
budak sekolah pun dah ada henfon branded...

dalam arus kemajuan teknologi serba canggih
kegilaan dunia yang taasub akan  gajet dan media sosial.
dia seolah-olah ditinggalkan oleh dunia.

sebenarnya tidak...!

dia bukan calang-calang orang.
ini bekas profesor universiti,
ceo kompeni kejuruteraan pulak tu...

2 refleksi:

rahimin said...


kelu lidah, kaku jari nak menulis bila baca ni

Irfa said...

BUKAN DIA X MAMPU BELI, TP DIA MALAS NAK IKUT SANGAT KEGILAAN ORG SKRG
JANJI DPT BUAT CALL, TERIMA CALL N SMS CUKUP LAH