majlis keluarga, ustaz farid dan daging salai . . .

Feb 9, 2015


kali ni untuk bulan februari, majlis bacaan yasiin & tahlil keluarga digabungkan.
majlisnya lebih besar.
sebab jemput orang kampung dan jkkk kampung kejiranan.
selain bacaan yasiin, tahlil ada juga selawat dan tazkirah.
kali ni dijemput ustaz farid ravi.

uztaz farid juga memimpin bacaan yasiin, tahlil & doa selamat, selawat nabi, menyampaikan tazkirah dan akhir sekali mengimamkan solat zohor.
special request oleh ustaz farid, semasa dijemput untuk datang. mintak tuan rumah sediakan daging salai masak lomak cili api.
sebab dia pernah datang dulu, katanya daging salai masakan kak lang memang terbaek...!
jadi kak lang lah yg buat masakan spesel tu selain hidangan menu lain oleh katering.
siap ditapaukan lagi semasa ustaz farid nak balik.
'kalau jemput selalu pun takpe, kalau macam ni...' selorohnya.

majlis dimulakan dengan bacaan yasiin dan tahlil

selawat


tazkirah disampaikan utz farid ravi


makan time

daging salai masak lomak cili api, ayam goreng berempah, tenggiri goreng berlado
sayur + tempe + soun masak jawa, ikan masin, ulam-ulaman





apa bezanya hari jumaat?

Feb 6, 2015


biasanya dalam grup wassap.
hari jumaat begini mulalah mereka kongsi banyak benda yg baik-baik.
doa hari jumaat.
zikir hari jumaat
petikan mutiara kata.
macam-macam la.
eloklah lu, hari jumaat jadi baik kejap.
hari lain tak pulak ya.
takpelah kita ambik yg positif...hehehe

masa kecik-kecik dulu.
selalu cakap kat kengkawan.
"hari ni jumaat tau, tak baik nipu...!"
bila kawan kita cuba nak kelentong.

aku ada kongsikan gambar masjid ni kat grup wassap.
aku suruh teka kat mana.
nampak macam familiar kan.
ada yg kata macam pernah nampak.
ada yg cakap pernah singgah solat, tapi tak ingat kat mana.
huh nampak sangat pembongaknya...kata nabil
ada yg kata kat johor. ada kata kat kuala selangor....



sebenarnya masjid ni namanya masjid qul syarif.
letaknya nun jauhnya di kazan kremlin, russia.
ianya adalah masjid terbesar di rusia
dan merupakan antara masjid terbesar di eropah...

teringat semula pengalaman solat di masjidil haram tempoh hari.
melimpah jemaahnya sampai ke kaki lima kedai dan jalan raya.

begitulah juga solat jumaat di masjid dalam negara.
di KL, di nilai atau di mana-mana saja
kalaulah jemaah solat fardhu yg lain seramai jemaah solat jumaat, separuh pun cukup dah sebenarnya.
alangkah indah...





sampai bila nak menyewa je

Feb 5, 2015


'pening kepala la pikir pasal rumah...' rintih seorang kawan.
dia dah kahwin.
punya anak dua. masih menyewa.

ya, harga rumah sekarang ni mahal.
kalau duduk kat bandar, lagilah mahalnya berganda.
tinggal di nilai ni pun mula-mula dulu harganya taklah semahal sekarang.
bila develepor bersaing, mereka tawarkan rumah dengan harga tinggi.
tetap ada permintaan, tetap ada pembeli.
sebab tu mereka berani letakkan harga tinggi.

hartanah di nilai, aku tengok bukan main melambung lagi.
perumahan di bandar enstek dan kota seriemas kalau super link/semi D dah nak cecah setengah juta.

tapi, sampai bila nak duduk rumah sewa.
masa bujang bolehla.
boleh berkongsi rumah. bayar tong tong.
kalau sanggup kongsi bilik pun takpe.
bila dah ada anak bini, nak tak nak kena fikirkan juga pasal rumah.
kena ada rumah sendiri.

bayar sewa tu pun kalau fikir balik.
dah boleh buat ansuran untuk rumah.
lagi kita tunggu, makin naik harganya.

sebenarnya masih ada lagi skim rumah yg harganya berpatutan.
kena rajin survey la.
cuba register untuk rumah prima.
register dengan portal jual beli rumah pun boleh.
mereka update mana-mana property yang nak dijual.

janganlah asyik fikir nak beli rumah dekat dengan tempat kerja.
kita kan ada kenderaan, biarlah jauh sikit tak apa.

nak cari rumah dekat dengan segala kemudahan.
memang penting.
tapi kalau yang itu harganya agak tinggi sikit.

nak cari rumah bukan ikut cita rasa.
banyak lagi pertimbangan lain.
ikut kemampuan.
rumah juga adalah aset.
mungkin beli yang sederhana dulu.
bila nilai hartanah meningkat, mungkin boleh jual untuk beli rumah yang kita idamkan...

itu pesan aku padanya.
dan juga kepada kawan-kawan lain yg dalam dilema pasal rumah...

to do list . . .

Jan 30, 2015


ok cuti hari wilayah + thaipusam.
ada 4 hari cuti.

tapi to do listnya panjang berjela macam cuti 2 minggu.
kebanyakannya bukan aku yg listkan.
tapi aku jugak yg kena buat hehehe

1. repair basikal erol. dah seminggu rosak. kalau tak boleh repair sendiri, kena hantar kedai basikal.

2. wife mintak cuci air cond dan kipas. dah tak sejuk katanya. cuci air cond? maksudnya kena cuci penapis air cond tu. dah berhabuk. bila berhabuk air cond tak berapa sejuk.
kerjanya taklah susah, tapi ada 3 set air cond kat rumah ni...huhu
kalau tak sejuk juga kenalah panggil orang service.
senang je, dalam hp ni dah ada. itupun ambik no yg ditampal kat tiang-tiang lampu.

3. service kereta dah due. nak hantar service tu takde masalah. cuma yg malasnya nak tunggu giliran dan tunggu siap. hujung minggu memang ramai la kan.

4. nak pi bayar duit cukai pintu kat majlis perbandaran nilai. boleh je bayar online.
tapi aku lebih suka ada resit, boleh simpan rekod.lagipun isnin, MPN tak cuti.

5. dah janji dengan wifey nak gi ikea. nak makan meatball dan cuci mata tengok barang deko kat dalam tu.
aku tahu dia dah ushar nak beli something...


6. erin ajak pergi mid valley. alasannya nak tengok movie.
macamlah tempat lain takde panggung wayang. alasannya sebab kat situ ada banyak cineplex, tak payah nak booking terus beli tiket je, pilih time tayangan dan masuk.
lagipun dia dah lama tak makan pop corn yg saiz jumbo yg besau tu...!
nasib baik jugak dia tak ajak pergi batu caves

7. wifey pesan kalau ada masa tolong cat bilik air luar  yg budak-budak guna. catnya dah tanggal dan bertampuk-tampuk. tak cantik, manalah tahu kalau ada tetamu yg singgah.
jadi macam tu sebab budak-budak suka main air dan simbah ke dinding.

8. aku nak start joging. ada 4 hari cuti. so pagi...petang boleh joging.
hari tu rajin gak joging sebab nak pergi umrah. kalau tak, pancit juga masa buat saie.
lagipun bulan depan ada kompeni punya health screening.
tapi kena cari kasut joging dulu...entah mana aku sumbat.

9. eril kata dah lama tak pergi kedai buku. nak beli buku cerita. nak tambah koleksi yg sedia ada.
lagipun asyik dia je yg pinjam kawan punya, rasa segan pulak. janjinya kena tukar, suka sama suka.

10. tanaman kat belakang rumah dah naik semak. takdelah banyak sangat. tapi adalah jugak pokok pisang, cili padi, limau kasturi, mangga, serai, kunyit.
baja pun lama tak bubuh.

huh...panjang gak.
cukup ke 4 hari tu?

perlukah aku berasa ngeri?

Jan 28, 2015


beberapa bulan dulu.
aku berjumpa semula dengan seorang kawan lama.
maksud aku dihubungkan oleh media sosial la kan.
kawan sekolah menengah.
kawan perempuan.
aku sebenarnya ingat-ingat lupa.

tapi selepas berbalas mesej.
diberi pencerahan & throwback.
imbasan tu mula datang.

sehinggalah mesej terakhirnya
'awaklah kawan lelaki yang paling saya ingat, dan paling nak jumpa..."

sejak itu aku jadi ngeri.
mungkin tidak ada apa-apa maksud tersirat di sebalik mesej tu.
tapi...kalau ada macam mana?

mesej-mesejnya selepas tu....aku tak baca dan buat-buat tak nampak.
komennya pada status aku pun aku tak 'like' atau respon.
ignore saja.

sejak kebelakangan, dia senyap je.
mungkin dia nyampah dan bengang sebab tak layan dia.

********

beberapa hari lepas pula.
seorang lagi kawan perempuan add aku di fb.
kali ini kawan masa sama-sama sebagai budak U dulu.
begitu juga. aku ni ingat-ingat lupa.

selepas berbalas mesej.
ingatan mula datang.

hari ni ialah birthdaynya.
jadi aku hantar ucapan birthday padanya.
tak ada agenda apa-apa.
sekadar ucapan ikhlas dari seorang kawan lama.

kemudian dia balas ucapan tu melalui private message.

'terima kasih. sebenarnya awak sentiasa dalam ingatan saya sejak dulu..."

aku tak faham.
adakah maksud lain yang tersirat?

perlukah aku berasa ngeri?
atau aku ni lelaki yang terlebih perasan!
he he he


raudah dan redha

Jan 9, 2015


sebulan juga tak update blog ni.
sepanjang disember agak sibuk dengan kerja yg harus dibereskan.
nak menambahkan cooobaaannn.
pc ofis pulak meragam. tak boleh nak akses internet,
berkali-kali bhg teknikal datang repair.
sekejap masalah ip address conflict, sekejap masalah network card, sekejap masalah router.

akhirnya, terpaksa angkut lap top dari rumah.
guna je wifi.

sehabis je kerja.
bercuti panjang....
dua tahun lamanya hehehe
alhamdulillah diberi ruang, rezeki dan kesempatan.
mengerjakan umrah.

itulah sebabnya, tak dapat tidak.
kena juga bereskan kerja.
rasa tak selesa dan tak bahagia, kalau meninggalkan kerja yg terbengkalai.
barulah aman rasanya kita nak berpergian.
apatah lagi mencari redha Allah.
nak beribadah.

bermula dari 23 disember berangkat ke riyadh seterusnya ke madinah.
seterusnya ke makkah dan kembali semula ke tanah air pada 5 januari lepas.

hanya mahu ku simpan, pengalaman indah.
yg sampai bila-bila pun takkan padam.
pulang dengan muhasabah diri.










yang ini selfish bukan selfie

Dec 3, 2014





ramai orang kita yg ada penyakit ni.
penyakit selfish, namanya.
biasa kita tengok orang yg potong q masa beratur.
tak kiralah di kaunter.
kat plaza tol
guna lorong emergency bila jalan jem


berebut petak parking


termasuk juga yg tolak troli kat supermarket macam nak langgar orang je
di stesen minya, parking kereta kat pam tapi pergi guna mesin atm je
dah banyak sangat kita tengok perangai tak semenggah.




ini ada satu lagi
kengkadang bila musim hujan, baju yang dibasuh tak kering
bila dah banyak sangat, berhari-hari hujan, nak sidai pun takde tempat
wife pun merungut, rumah dah macam laundry.


sebab tu kenalah ke kedai dobi la.


kat area aku ni ada beberapa kedai dobi self-service
ramai yg guna mesin dryer masa musim hujan ni.
samalha problemnya macam kita.




tapi kat sini pun ramai jugak yg selfish
sumbat pakaian dalam mesin.
set timer, kemudian hilang entah ke mana...





ramai yg tunggu turn, merungut dan marah-marah.
mesin dah stop, tapi tuannya tak datang ambik
bila datang balik lepas beberapa lama, buat muka poyo. je.
jangankan nak kata sorry
aku perhati je.
bukan sorang dua yg buat cenggitu.




huh ... gua tak paham doh



memahami jiwa kecil mereka

Dec 1, 2014


ada perkara remeh bagi orang dewasa.
tapi besar dan serius kepada kanak-kanak.

"ek! eleh lipas pun nak takut..." perli kita.

walhal kita dulu pun masa kecik, takut jugak pada lipas.

nak masuk bilik ambik sesuatu dari bilik yg gelap pun mereka takut.

'laaa, dalam rumah sendiri pun takut..." jerkah kita.

**********

petang sabtu lepas.
hujan lebat. angin kencang
kilat dan guruh sabung menyabung.
dentumannya menggegar bagai membelah bumi.
agak luar biasa, bertalu-talu.

kita sebagai orang dewasa sendiri pun ada rasa cuak.
inikan pulak budak-budak.

kami berkumpul di tengah rumah.
eril menekup mukanya dengan kusyen.
erol menutup telinga dan memejamkan mata.
erin pula bersembunyi di belakang mamanya.

oleh sebab dentuman guruh dan kilat yg kuat.
rumah aku pun blackout.
lagilah mereka kecut perut.

aku faham, ketakutan mereka itu.
akupun seperti mereka dulu
bila kilat sambar-menyambar.
dan guruh berdentum.
kalau boleh nak menyorok bawah katil.
sambil pejamkan mata dan serkup telinga dengan bantal.


perlahan-lahan aku melangkah ke  dapur.
kemudian aku kembali ke tengah rumah.
aku nyalakan lilin.

mereka kelihatan lega.
kami duduk rapat-rapat.
menghadap api lilin.
masing-masing senyap, tak berkata apa-apa pun.
cahaya api lilin menenangkan jiwa yang tadinya ketakutan.

tak lama kemudian....
cuaca kembali tenang.
guruh semakin sayup.
hujan semakin reda.