anak-anak kita pun belum tahu lagi kan . . .
Mar 3, 2015
kami sedang minum di cafe.
aku perasan kawan aku ni asyik membelek-belek henfonnya.
'apa hal asyik belek phone je dari tadi?' tanya aku. panas la jugak.
'eh...takde apa-apa la..." sengihnya. mungkin dia tak jangka.
'tengah tunggu kengkawan update result spm anak-anak diorang...' tambahnya.
dia pandang aku.
aku pandang dia balik.
kemudian kami ketawa berderai-derai.
memang macam tu la.
kalau result elok, cepat-cepat je update.
kalau hancor, kalau boleh nak sorok biar orang tak tau.
***
ishhh....tak baik.
cuba fikir yang positif.
mereka cuma nak kongsi kejayaan.
kongsi kegembiraan.
anak-anak kita pun belum tahu lagi kan.
spm pun belum lepas lagi.
entah bintang terang atau malap...
nyaris terlepas majlis . . .
Mar 2, 2015
hari sabtu ada majlis kenduri perkahwinan anak sedara.
anak perempuan abang ngah di bahau.
rancangannya, sampai awal sikit sebelum tetamu datang.
tak seronok la, pak sedara pengantin pun datang macam orang jemputan aje kan.
nak jadi hal.
tengah dalam perjalanan, terasa tiba-tiba kereta bergoyang.
fuh...tayar bocor la.
tukar dengan tayar spare, tepi jalan.
huh, punyalah smart kena jadi mat pomen.
berpeluh la jugak kan.
patah balik, mujur tak jauh dari kedai tayar
bila dah setel.
pecut sikit. takut tak sempat tengok pengantin bersanding nanti.
alhamdulillah masih sempat la.
pak uda doakan moga kekal ke akhir hayat...
eh...orang sekarang tak main dah ucapan macam tu.
'semoga kekal till jannah' kata mereka....hehe
yang rosak jangan dibiarkan. . .
Feb 25, 2015
1.
minggu lepas aku hantar repair basikal erol.
2 minggu jugakla tersadai sebab tiub tayarnya pecah.
gearnya pun ada problem.
nak bawak ke kedai asyik bertangguh.
iyalah cuti hanya hujung minggu.
hari kerja memang keluar subuh balik maghrib, kedai beskal pun dah tutup.
bila dah tersadai, erol pulak diletaknya basikal tu tepi porch. kena hujan.
rantainya pun dah mula berkarat.
tauke kedai basikal kata kena bubuh minyak, kalau tak gearnya dan rantainya bertambah rosak.
aku belikan minyak beskal supaya senang nanti. aku belikan jugak pam beskal.
malah aku beli jugak tiub basikal untuk spare.
tak payah nanti tunggu 2 minggu baru nak repair, sampai berkarat serba serbi...
2.
masa nak bercuti masa CNY tu.
sebelah malam baru perasan yg tayar kereta pancit.
kereta tu wifey yg drive pergi kerja.
kalau travel jauh, memang bawak kereta tu. sebab besar sikit.
kereta aku pakai memang saiz kecik la. nak bajet minyak berulang alik kerja Nilai-KL.
memang takde masalah pakai yg kecik tapi bonet nak sumbat segala bagai beg tu terhad.
cuti CNY dah gerenti workshop tutup.
kebanyakan kedai tayar tauke cina yg punya.
paling kurang pun diorang tutup kedai seminggulah.
takpe, kita pergi holiday dulu, pasal tayar tu kita fikir kemudian.
dah balik bercuti, hari ahad.
esoknya wifey nak kerja, macam mana?
tayar pancit macam mana pun kena setel.
aku try recce kedai tayar atau workshop. walaupun aku tak konfiden ada yg buka.
dari salak, ke salak tinggi, ke desa cempaka, desa melati.
satu pun takde yang buka.
hinggalah aku jumpa satu kedai tayar di taman jasmin.
wahh...lega.
tuan punya kedai, orang india.
kedai tu kecik je. macam 'suam-suam kuku' je bisnesnya.
tapi hari tu, berderet kereta yg hantar repair. bisnes kencang beb!
kebanyakannya sebab tayar pancit....hehehe
3.
isnin petang.
aku lalu depan mydin kota seriemas.
simpang 4, ada traffic light.
bila tengok laluan aku hijau.
aku pun press minyak...jalan.
tiba-tiba menderu kereta dari arah simpang satu lagi.
aku pun hon dan flash lampu.
mereka pun hon dan flash lampu balik kat aku.
masing-masing marah.
nyaris berlanggaran.
rupa-rupanya, traffic light rosak.
ada dua laluan yng hijau.
fuh...bahaya!
pagi esoknya aku pergi kerja ikut laluan sama.
traffic light masih rosak.
aku ambik no. aduan kerosakan yg di tampal pada tiang traffic light.
sampai kat ofis, aku telefon buat aduan.
mereka jawab, memang dah banyak terima aduan.
mereka akan repair. dan ucap terima kasih kerana buat aduan.
bagus....pujiku dalam hati.
bila aku balik petang semalam.
ada kontraktor tengah repair traffic light tu.
sampai di rumah.
jiran aku bagitau ada eksiden kat simpang tu waktu tengah hari.
parah juga khabarnya.
sebabnya, tak perasan, traffic light rosak.
*****
moral ceritanya, kalau ada yang rosak repairlah.
jangan bertangguh lama sangat.
yang rosak bertambah rosak, dan ada yang membawa mudarat...

ada sikit lagi . . .
Feb 24, 2015
lepas isi perut di luar legoland, kita orang bergerak balik.
kat dalam kalau boleh, tak payah makan la.
mahal bukan kepalang.
sebiji burger paling murah harganya rm15, air botol kecik rm5.
kalau nasib baik macam aku, dapat lah 'seludup' air dan jajan dalam beg...keh keh
highway boleh tahan jem.
cuti ada belen sehari lagi.
arghh...singgah melaka la, apa ada hal.
try luck, cari tempat bermalam.
kebanyakan hotel dah full house.
pusing-pusing bandar melaka.
kalau takde jugak, malam tu balik jelah.
nasib baik, ada pulak bilik kosong di swiss garden.
betul-betul tepi sungai.
lepas naik river cruise untuk kesekian kalinya (tak ingat berapa kali dah...)
ronda-ronda sepanjang sungai, naik ferris wheel, pusing kampung motten dan kemudiannya makan dekat kedai yang berderet tepi sungai.
esoknya melepak je kat hotel.
budak-budak mandi kolam renang seround.
lepas check out, pekena asam pedas kat satu kedai yang femes di bandar hilir.
dah kenyang...jalan jem pun takde hal.
jarak antara melaka dengan nilai taklah jauh mana pun.

![]() |
| naik ferris wheel ni macam kat fun fair je hihi |
![]() |
| yg ni kat depan hotel dan tangs |
![]() |
| gambar naik river cruise takde, bateri kong |
membiarkan diri di'lego'kan. . .
selepas breakfast di hotel, terus packing dan chek out.
menuju ke nusajaya, menyampaikan hajat anak-anak (kunun...hahaha).
kat sana kereta dah bersusun masuk.
masa nak beli tiket di kaunter pun beratur panjang. tapi mujur sistemnya efisien.
orang malaysia merungut kos hidup tinggi.
tapi tempat cenggini masih ramai yang bersesak-sesak.
maknanya ekonomi kita masih orait lagi la tu...hehe
hampir semua games kita orang try.
ada yg kena beratur panjang jugak la macam roller coaster, kereta api dll.
memang seronok dan mengujakan.
sehari suntuk jugakla berada kat situ.
supaya harga tiket yg dibayar tu berbaloi la kan.
memang banyakla gambar. tapi dikongsikan sebahagian saja dalam blog ni.
biarlah gambar aje bercerita...
![]() |
| pengawal ini tidurnya berdengkur (sound effect) |
![]() |
| seronok main air |
![]() |
| nampak dari jauh santai je, tapi cubalah naik...! |
![]() |
| dino island |
![]() | ||||
| yg ini naik menara tinggi macam menara taming sari kat melaka tu. boleh lihat pemandangan legoland dari atas. |
![]() |
| ini part yg aku suka teater 4D star wars |
![]() |
| miniature landmark di seluruh dunia |
awak kat mana cuti CNY?
Feb 23, 2015
dah kembali kerja.
keluar awal, ingatkan jalan jem hari ni.
rupa-rupanya masih lengang, ramai yg cuti lagi agaknya.
khabarnya jem sepanjang highway kat malaysia ni, sabtu dan ahad.
apo nak buek, cuti CNY pun kira cuti raya lah jugak kan. 1 malaysia katanya...
kita orang memang dah plan nak cuti panjang CNY ni.
nak ke legoland lagi.
kali terakhir pergi tu tak puas. lagipun sekarang dah banyak games baru.
tak sia-sia menabung sejak tahun lepas hihihi.
hari jumaat.
lepas breakfast kedai mamak pagi tu bergerak lah.
tujuannya nak terus ke batu pahat.
ziarah sedara kat sana.
sebelum tu singgah muar dulu. pekena mee rebus muar yg femes tu.
lepas singgah rumah sedara tu dan solat jumaat di masjid dekat rumahnya.
kemudian kami singgah makan pulak di pekan batu pahat.
apalagi kalau bukan nasi briyani gam menjadi sasaran.
gambar makan-makan tak payah la tayang.
nanti ada yang terliur....hahaha
perut dah kenyang.
menghala pulak ke JB.
sebelum tu singgah di JPO dulu.
ada CNY sales yang gila babas diskaunnya.
ramai betul orang kat situ.
terus lajak dulu ke JB.
rancangannya untuk bermalam di puteri pacific hotel.
tengah-tengah bandar JB.
layan budak budak mandi di kolam renang dan ronda shopping complex dekat-dekat situ.
sebelah malamnya pulak, sempatlah ke 'pasar karat'nya yg terkenal happeningnya tu.
memang besar dan meriah ...
pagi esoknya lepas breakfast, bergerak awal menuju ke legoland.
untuk menyempurnakan misi.

kisah kawan yang terkena sihir
Feb 18, 2015
ini kisah kawan aku.
aku kenal dia dah lama sejak di bangku sekolah.
kami rapat. sebab kami dalam study group yg sama.
hubungan sebagai kawan tu kekal hingga hari ni.
walaupun dah berkeluarga, beranak-pinak.
memang jarang sangat berjumpa.
kali terakhir, pada hari raya beberapa tahun dulu. tak ingat.
satu lagi yg membatasi, dia isteri orang. ibu kepada 4 anak yg semuanya perempuan.
tapi kami masih berhubung, sebagai kawan lama.
tak lebih daripada itu.
sesekali wassapnya muncul bertanya khabar.
sesekali aku komen di status fbnya.
pada cuti sekolah yg panjang hari tu.
ya lupa, nak bagitau, dia seorang cikgu.
dia berkongsi cerita gembira.
katanya sedang uruskan pindah ke rumah baru.
dibelinya lot tanah, dibinanya rumah banglo setingkat.
hasil menabung sikit-sikit dia dan suami, katanya.
untuk rehat-rehat lebih selesa bila dah pencen nanti, begitulah rancangnya yg teliti.
dihantarnya gambar rumah itu. ya, cantik.
sebagai kawan, aku tumpang gembira.
semasa nak mengerjakan umrah hari tu.
aku sampaikan hajat tu kepadanya.
dia sudah sampai ke tanah suci lebih dahulu.
mengerjakan haji, 2 tahun dulu.
lalu dibukanya cerita duka.
bahawa dia mohon aku doakan untuknya di tanah suci nanti.
rupa-rupanya dia sedang menderita sakit.
buatan orang katanya. terkena sihir.
sudah banyak tempat dia pergi berubat.
masih belum sembuh sepenuhnya.
setiap kali 'diserang', badannya perit macam terbakar.
kepalanya seperti 'terpusing' ke belakang.
sakitnya usah ceritalah.
aduhai, aku yang mendengarnya pun tak sanggup.
apatah lagi yg menanggungnya.
semua tu berkebetulan, sejak dia berpindah ke rumah baru tu.
alhamdulillah.
aku sampaikan hajatnya dengan berdoa setiap kali ada kesempatan.
sepanjang mengerjakan umrah itu.
sepulang dari sana.
aku hubungi dia bertanya khabar.
khabar gembira.
'serangan' yang dialami semakin jarang.
kalau ada pun taklah seteruk dulu.
mudah-mudahan dia pulih seperti sedia kala
begitulah yang aku harapkan.
dua hari lepas dia hantar wassp.
katanya memang yg teruk-teruk tu dah takde.
tapi sesekali dia masih mengalami bahana sihir tu.
sekarang ni bila 'terkena' saja, mukanya akan bertukar jadi hitam.
kadang-kadang dia sendiri tak perasan.
tengah mengajar, tiba-tiba anak muridanya macam terkejut takut.
ada yang bertempiaran lari.
kawan-kawan cikgunya jugak macam tu.
bila berlaku di sekolah, pengetua akan suruh dia balik.
sudahlah tertekan dengan sihir tu, tekanan di tempat kerja dan perasaan malu juga.
buatkan dia murung dan stres.
aku cuba dapatkan bantuan kengkawan.
yang mana kenal pengamal perubatan tradisional atau rawatan Islam.
dan aku dah bagi alamat mereka kepada kawan aku tu.
aku harap dia tak berhenti berusaha atau berputus asa untuk berubat.
katanya, rata-rata ke manapun dia pergi, mereka mengatakan dia terkena sihir atau buatan orang.
dia berharap terus mahu pulih macam dulu.
kesian pada anak-anak, suami dan sedara mara.
mereka juga menanggung apa yang dia tanggung.
ada kemungkinan orang marah atau dengki padanya cuba menganiaya.
yang terbaru, ada dukun yg mengatakan mungkin tapak rumah baru dia tu 'keras'
wallahua'lam.

nak bagi berapa bintang?
Feb 12, 2015
dah lama dapat voucher 3D2N kat hotel ni.
oleh sebab dah nak expired.
pergi jugaklah, minggu lepas.
lagipun tak boleh pakai masa peak season.
memang adalah wifey cerita macam mana dia dapat voucher tu.
tapi aku tak berapa ingat.
iyalah, kejadian 3 bulan dulu...
lagipun, aku tumpang tuah je kan
tak payah nak lebih-lebih hehehe
bukan aje penginapan free tapi makan minum pun free.
rugi weh kalau tak pergi.
bukan kat oversea atau nun kena terbang.
dokek yo!
mende free apa nak dikisahkan, bukan selalu ya tak.
"mau bagi brapa bintang yaaaa... ?"
Subscribe to:
Posts (Atom)