yang rosak jangan dibiarkan. . .

Feb 25, 2015

1.
minggu lepas aku hantar repair basikal erol.
2 minggu jugakla tersadai sebab tiub tayarnya pecah.
gearnya pun ada problem.
nak bawak ke kedai asyik bertangguh.
iyalah cuti hanya hujung minggu.
hari kerja memang keluar subuh balik maghrib, kedai beskal pun dah tutup.

bila dah tersadai, erol pulak diletaknya basikal tu tepi porch. kena hujan.
rantainya pun dah mula berkarat.
tauke kedai basikal kata kena bubuh minyak, kalau tak gearnya dan rantainya bertambah rosak.
aku belikan minyak beskal supaya senang nanti. aku belikan jugak pam beskal.
malah aku beli jugak tiub basikal untuk spare.
tak payah nanti tunggu 2 minggu baru nak repair, sampai berkarat serba serbi...

2.
masa nak bercuti masa CNY tu.
sebelah malam baru perasan yg tayar kereta pancit.
kereta tu wifey yg drive pergi kerja.
kalau travel jauh, memang bawak kereta tu. sebab besar sikit.
kereta aku pakai memang saiz kecik la. nak bajet minyak berulang alik kerja Nilai-KL.
memang takde masalah pakai yg kecik tapi bonet nak sumbat segala bagai beg tu terhad.

cuti CNY dah gerenti workshop tutup.
kebanyakan kedai tayar tauke cina yg punya.
paling kurang pun diorang tutup kedai seminggulah.
takpe, kita pergi holiday dulu, pasal tayar tu kita fikir kemudian.

dah balik bercuti, hari ahad.
esoknya wifey nak kerja, macam mana?
tayar pancit macam mana pun kena setel.
aku try recce kedai tayar atau workshop. walaupun aku tak konfiden ada yg buka.
dari salak, ke salak tinggi, ke desa cempaka, desa melati.
satu pun takde yang buka.
hinggalah aku jumpa satu kedai tayar di taman jasmin.
wahh...lega.
tuan punya kedai, orang india.
kedai tu kecik je. macam 'suam-suam kuku' je bisnesnya.
tapi hari tu, berderet kereta yg hantar repair. bisnes kencang beb!
kebanyakannya sebab tayar pancit....hehehe

3.
isnin petang.
aku lalu depan mydin kota seriemas.
simpang 4, ada traffic light.
bila tengok laluan aku hijau.
aku pun press minyak...jalan.
tiba-tiba menderu kereta dari arah simpang satu lagi.
aku pun hon dan flash lampu.
mereka pun hon dan flash lampu balik kat aku.
masing-masing marah.
nyaris berlanggaran.
rupa-rupanya, traffic light rosak.
ada dua laluan yng hijau.
fuh...bahaya!

pagi esoknya aku pergi kerja ikut laluan sama.
traffic light masih rosak.
aku ambik no. aduan kerosakan yg di tampal pada tiang traffic light.

sampai kat ofis, aku telefon buat aduan.
mereka jawab, memang dah banyak terima aduan.
mereka akan repair. dan ucap terima kasih kerana buat aduan.
bagus....pujiku dalam hati.

bila aku balik petang semalam.
ada kontraktor tengah repair traffic light tu.
sampai di rumah.
jiran aku bagitau ada eksiden kat simpang tu waktu tengah hari.
parah juga khabarnya.
sebabnya, tak perasan, traffic light rosak.

*****

moral ceritanya, kalau ada yang rosak repairlah.
jangan bertangguh lama sangat.
yang rosak bertambah rosak, dan ada yang membawa mudarat...

0 refleksi: