tak boley pakai punya olang. . .
Apr 30, 2014
kami ada satu projek.
buat masa sekarang, projek tu dah separuh jalan.
perancangannya bagus.
tapi sekadar di atas kertas.
mula-mula dulu bukan main laju.
progresnya macam keretapi bullet.
tapi makin lama, makin perlahan.
malah sekarang ni macam nak terhenti, macam terbengkalai
berkali-kali aku menelefon dia.
sms, wassap, email, inbox fb, segala macam cara.
tak berbalas walau satu pun.
pergi ke ofisnya pun, dia tak pernah ada.
duit dah dibayar separuh padanya.
aku tahu dia ada.
dia hidup lagi.
mungkin sedang berhibernasi.
menyorok di mana-mana.
mungkin dalam gua, hinggakan gagal dikesan oleh radar!
*********
pagi tadi aku ke satu pejabat.
berjumpa seoarang pegawai.
ada projek lain untuk kompeni kami.
masa aku nak balik.
aku terserempak dengan dia.
kami diperkenalkan oleh pegawai itu.
kami bersalam, macam pertama kali jumpa.
macam tak pernah kenal.
"ini project partner kami..." aku diperkenalkan oleh pegawai itu akan dia.
aku tak tahu,
sama ada nak marah atau nak menangis...!
atau patutkah aku bagitau pegawai itu, yang project partnernya itu tak boleh pakai...?
Jom . . . !
Apr 28, 2014

wahhh...kamilah antara 303,057 itu.
sudah menjadi acara tahunan, kalau tak ke sana macam 'terlepas' sesuatu.
malas nak bersesak-sesak? hah... alasan aje tu.
bukannya selalu pun...
belikanlah anak-anak kita buku, hadiahkan mereka buku.
tengok sinar pada mata mereka.
sudah-sudahlah belikan mainan atau segala macam gajet mewah tu.
biarkan mereka pilih buku yg mereka suka.
aku percaya, mereka akan lebih menghargainya.
jom...!
dalam kita terlupa, masih ada mereka yang ingat . . .
Apr 24, 2014
kira-kira jam 10.00 pagi semalam aku terima sms ni:
"tgh mkn di kantin. entah knp tiba2 terigt kwn lama . . . . . .
masa school dulu sama2 mkn di kantin waktu rht.
moga sihat walafiat n dlm perlindungan Allah sentiasa hendaknya"
terus aku terkedu.
terharu dan rasa sebak pun ada.
begitu dia mengingati aku.
sedangkan aku sedap je makan minum tanpa ingat sesiapa.
apatah lagi dia.
terutama kalau makanan tu sedap di tekak....adeh!
kawan lama tu, kawan sekolah.
sejak habis sekolah, kami bawak haluan masing-masing.
kami tak pernah jumpa pun, sampailah sekarang.
dipertemukan seorang kawan lama yg memberikan kami no telefon.
dari situlah kami berhubung.
itupun jarang sangat lah berbual.
kengkadang tu adalah bersms bertanya khabar.
itu saja.
dia sekarang di Johor.
kahwin dengan orang sana, dan menetap di sana.
sms yg aku terima tu, menyedarkan aku betapa besarnya nilai seorang kawan.
biar bertahun pun berlalu, kenangan bersama tetap kekal di ingatan.
bukan aku tak pernah pergi ke Johor.
tahun ini saja sudah 3 kali ke sana.
lain kali, aku akan cuba rancang. kalau aku ke sana lagi.
aku akan berusaha untuk mencari dan berjumpanya.
terima kasih kawan, kerana masih mengingati aku.
dan mendoakan kesejahteraan aku.
lebih baik nyalakan lilin, daripada marahkan kegelapan
Apr 22, 2014
ofis aku takde air, kena catu.
hah...ofis pun kena catu jugak....!
ni baru sejak seminggu ni.
on, off, selang sehari.
sebelum ni takde pun. ok je.
rupa-rupanya kawasan perumahan yg dicatu, masih bernasib baik.
sebab ada lori tangki hantar air.
kalau ofis?
kau pepandai lagi nak gali perigi ke, nak declare half day ke, atau pergi cari air kat kolah masjid.
ofis kita orang masih lagi bernasib baik....(syukur, negara kita masih aman...)
sebab ada satu blok bersebelahan (yang kosong), sebab ofis dan stafnya baru pindah ke blok baru.
jadi di situlah kami membuang apa yg patut...hehehe
petang semalam, tersangkut kena banjir kilat dekat dengan simpang ke serdang.
air melimpah ruah ke jalan raya.
hujan hampir setiap petang di KL/selangor ni.
air masih kena catu...ironi bukan?
tapi bak kata omputeh...
'Better to light a candle than to curse darkness'
duit diorang, jangan kita pulak nak memandai kirakan.
Apr 17, 2014
dialog macam ni aku rasa ramai yg pernah dengar.
A: berapa kotak kau hisap rokok sehari.
B: biasanya 2 kotak...
A: sekotak berapa harga?
B: 12 ringgit
A: tu dah 24 ringgit sehari...kalau seminggu RM168 tau.
B: (diam aje...)
A: kalau sebulan dah RM720. kalau setahun dah RM8,760.
B: (masih diam...)
A: kalau 10 tahun dah boleh beli kereta cash atau beli rumah kos rendah bro, atau naik haji ke...
B: kau tak merokok kan...
A: eh...mana ada.
B: kau beli kereta kau tu cash ke? kau ada rumah kos rendah tak payah buat loan? atau kau dah naik haji ke?
A: (giliran dia pulak terdiam...)
********
cuba bandingkan dengan dialog yang ini.
joe: kau duduk nilai kan...?
aku: ya, dah 10 tahun berulang alik...
joe: minyak dah mahal sekarang. berapa kos minyak seminggu...?
aku; aku pakai kereta kecik. dalam RM90 seminggu...
joe: fuh...sebulan dalam 360 la....tol?
aku: tol dalam rm9 lebih sehari
joe: dah 300. campur kos minyak rm660. tak masuk instalment kereta tu...
aku; lebih kurang la...
joe: kalau campur semua sebulan dah boleh bayar instalment kereta sebijik lagi tu. atau ansuran duit rumah sebijik lagi...
aku: kau duduk KL kan.
joe: memangla. tak larat la nak berulang macam kau hari-hari buat...
aku; kau ada kereta sebijik je kan? rumah pun ada satu je aku rasa....
joe: (terdiam...)
kenalan yg kita tak pernah kenal . . .
Apr 14, 2014
aku ada seorang kenalan di fb.
sesekali bertegur sapa.
mengomen status.
atau like gambar.
dia tak kenal aku secara peribadi.
aku jugak begitu.
tak menghairankan sangat.
ini dunia siber.
kenalan tanpa wajah pun ada.
kengkadang sebab latar belakang dan minat yg sama.
atau kita suka status yg dia tulis.
atau gambar yg dia post.
dah lama juga dia dalam fren list tu.
setiap kali birthday dia, aku akan ucap sesuatu.
dia jugak begitu.
sama juga dengan hari ni.
tapi...
cuma baru hari ni, aku dapat tahu.
bila aku nak ucap happy birthday seperti selalunya.
dia sebenarnya sudah tidak ada lagi di dunia.
bukan saja tiada di dunia fana ini, tetapi juga sudah hilang dari dunia siber.
rasa sedih.
walau pun tidak pernah kenal, apalagi berjumpa.
rasa pelik.
kita tetap menghargai sebuah perkenalan.
tetap rasa 'kehilangan' walau tak pernah tahu siapa dia sebenarnya.
sebenarnya, status yg dia tulis.
gambar yg dia kongsi itu. seolah-olah membuatkan kita kenal dia.
berkongsi rasa, mengenali jiwa masing-masing.
hari ini...
aku kehilangan seorang kenalan yg aku tak pernah kenal.
slow sikit la bila nak sentuh tu . . .
Apr 11, 2014
ini kad touch n go.
pada yg tak kenal dan tak pernah guna.. hehe
aku ni pengguna tegar highway, kena lalu tol.
jadi bila ada kad ni, mudah la sikit.
yg aku punya auto re-load. bawah rm50 je, kredit top up sendiri.
jadi tak menyusahkan sangat nak kena top up.
ramai gak yg aku tengok terlupa, tersangkut masa nak bayar tol.
menyusahkan diri sendiri dan orang lain jugak la.
bila dah biasa buat, dalam kes ni - hari-hari buat.
kita ambik mudah.
orang putih kata take things for granted.
brek ..buka tingkap, hulur tangan, touch, palang naik....vroom jalan....!
entah kenapa pagi ni, bila lalu tol.
sementara tunggu kereta depan, dengar radio sambil nyanyi-nyanyi...
'jujurlah sayaaaang, aku tak mengapaaa..."
sreetttt...terlajak sikit dari mesin touch n go.
panjangkan tangan....
oooops tak sampai!
julurkan kepala...
ehhh...tak sampai gak.
kereta di belakang dah mula berbaris.
try lagi...aduuuus. terlepas kad.
jatuh...!
nak tak nak terpaksa la turun dari kereta.
angkat tangan tanda excuse me...pada driver belakang.
aiseh....! perempuan cun pulak tu.
itula pasal...berangan lebih sangat!
rasa merah padam jugak muka ni.
macam baru dapat lesen kereta je...huh!
Subscribe to:
Posts (Atom)





