- bila kebosanan melanda... -

Jul 19, 2011

kerenah di rumah.



erin sangat boring, bila eril & erol pergi tuisyen. sepatutnya dia rasa merdeka. sebab boleh kontrol nak tengok channel kartun yg dia suka. pegang remote astro di tangan. itu dia tak dapat buat kalau eril atau erol ada. lagipun mereka bertiga ini berkongsi tv. biasanya yg jadi mangsa ialah aku. erin akan ajak atau paksa aku main permainannya seperti masak-masak, bercakap dengan teddy bear atau main dam ular. kalau aku tak layan dia akan merajuk...


erol sangat boring kalau hari hujan. dia tak dapat main basikal atau main bola kat padang permainan depan rumah. dia akan mula marah-marah dengan muka muncung. matanya akan tengok tv tapi hatinya entah di mana. dia tahu kalau hujan berhenti sekalipun, aku takkan benarkannya main di luar. sebab jalan atau padang basah. kotor, licin, bahaya untuk kesihatan. nak pasang ps2, kena ikut jadual yg sudah ditetapkan.


eril sangat boring kalau buku ceritanya sudah habis dibaca. aku selalu pesan, bacalah pelan-pelan supaya tak cepat habis. lepas habis baca dia kena ceritakan apa yg sudah dibacanya pada aku. tujuannya supaya dia faham apa yg dibacanya, dan boleh diceritakannya semula. tapi biasanya eril kalau dapat buku cerita baru, dia akan teruja. terus saja dibacanya. kadang-kadang dalam kereta lagi belum sempat sampai rumah, sebaik saja beli di kedai buku. kalau takde buku cerita di tangannya, dia akan mula mengacau adik-adiknya, atau menukar-nukar channel tv.


wifey sangat boring kalau tak buat kerja rumah. ada saje yg nak dikemasnya. kadang-kadang aku naik rimas, sebab dia tak reti duduk diam... he he


aku sangat boring kalau takde program sukan di tv, terutama bola sepak.

2 refleksi:

HappyIrfa said...

kaum wanita mana ada waktu rehat.ada je bende nak buat :-)

Anonymous said...

entahnya, elok lah tu, dia rajin. kalau tak berkulat lah rumah...ha ha