- mari kumpul kad ahli -

Jul 8, 2011



ini koleksi kad aku...


aku ada dua aje kad kredit. satu visa, satu mastercard. ada orang kata, itu dah cukup. sebab adakalanya bila kita buat transaksi, nasib tak baik offline pulak. bukan sebab decline atau dah over limit. hal-hal macam gini boleh buat kita gabra. nak-nak pulak sudah angkut satu troli penuh barang tesco, atau carefour atau giant. atau tengah beratur mana-mana kaunter kedai yg glamour.


orang yg beratur belakang kita mulalah buat muka macam nak mintak penampar. atau berdecit-decit mulut diorang tu macam cicak yg melekat atas siling. padahal bukan salah kita pun. mesin kad kredit tu yg buat pasal. tiba-tiba offline pulak. sudah la tu, duit tunai dalam wallet tak berapa nak cukup.


jadi kalau ada dua kad kredit yg berlainan, makanya ada alternatif lain. selamat sikit. kalau dua-dua mengada-ngada nak offline jugak. "tak dapek den nak nolong eh....."


selain tu, aku ada melambak kad ahli, kad setia, kad persahabatan, kad mesra. yg sebenarnya boleh kutip poin, kutip diskaun, kutip baucer, boleh buat redemption. tapi selalunya terlupa nak digores atau swipe bila kita di kaunter bayaran. biasanya bila promo gah nya lebih, tapi diskaun atau mata ganjarannya ciput je. ada gak, kasyier yg rajin bertanya "....ada kad ahli incik?". ada kasyier yg buat muka moyok je "...ish kau punya kad pepandai le, buat apa lak aku nak ingatkan..." he he

3 refleksi:

Anonymous said...

apa kata nko convertkan koleksi kad tu kpd kredit card...jenuh mmbayornya ha ha

bangsawan nilai said...

kalau kt stesen minyak mat bangla selalu tanya "bonuslink/mesra kad ada ka bang?"
kalau kita ckp takde, diorang pun swipe kad diorg.....ha ha

HappyIrfa said...

kat zemart?
saya pun ada :-)