- aku dah penat -

Jul 13, 2011

sejak dua minggu ini aku rasa penat sangat. dulu kalau balik kerja masih mampu melayan erol main badminton. kadang-kadang sempat angkat dumbbell, mengeluarkan peluh. turun ke surau untuk solat jemaah maghrib. kini aku hanya duduk bersandar & berehat melepaskan lelah.


sejak dua minggu ini aku rasa penat sangat. nak tengok tv pun takde tumpuan. melayan eril, erol & erin buat homework pun, nak tak nak saje. tidur pun dah semakin awal, walhal taklah mengantuk sangat, sengaja aku paksakan.


sejak dua minggu ini aku rasa penat sangat. kerja di ofis bertimbun. aku datang ofis semakin awal. pulang lewat daripada biasa. aku terima panggilan telefon 3 kali ganda lebih kerap. aku terima e-mel 3 kali ganda lebih banyak. aku baca surat 3 kali lebih jumlahnya. aku melayan tetamu 3 kali lebih ramai. aku ada mesyuarat atau appointment 3 kali ganda lebih kerapnya.


aku bukan penat secara fizikalnya tetapi mental. mengawal emosi sepanjang masa. mengerah otak semaksimumnya. kerja aku sendiri pun tak tertanggung. inikan pulak beban 2 kali ganda lagi.


kadang-kadang aku rasa, aku ini dah jadi mangsa keadaan. memikul tanggungjawab yg tak sepatutnya aku pikul. aku takde tempat nak merujuk. takde sesiapa nak mengadu.

adakah siapa yang akan peduli?

3 refleksi:

rahimin said...

bro...mcm patah hati je

HappyIrfa said...

betul tu..sy pun rasa yg sama.penat badan sekaligus penat otak

bangsawan nilai said...

biasalah kerja...kdg2 rasa nk berhenti kerja terus, kengkdg rasa seronok...