- susah sangat ke nak balas mesej -

Jul 25, 2011

aku tak berapa sihat hari ini. doktor kata mungkin ada kena mengena dengan salah makan atau keracunan makanan. ialah semalam menghadiri dua kenduri. dah jadi kelaziman orang kita, bial nak datang ramadan, ramai yg mengadakan kenduri terutama kenduri arwah, bacaan yasiin atau tahlil serta doa selamat.



tetapi semalam di rumah kenduri kak lang, ada disediakan menu tambahan. selain makan nasi dan lauk-pauk. sempena kempen makanlah buah-buahan tempatan. ada durian, buah mata kucing, tembikai dan rambutan. majlis kenduri dah jadi pesta makan-makan.


pagi ni, perut aku yg 2nd hand pun meragam.



doktor bagi cuti sakit utk hari ini. lalu aku pun sms sekretari di ofis. tak berbalas pun. tak lama kemudian, aku terima mesej auto, hensetnya dioffkan. kemudian aku sms satu lagi mesej kpd seorang lagi staf. tidak juga dibalasnya. aku ambik keputusan hantar lagi mesej kepasa seorang lagi rakan sekerja.


aku boleh telefon saja. tapi suara aku agak berkarat. lagipun guna mesej je sekarang ni sbg pengganti diri atau suara. tapi, kalau tak berbalas jugak mesej2 yg aku hantar, terpaksalah juga, fikirku.



susah sgt ke nak balas mesej. bimbang juga ianya tak sampai. sekurang-kurangnya, jawab "ok" saja sudah cukup memaklumkan yg mesej sudah diterima. tak gunalah henset harga mahal beribu-ribu kalau nak balas mesej pun nak berkira.



sejam lebih kemudian, mesej ke-3 yg aku hantar tadi, baru memberi respon. disusuli maklum balas mesej ke-2 tak lama selepas itu. mesej terawal, langsung tak berbalas...

1 refleksi:

rahimin said...

itu penyakit tu...kdg2 x faham sikap diorg