- maaf, hari ni saya buka ofis di luar -

Jan 20, 2012

hari ni, sepanjang hari aku akan menghadiri seminar. aku ni tak berapa nak minat sangat nak hadir seminar. samalah jugak kalau kena hadir mesyuarat. tapi dek kerana tugas dan tanggungjawab, kita tunaikanlah seikhlas mungkin.

kadang-kadang tema atau tajuk seminarnya gah. tapi pengisiannya tak mencapai matlamat. atau kertas kerja pembentangnya tak menarik dan hambar.

seperkara yg menarik akan penganjuran seminar ni bila diadakan di tempat agak mewah. terutama di dewan persidangan atau hotel. biarlah seminarnya tak membuatkan kita teruja. atau kadang-kadang sampai tersengguk-sengguk kepala menahan rasa mengantuk...tapi hidangan jamuannya sedap dan mencapai tahap 5 star!

harap-harap seminar hari ni pun macam tu lah....setiap hari ada seminar pun elok jugak...hu hu hu

4 refleksi:

lienda said...

alah bukan selalu pi dengaq seminar pun,apa salahnya kan luangkan masa sikit dengaq seminar,kan dapat ilmu tu hi hi

bangsawan nilai said...

lienda,

aku akan cuba spy tak terlelap...he he

Irfa said...

AKU SUKA GI COURSE YG BOLEH CLAIM MILEAGE ;)

rahimin said...

ish...lebih mkn dpd seminar.