- perkara yg dibenci dulu mungkin kini disenangi -

Jan 19, 2012


aku paling menyampah dengan subjek ekonomi semasa form 6. 
ijam pulak menyampah dengan cikgu ekonomi tu.
remy cuma ikut-ikut saja. kami sepakat sejak kena kutuk dan kena marah dalam kelas hari tu, sebab tak dapat jawab soalan pasal makroekonomi. kami nak boikot kelas tu. nak ponteng kelas.

biarlah satu subjek ni. tak dapat principal pun takpe. lagipun bukan susah sangat subjek ekonomi. buat study group atau belajar sendiri pun dah okey. jawab goreng-goreng je jangan sampai hangus. lagipun dapat 4 principal cukup dah boleh masuk U. tapi janji, 4 tu principal yg strong la. BM dengan sejarah dalam tangan dah. tinggal pengajian am dengan geografi je.

kami ponteng pun bukan kat belakang surau. atau bawah pokok tepi padang sekolah. atau lepak kat kantin. ini ponteng yg ada wawasan sket. ponteng kat library...pernah sekali ditangkap basah oleh guru pengawas perpustakaan. tapi kami jawab. tak ambik subjek ekonomi. ambik subjek lain sebagai ganti. dan kami dilepaskan kerana alasan yg kukuh. pengawas perpustakaan biasanya tak kacau. lagipun mereka biasanya dpd kalangan junior.

dan cikgu ekonomi itu, tak peduli pun pasal kami ponteng. "tak nak belajar takpe "katanya kepada rakan sekelas kami. "saya cuma ajar mereka yg mahu belajar..." itu prinsip yg dipegangnya. kami tidak diadukan kepada pengetua. malahan tak ada sebarang tindakan pun diambil ke atas kami kerana ponteng kelas.

tapi kami curi-curi juga salin nota daripada kengkawan yg lain. belajar jugaklah sikit-sikit. sekurang-kurangnya tahulah apa itu 'perbelanjaan defisit'. dan kami masuk periksa untuk kertas ekonomi pada hujung tahun itu dengan  kurang konfiden untuk paper ekonomi.


itu dulu. cerita masa zaman sekolah....


******
malam tadi entah apa mimpinya, ijam menelefon aku.
seperti biasa yg dibualkan ialah cerita masa kini. dan sudah tentu terselit juga cerita imbas kembali termasuk pasal cerita ponteng kelas ekonomi.


ijam kini mengajar sebagai guru di kota tinggi, johor. dan subjek yg diajarnya ialah EKONOMI!


mungkin jugak ada 3 orang pelajar dalam kelasnya yg tak suka subjek ekonomi. atau tak suka ijam jadi cikgu ekonomi. lalu ketiga-tiganya pun ponteng kelas ekonomi yg diajar oleh ijam....he he he


3 refleksi:

Irfa said...

aku dulu x suka cikgu sains.sib baik spm dapat 6.huhu.kena halau dr kelas lagi

rahimin said...

aku suka part yg last sekali pasal ijam...ha ha ha

editor kampung said...

aku paling tak suka cikgu fizik masa sekolah dulu. tapi boleh score jugak