- hendak ketawa bukannya lawak -

Feb 15, 2012

selepas berkenal melalui e-mel kita orang pun set tempat dan masa untuk bertemu. bukan dating. tapi urusan kerja. kenal pada nama, bukan pada rupa.
ini lebih kepada blind appointment bukan blind date. bukan cinta muka buku!

bangsar south city. kopitiam ****. lunch time. jam satu.

aku pun bergerak awal dengan seorang kawan. ini projek yang boleh buat duit jugak. kena jumpa, bincang betul-betul. tengok apa yg dicadangkannya. kalau ok. kita ambik projek tu. kena ada terma dan syarat. bajet kena tengok jugak. deadline pun kena tahu, takut termakan janji tak sempat siap.

kalau ikutkan e-mel. namanya seorang perempuan. mungkin ah moi. aku cuba meneka. kalau nyonya pun tak kiralah. janji projek, masyuuuk...

agak awal kami sampai. 12.45.
"kita tunggu kat luar ni ajelah. still ada 15 minit. tak fair tuk dia" aku buat keputusan.
rakan sekerja ku angguk aje. setuju.
kami berlegar-legar depan kopitiam. sambil tengok orang lintas lalu. kereta di jalan, lalu lalang. sibuk juga tempat ni. bisik pada hati.

12.55
aku hantar satu sms -  "we r here".

hampir serentak dengan itu. terdengar bunyi mesej masuk pada henfon.
betul-betul di belakang aku!

"eh lama tunggu ke..." sapa seseorang yg muncul dari belakang. sambil memegang henfonnya.
jauh sekali dengan yg aku bayangkan melalui e-mel.
bukan seorang ah moi atau nyonya.
sebaliknya...
seorang lelaki. melayu. agak muda. dengan beg sandang. pakai t-shirt dan seluar pendek sahaja.

aku dan kawan aku, saling berpandangan.
tapi salamnya, aku sambut jugak. sambil memperkenalkan diri.
"dah lama sampai..." itu saja yg mampu terkeluar dari mulutku.

"tak lama lah dalam 12.45 tadi..."jawabnya.
lalu kami pun berjalan menuju kopitiam. fikiranku masih bagai tak percaya.

bukan saja suara di telefon boleh menipu.
atau profile pic di fb boleh salah persepsi.
e-mel pun boleh jadi salah jangkaan.

"nak duk luar ke masuk dalam..." aku sudah mula boleh terima hakikat.
"kat luar aje la..." balasnya.
sambil menarik kerusi dan duduk dia memulakan perbualan, "baru balik training ni..."

hah!...training apa pulak ni. tapi aku simpan aje soalan tu dlm hati.

belum sempat kami mulakan perbualan seterusnya. dia terima panggilan telefon.
"ni bukan nombor you kan....?" wajahnya sedikit panik.

dia tahu solan tu, adalah soalan bodoh.
buat apa aku nak telefon. dah ada depan mata!

"eh...biar betul. bukan la..."! aku jawab lurus tak belok-belok.

"laaaa...saya patut jumpa orang ni..."mukanya mula berkerut. pucat sikit.

serentak dengan itu panggilan telefon masuk ke henfonku. aku sedikit kebingungan

"hello...this is Iris. sitting inside the kopitiam. table in the middle..." laju je dia bercakap.

"oo...oo...ok..." jawabku. sedikit tergagap.

habis tu, yg depan aku ni sapa pulak???

inilah padahnya, tak perkenal diri betul-betul. temu janji buta.

**********

selesai perbincangan dgn iris, ya...dia memang seorang ah moi. aku lalu depan meja mamat tadi.
bersama-samanya ada dua orang lagi lelaki. sedang berbual.
sebaik nampak kelibat aku. dia tersenyum, sambil mengangkat tangan.

**********

ini kisah benar yg berlaku pada aku. pada tengah hari isnin. jam 1 tengah hari. di sebuah kopitiam, bangsar south city.

4 refleksi:

Irfa said...

memang lawak la
aku tak kira nak gelak jugak
kah kah kah..konfiden je

rahimin said...

kah kah kah aku rasa ni kes salah org paling klasik. mcm real je...

bangsawan nilai said...

irfa & min,
inila org kata. berada di tempat yg betul, masa yg betul, tujuan yg betul...tapi org yg SALAH!!

Anonymous said...

ha ha ha sampai mcm tu sekali.. adehhhh lwknya