- nak jawab salah, tak jawab salah... -

Feb 29, 2012

aku paling menyampah kalau paparan di skrin henfon begini:
"private number"
atau
"unknown number"
kalau tak orang bank yg. call sebab kita terlewat bayar (bukan tak bayar) hutang yg overdue ataupun orang nak jual insurans atau orang nak niaga MLM.
ada jugak yg nak beri 'offer' percutian dengan diskaun maha hebat di hotel 5-6 bintang!
"bagi kami 5 minit je masa incik...." sudahnya naik lenguh telinga mendengarnya bila 5 minit  'digoreng' jadi sejam...
dah tau taktik dan strategi diorang, makanya jaranglah sekali aku menjawab telefon sebegitu.

cuma sesekali kalau ada 'lintasan hati' (instinct atau intuition)atau rasa tak sedap hati kalau tak jawab, manalah tahu kalau ada hal emergency dengan panggilan dpd henfon yg dipinjam atau telefon awam....susah jugak kan.
tak jawab nanti...menyesal pulak!
jadi, serba salah.
sudahnya jawab jugalah.

dan itu lah apa yg berlaku semalam. mujur aku menjawabnya.
waktu aku memandu balik dari ofis semalam.
panggilan masuk tertulis "unknown number".
mulanya aku nak ignore saja.
tapi, entah kenapa hati aku tergerak nak menjawabnya.
faris, anak kak teh, menelefon aku daripada telefon yg dipinjam.
kereta emaknya yg dipandu kehabisan minyak di tengah jalan.
dan tak jauh dari area yg aku lalu masa tu...

ya, mujur....
kalau tak, jenuh lah si faris menapak nak cari stesen minyak.


3 refleksi:

lienda said...

saya selalu wat camnie,jawap jeh terus tanya call dari mana...sebelum dia bertanya kita tanya dulu he he

bangsawan nilai said...

ha ha lenkali boleh ikut taktik lienda...

rahimin said...

gua pun selalu kena wooo