pekerja kat cafe ni suka mengusik anak-anak aku bila mkn di situ. kami pun dah jadi regular customer. nasi goreng pattaya yg erol order, diconvertkan jadi nasi goreng sponge bob |
- nasi goreng sponge bob -
Mar 30, 2012
- antara orang gaji indon, pengasuh atau nurseri -
Mar 29, 2012
dulu-dulu aku hantar anak ke nurseri. kadang-kadang balik kerja kalau jalan sesak dan lewat sikit terbayang anak-anak tunggu depan pintu, tiga beradik. sebab yg lain semua dah balik. aku kerja di KL. lepas tu ambik wifey di ofisnya dulu di nilai. jadi, kalau hujan atau jalan sesak lewatlah sampainya. ada banyak kali hari dah gelap, dah masuk maghrib. apa nak buat itu saja pilihan yg ada. bertabah ajela.
nurseri ni memanglah kita bayar. servisnya takdelah masalah. oleh sebab kita bayar, pekerjanya tak boleh masam muka walau kita hantar awal atau ambik lewat. lagipun, kalau lewat - dalam kata lain - melewati jam 6:30 mereka akan caj rm10. jadi, kalau mak bapak ambik anaknya lewat, mereka lagi suka...ada bayaran denda lewat atau kira OT la tu.
beberapa tahun la jugak begitu. hinggalah wifey berani drive sendiri. sebelum tu bukanlah tak mampu ada 2 kereta, tapi wifey belum cukup berani, walaupun lesen memandu dah dapat dah berkurun lamanya. cepatlah sikit, dapat ambik anak-anak di nurseri. takdelah kena caj ekstra.
kemudian jiran sebelah rumah offer nak jaga anak kami. anak-anak kami pun dah besar sikit. sekurang-kurangnya dapat tambah pendapatan kata jiran tu. kami pun simpati jugaklah. lagipun kami dah kenal dia, baik juga orangnya. lagipun sebelah pagar je, tak payah susah-susah berhantar atau berjemput. lagipun dia suri rumah sepenuh masa. anak kami 3 orang je yg diambil. janjinya, takde orang lain selain 3 orang nak kecilnya sendiri.
...masa berlalu, makin ramai anak orang lain diambilnya dan diasuhnya. macam dah jadi nurseri pulak rumah jiran kami tu. dulu masa awal-awal, dia kata tak kisah nak bayar berapa pun. kemudian bila dah lama sikit, dia demand naikkan harga. alasannya kos susu dan barang makan makin naik.
dah jadi rezekinya, suaminya pulak naik pangkat. dia mula tunjuk perangai. kalau kami ada urusan hari sabtu, nak tumpang sekejap anak kami pun, dia tak nak. katanya, hujung minggu dia tak jaga budak. sedangkan sebelum tu takde hal, ahad pun boleh hantar. kadang-kadang bila ambik lambat sikit, dia tarik muka masam. susu yg kami bekal untuk erin dalam tin besar 5 kg tak sampai 2 minggu dah habis stoknya dan dia minta belikan. sedangkan kami tahu erin bukanlah jenis kuat menyusu. semasa di nurseri dulu tin susu 5 kg tu sebulan baru habis.waktu musim cuti sekolah pun, anak-anak aku lebih suka tinggal di rumah mak lang mereka. tetapi, jiran itu tetap minta bayaran penuh
satu hari nak jadi cerita, erol dan eril demam. mereka tak ke sekolah. jadi, wifey balik kerja awal, cadangnya nak bawa mereka ke klinik.
dipanggil-panggilnya takde orang menyahut.
diberinya salam takde yg menjawab. lalu ditinjaunya ikut tingkap.
ternampaklah oleh wifey...anak-anaknya yg 3 orang itu, eril, erol dan erin terbaring tidur di ruang tamu. tanpa alas (bukan harapkan tilam empuk), tanpa bantal, tanpa selimut (sedangkan mereka demam). tidur meringkuk atas lantai. sedangkan kami bekalkan toto dan bantal untuk mereka.
bengang dengan apa yg dilihatnya, wifey mengetuk pintu sekuat hatinya. kalau ikutkan hati mahu saja ditendangnya pintu itu. tak lama, jiran tu pun membukakan pintu. dengan rambut kusut dan mata merah. maknanya, 'membuta' la tu. alangkah terkejutnya dia melihat wifey. yg tak disangkanya pulang awal.
masuk ke rumah tu, barulah wifey sedar, anak-anak kami saja yg tidur di ruang tamu atas lantai. sedangkan yg lain tidur dalam bilik. termasuklah jiran a.k.a pengasuh itu...
terbongkarlah satu demi satu. dan eril sbg 'abang besar' pun mula bercerita. sedangkan selama ni kami ingat semuanya sempurna. dan anak-anak kami pulak tak pernah mengadu...iyalah merka masih kecik lagi. lurus dan naif...
"nak tambah makan tak boleh. sebab satu orang satu pinggan aje",
"petang-petang kena paksa tidur, tak boleh tengok tv",
"budak lain tidur dalam bilik",
"toto dan bantal kita pun orang lain yg pakai",
"susu erin, orang lain pun guna jugak" dan macam-macam lagi;
eril buka rahsia yg selama ini dipendamnya selepas kami soal siasat. dan wifey menangis...menyesal, geram, marah dan terkilan bercampur-baur.
mulai esoknya. kami berhenti hantar mereka. hantar kembali ke nurseri. sejak itu, kami dan jiran tak pernah bertegur sapa. hinggalah mereka berpindah setahun kemudian.
hal ini tak pernah kami ceritakan kepada sesiapa. tak mahu mengaibkannya.
walaupun ada jiran lain yg bertanya kenapa kami tak hantar lagi anak-anak ke rumah jiran itu.
ini pengajaran kepada kami suami isteri. anak-anak kecil yg jadi mangsa keadaan...bayangkan 8 bulan mereka menanggung semua itu. dianak tirikan.
- karangan BM dulu-dulu -
Mar 28, 2012
masa di sekolah dulu, cikgu BM pernah suruh buat karangan bertajuk "saya 10-20 tahun akan datang". masing-masing cubalah menggambarkan bagaimana agaknya diri mereka 10-20 tahun mendatang. tapi pada masa itu, kita bersikap positif. bayangkan yg indah-indah sahaja. yg muluk-muluk.
habis tu, takkanlah kita nak bayangkan, dalam tempoh 10-20 tahun itu... meringkuk dalam jel sebab edar dadah. atau jadi pengemis jalanan!
macam biasa, lima karangan terbaik akan dibacakan di depan kelas oleh tuan punya karya itu sendiri. dan yang bestnya dapat hadiah gula-gula hudson dpd cikgu...ha ha tak boleh blah!
ya aku masih ingat lagi cikgu tu. cikgu siti hajar namanya. cikgu kreatif macam ni lah yg kita hendakkan. pandai mengambil hati pelajar dan menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan bukan membosankan.
aku pernah ada cikgu BM, yg bila ada kelas karangan. akan masuk ke kelas, tulis tajuk pada papan hijau - eril, erol & erin kini guna papan putih - lepas tu suruh kita buat. kalau tak siap sambung sebagai homework. sedangkan sepanjang waktu itu cikgu BM tersebut akan duduk tercongok di mejanya, baca buku cerita atau benda lain.
mujurlah waktu itu belum ada blog, facebook atau twitter....atau main angry birds he he
ok berbalik pada tajuk karangan tadi. macam-macamlah yg ditulis dan dikarangkan oleh kawan-kawan sekelas. hingga sekarang aku masih ingat top 5 karangan yg dibacakan sebagai pemenang. masing-masing punya keunikan sendiri.
dan bukan nak eksen, aku adalah antara yg termasuk dalam kelompok 5 orang itu!
liza - tulis pasal rumah tangga bahagianya bersama suami dan anak-anak. dia nak bayangkan jadi suri rumah tangga sepenuh masa dan isteri yg solehah. bertuahlah kalau siapa dapat memperisterikannya...liza memang anak pak imam yg pakai tudung labuh ke sekolah.
amin - pada ketika itu adalah pemain bola profesional. kaya-raya dan bermain di luar negara dengan kelab manchester united - amin memang pemain bola wakili sekolah.
suria - penyanyi tersohor masa akan datang. dengan album terjual berjuta unit dan menjadi pujaan ramai - ya, siapa tak kenal suria, vocalist utama kumpulan nasyid sekolah pada masa tu....
mimi - tokoh politik wanita yg berjaya, dan bakal perdana menteri wanita malaysia yg pertama! ....dia adalah wakil sekolah dalam pertandingan pidato dan memang dikenal sbg pengawas perempuan yg garang! ...ha ha ha
aku....?
**************
inilah gambaran aku pada 10-20 tahun pada ketika itu.
maksudnya pada ketika inilah...
tapi,
mungkin aku kena tunggu atau buat karangan baru bertajuk 10-20 tahun lagi....kot?
....dan yang aku tahu, cuma bayangan liza dalam karangannya itu sahaja yg tepat. sedangkan yg lainnya meleset, termasuk aku....
- berwacana bukan wa caya lu -
Mar 27, 2012
- plan B -
Mar 26, 2012
maksud pelan B ialah plan kontinjensi atau perancangan alternatif sekiranya pelan asal atau plan A tak berapa menjadi atau gagal.
pelan B tak bukan bermaksud menyediakan alasan...dengan berbakul banyaknya.
atau menundukkan kepala, membisu seribu bahasa, bila ditanya mengapa gagal!
atau menangis meratapi kegagalan kerana apa yg dirancang tak berjalan seperti yg dijangka atau disusun atur.
itu bukan pelan.
tapi ramai yg selalu tak buat pelan B. mereka orang yg sempurna. menjangkakan yg positif.
semua tanggung beres.
pelan mereka adalah masterpiece...gerenti jadi.
so, apa perlunya pelan B bagi mereka?
sudahnya bila pelan asal itu gagal atau tergendala atau ada halangan di luar jangkaan, mereka tak mampu berfikir. tak berdaya berbuat apa-apa. tersungkur dan terus hanyut.
kebanyakan daripada kita, tak punya pelan B.
kita buat apa yg orang lain juga buat.
kalau tak jadi, kita cuba cara lain. itu kalau tak jadi, kalau jadi teruskan ajelah.
tak payah la rancang.
buat apa nak susah-susah.
********
ini sebenarnya takde kena-mengena dengan hal kerja.
atau hal-hal serius yg lain.
hari sabtu lepas buat bbq. ajak kak lang, kak tih, icam dan faris...join sekali.
kira mini parti bbq la...heh heh
tengah sibuk membakar kat belakang rumah, hujan turun tak semena-mena. dan tak berhenti pulak tu.
dek kerana takde pelan B, payung takde, khemah takde, kanvas takde, maka berbbq masak atas dapur gas ajelah kesudahannya
ambik...kan dah kata pelan B tu penting!

- kenapa mesti ada hari isnin? -
isnin
kadang-kadang aku tertanya-tanya kenapa bila isnin je kita rasa terlebih sibuk dan terlebih serabut.
pagi-pagi lagi dah mula serabutnya. dengan jalan jem.
kenapa, orang tak sabar-sabar nak masuk ofis gamaknya selepas cuti hujung minggu?
ishh...takde maknanya.
setakat pukul 1:00 ni aje aku dah cair telinga menjawab panggilan telefon. pasal kerja.
dan pagi ni saja aku kena melayan 4 tetamu, yg datang bergilir. pasal kerja.
tak termasuk surat yg masuk pagi ni.
begitu jugak e-mel yg perlu dijawab.
herannya, kenapa hari lain tak macam ni.
kenapa bila hari isnin je nak datang atau buat temu janji.
sibuk nak hantar e-mel.
sibuk nak telefon.
tunggulah hari lain, tak boleh ke?
ahad
jarak antara rumah aku dgn F1 sepang circuit cuma sepelaung.
kalau ada race, memang mengaum bunyi deruman keretanya. rasa macam lumba kat depan rumah je.
masuk tahun ke-2 aku tak pergi. kalau tidak memang tak pernah miss.
kalau nak beli tiket sendiri memang tak mahulah, banyak lagi keperluan lain. walaupun memang minat.
selalunya dapat tiket free. seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ni pun dapat free.
bukan calang-calang tiket atau duduk tepi bukit atas rumput. biasanya, dapat tiket grandstand....
kali ni aku bagi kat anak buah aku dengan kawannya.
nak pergi dengan eril atau erol, diorang kecik lagi.
aku rasa diorang masih tak cukup besar untuk menahan deruman enjin F1 apatah lagi kalau duduk kat grandstand. sedangkan aku sendiri yg pakai pelekap telinga pun masih berdengung telinga dibuatnya.
sparring partner aku yg biasa pergi tak dapat ikut.
jadi, kalau takde dia tak best pulak nak pergi. sebab orang yg sekdadar ikut-ikutan dengan yg memang betul-betul minat ni tak sama
jadi, tengok live kat tv ajelah.
tapi nampak gayanya, bomoh hujan tahun ni tak berapa menjadi....

- siri bercakap dengan erin . . . 12 -
Mar 23, 2012
erin : papa, i pon (i-phone) tu ape?
aku: i-phone tu henfon la....
erin: Ooooo...bek beri (blackberry) tu ape?
aku: henfon lah juga.
erin: abis tu kenapa tak cakap henfon aje?
aku: iyala, memang henfon tapi brand ada macam-macam....
erin: brand tu ape?
aku: (diam aje sambil garu kepala nak jawab ape?)

- jadilah diri sendiri -
Mar 22, 2012
manusia dilahirkan dengan sifat yang berbeza-beza.
kalau ada pun persamaan, sekadar sama tapi tak serupa.
aku tak faham dengan sikap sesetengah orang yg memaksakan orang lain mengikut kehendak mereka. meletakkan prasyarat pada orang lain. berdasarkan ciri-ciri tertentu yg mesti dipatuhi.
soal peraturan atau undang-undang boleh diikut demi kebaikan.
tapi soal sikap, kegemaran, minat tidak boleh dipaksakan.
aku minat bola, jadi aku akan tengok tv saluran bola. takkanlah nak suruh aku duduk 2 jam depan tv tengok cerekarama.
aku minat cerita aksi atau komedi, apa perlunya aku diminta duduk menghabiskan cerita seram atau cerita cinta sepasang kekasih atau cerita sedih yg mendayu-dayu air mata meleleh dari awal hingga tamat.
aku minat lagu rock kapak yg sedap halwa telinga aku mendengarnya, janganlah disuruh dengar lagu lagu indie yg kononnya mengikut arus semasa.
kalau aku suka makan lauk ayam atau ikan goreng janganlah mencebik mengatakan yg ayam membawa pelbagai kemudaratan. habis nak suruh aku makan sayur, pagi petang. macam vegetarian?
ya, aku minat tulis blog, janganlah pula memperlekeh kononnya aku syok sendiri. kerana bagi mereka tulis benda mengarut di status fb atau twitter atau berchatting sambil tersengeh depan skrin komputer lebih menyeronokkan.
kalau aku tak sokong mana-mana parti politik, janganlah pula aku dituduh lalang atau atas pagar. kau perlu ingat apa itu silent majority. tak payahlah nak tuduh orang lain kafir, orang lain tak islam, orang lain tak melayu, orang lain kaki ampu, orang lain rasis, orang lain kena beli, orang lain tak sokong kerajaan, orang lain kaki bangkang.
kalau mereka minat direct selling atau MLM. teruskan. jangan kata orang lain tak mahu mengubah hidup mereka. hidup dalam kerugian dan takde masa depan. masing-masing ada perancangan sendiri. sampai putus kawan kerana tak nak jadi downline. ape hal...!
kalau ada kawan beli kereta baru model atau jenama tertentu, yg dia suka sesuai dengan kemampuan membelinya , janganlah pulak ada yg kata tak cantik, tak elok, re-sale takde value, orang kata kereta tu kuat makan minyak, tak laju, tak power.
biarlah itu pilihan dia...mengapa kita yg sibuk.
setiap orang ada minat, kesukaan sendiri, perancangan, bajet masing-masing.
sudah tentu mereka ada perkiraan sendiri, mengapa pula kita nak memandai-mandai membuat pilihan bagi pihak mereka...

- bercerita tentang boss dan budak praktikal -
Boss
boss aku sekarang ialah yg ke-11 sejak aku mula menjejakkan kaki ke alam pekerjaan.
mungkin ada antara kita yg bekerja di bawah satu boss sahaja sepanjang pengalamannya.
aku banyak boss sebab kerja di banyak kompeni.
kompeni yg aku kerja sekarang ni, kira paling lama aku bertahan. dan sudah 3 orang boss datang dan pergi.
september lepas aku dapat boss baru.
kita kena menyesuaikan diri dengan boss tempat kita bekerja.
cuba sebaik mungkin memahami mereka.
lain orang lain stailnya. kitalah sebagai orang bawahan yg kena ikut.
dua hari lepas, seorang daripada boss lama singgah di ofis.
bertanyakan khabar.
dan soalan lazim, tentulah...
"macam mana dengan boss sekarang? ok?"
jawapan 'politik'nya ialah "ok...."
Budak Praktikal
petang semalam aku dikunjungi 2 bekas pelatih kompeni aku.
mereka sebenarnya selalu kita panggil sebagai pelajar praktikal atau budak praktikal. iyalah, mahasiswa universiti perlu menjalani latihan praktikal untuk memenuhi keperluan jam kredit dalam kursus universiti yg mereka ambil.
jarang sekali pelajar praktikal yg datang jengok kita semula selepas mereka tamat menjalani latihan. tapi seingat aku, sudah ramai juga pelajar yg di bawah seliaan aku. aku ni taklah cerewat sangat, malah mereka beruntung kalau ditempatkan di bawah seliaan aku.
kalau tak banyak kerenah dan buat kerja yg aku suruh, maknanya laporan praktikal mereka gerenti A.
selalunya pada hari terakhir aku akan bagi 'ceramah' pada mereka. dan selalu ingatkan mereka "ini memang hari terakhir, tapi tak bermakna semuanya berakhir di sini. kalau ada masa, singgah-singgahlah jengok saya di sini".
dulu ada seorang pelajar praktikal yg selalu singgah di ofis dan bawa buah tangan untuk aku. biasanya keropok lekor sebab dia orang terengganu.
seorang lagi selalu ajak aku makan tengah hari selepas dia bekerja di kompeni korporat yg ternama.
ada beberapa yg lain masih tak putus hubungan. akan hantar sms bertanya khabar dan mengucapkan selamat hari raya.
yg datang semalam, seorang daripadanya sudah bekerja, manakala seorang lagi sedang melanjutkan pelajaran. kebetulan semalam juga aku pakai baju kemeja yg mereka hadiahkan semasa hari terakhir praktikal mereka.
tak tahu pula aku mereka perasan atau tidak.....
- cakap memang 'murah' -
Mar 20, 2012
aku terbaca banyak komen mengenai isu orang gaji indonesia. selepas berbulan-bulan dibekukan penghantaran ke sini, akhirnya persetujuan dicapai. tapi isu gaji pulak menjadi polemik. rm 700 sebulan perlu dibayar pada mereka. dan dengan satu tugasan saja. ditambah satu hari cuti dalam seminggu.
ada pulak yg meremehkannya. mengatakan ini hanyalah isu kecil. kononnya orang gaji hanyalah untuk yg berkemampuan saja. pendeknya tak beri kesan pada rakyat terbanyak, kerana mereka tak perlukan orang gaji. itu persepsi yg meleset sama sekali. samalah dengan mengatakan kereta hanya untuk orang kaya saja. sedangkan kini, ianya satu keperluan, sama juga keperluan kepada orang gaji pada sesetengah orang.
kata mereka mudah, kalau tak mampu...jangan ambik orang gaji. itu bukan isunya. tapi soal kos. kalau anak ada 3, hantar nurseri atau pengasuh kira bayaran bulanan pun boleh tahan mahalnya.
sebenarnya, kebanyakan yg ambil orang gaji ni ialah kedua-dua suami isteri yg bekerja. mana nak mengasuh anak lagi, uruskan rumah tangga lagi. jadi, dengan adanya orang gaji dapatlah membantu ringankan beban. bukan bermakna, suruh orang gaji kerja 24 jam.
seorang kawan membuat perbandingan. rm700 adalah sama banyak dengan 2 juta rupiah. sedangkan gaji guru yg senior di indonesia ialah 2 juta rupiah. itu bermakna, sama banyaknya dengan gaji, orang gaji yg bekerja di malaysia.
jangan pula lupa, kita sediakan mereka tempat tinggal. percuma.
makanan harian. percuma.
malah ada majikan yg baik siap bagi pakaian. kalau pergi bercuti pun, siap bawak orang gaji sekali. sewakan bilik hotel!
jadi rm700 tu bolehlah diibaratkan sebagai gaji bersih...
bayangkan kalau kita bekerja dengan satu kompeni. dan kompeni tu sediakan tempat tinggal. bagi kita makan. kalau pergi bercuti pun diorang tanggung? mana ada dalam dunia ni majikan sedemikian rupa.
kecuali majikan di malaysia yg punya orang gaji!
begitu pemurah dan baik hatinya.
selalu dengar dan baca berita tentang kerenah orang gaji di akhbar atau media. pasal yg lari, yg mencuri, yg ada skandal. tetapi majoriti yg lainnya yg tak punya kerenah atau masalah tidak pulak diceritakan.
kakak aku punya orang gaji, dah 5 tahun kerja. takde kerenah langsung. malah dilayan bagai sebahagian keluarga sendiri!
jadi, janganlah diperlekeh atau dipermudahkan mereka yg berkeperluan untuk mendapatkan orang gaji. mereka bukannya mewah atau orang kaya. golongan sederhana saja. tapi kalau rm700 menjadi beban, mereka ini tiada pilihan lain lah nampaknya.
nak kata hantar nurseri atau pengasuh pun lebih bagus, tidak jugak. ada jugak yg duit kita mereka mahu, tapi servisnya tak seelok mana. malah ada kes juga bayi didera, dan kecuaian yg menyebabkan kematian.
- kedai artis -
- seharian di 'bermuda triangle' -
Mar 19, 2012
kalau pergi ikea sama ada nak beli tapis teh atau bangku basuh kain...he he (ayat perli ni ).kenalah pergi the curve sekali ataupun melarat ke ikano. silap-silap terjah jugak ke tesco.
lagi satu, kalau masuk ikea, jalannya sehala atau one way. janganlah mengada-ngada nak patah balik atau memandai-mandai menyongsang arus buat dua hala. atau buat u-turn. atau parking tepi jalan. menyusahkan orang dan menjadikan laluan jem.
ada jugak yg masuk ikea nak kutip pensel kontotnya itu.
ataupun nak makan di kafenya yg terkenal dengan meatball tu...
seperkara yg menarik dengan ikea ni, kita dibenarkan uji barang-barangnya. termasuklah duduk atas sofa atau kerusi mejanya, baring atas set bilik tidurnya. buka tutup kabinet dapurnya. atau belek barang elektriknya.
kebanyakan barangnya adalah hand carried. kena pasang secara do-it-yourself. biasanya siap diberi manual pemasangan bagi setiap barangan. kecuali barangan pukal yang besar-besar kenalah dihantar dengan lori. jadi, agak-agaklah beli barang tu, takut tak muat kenderaan nanti...!
jangan pulak nak memandai-mandai suruh stafnya ambikkan barangan daripada gudang. sebab kita kena catatkan rak dan seksyennya yang sudah ditag pada barangan yg nak dibeli. itulah sebabnya disediakan pensel kontot, pita ukur dan borang senarai.
ahad, mulanya nak ke one utama. tapi wifey kata ada sale di ikea. jadi terus saja ke mutiara damansara. 11:30 pagi dah sesak. mujur juga dapat parking.
oleh sebab, rancang nak beli barang di ikea. kita ambik keputusan, untuk ronda-ronda dulu ke curve, ikano dan tesco. lepas makan tengah hari nanti ataupun last sekali baru pergi ikea. taklah susah payah nanti nak angkut barang ke sana ke mari.
di the curve, kalau hujung minggunya ada street market. menariknya kebanyakan peniaga sambilan di sini. jual pelbagai jenis barangan beraneka pilihan. banyak juga yg hasil kreatif mereka sendiri.
selesai meronda kat luar yg makin tengah hari, makin ramai orang. jadi, makin sesak dan panas pulak. masuk pula ke bahagian dalam kompleks beli belah ni. memang besar, cantik,nyaman dan selesa...
habis ronda semua tingkat dan ruang di curve ni, menuju pulak ke ikano. melalui sky bridge. letih jugaklah kaki berjalan, dari satu outlet ke satu outlet. perut pun dah mula lapar.
maka layan perut dulu lah. banyak jugak kedai makan di sini.
kemudian barulah dengan senang hati masuk ke ikea. memang rambang mata dibuatnya. seperkara yg agak pelik, erin, erol dan eril langsung tak meragam. mereka seronok masuk ke ikea ni. mungkin konsep premisnya yg santai dan sesuai untuk famili.
lagi satu, kalau masuk ikea, jalannya sehala atau one way. janganlah mengada-ngada nak patah balik atau memandai-mandai menyongsang arus buat dua hala. atau buat u-turn. atau parking tepi jalan. menyusahkan orang dan menjadikan laluan jem.
ada jugak yg masuk ikea nak kutip pensel kontotnya itu.
ataupun nak makan di kafenya yg terkenal dengan meatball tu...
seperkara yg menarik dengan ikea ni, kita dibenarkan uji barang-barangnya. termasuklah duduk atas sofa atau kerusi mejanya, baring atas set bilik tidurnya. buka tutup kabinet dapurnya. atau belek barang elektriknya.
kebanyakan barangnya adalah hand carried. kena pasang secara do-it-yourself. biasanya siap diberi manual pemasangan bagi setiap barangan. kecuali barangan pukal yang besar-besar kenalah dihantar dengan lori. jadi, agak-agaklah beli barang tu, takut tak muat kenderaan nanti...!
jangan pulak nak memandai-mandai suruh stafnya ambikkan barangan daripada gudang. sebab kita kena catatkan rak dan seksyennya yang sudah ditag pada barangan yg nak dibeli. itulah sebabnya disediakan pensel kontot, pita ukur dan borang senarai.
ahad, mulanya nak ke one utama. tapi wifey kata ada sale di ikea. jadi terus saja ke mutiara damansara. 11:30 pagi dah sesak. mujur juga dapat parking.
oleh sebab, rancang nak beli barang di ikea. kita ambik keputusan, untuk ronda-ronda dulu ke curve, ikano dan tesco. lepas makan tengah hari nanti ataupun last sekali baru pergi ikea. taklah susah payah nanti nak angkut barang ke sana ke mari.
di the curve, kalau hujung minggunya ada street market. menariknya kebanyakan peniaga sambilan di sini. jual pelbagai jenis barangan beraneka pilihan. banyak juga yg hasil kreatif mereka sendiri.
selesai meronda kat luar yg makin tengah hari, makin ramai orang. jadi, makin sesak dan panas pulak. masuk pula ke bahagian dalam kompleks beli belah ni. memang besar, cantik,nyaman dan selesa...
habis ronda semua tingkat dan ruang di curve ni, menuju pulak ke ikano. melalui sky bridge. letih jugaklah kaki berjalan, dari satu outlet ke satu outlet. perut pun dah mula lapar.
maka layan perut dulu lah. banyak jugak kedai makan di sini.
- lain kali jangan selalu kenakan orang -
Mar 16, 2012
aku selalu 'kena'kan eril, erol dan erin dengan macam-macam teka teki.
biasanya teka teki tu memang dah turun-temurun.
yang biasa orang dewasa macam kita dengar.
ada jugak sesetengahnya yang aku reka-reka sendiri.
sesuaikan dengan umur budak-budak.
contohnya: dalam banyak banyak sakit, sakit apa yang paling sakit?
sakit hati...salah!
sakit gigi....salah!
sakit jatuh basikal....salah!
jawapannya: sakit leher....! ha ha
sebab bila kita sakit leher....paling kiri, sakit... paling kanan, sakit, paling atas, sakit....! ha ha
ada banyaklah teka-teki aku yang selalu kenakan diorang. tapi diorang tak pernah putus asa. atau mungkin nak jadikan 'modal' untuk kenakan kengkawan diorang pulak agaknya. malah, kadang-kadang mereka ketawa seronok mendengarkan jawapannya.
kadang-kadang teka-teki tu hanya untuk memeriahkan suasana.
kadang-kadang cuma ikut logik atau kelentong aje.
misalnya: dalam banyak-banyak bas, bas apa yg tak pakai enjin?
jawapannya ialah bas....sikal
hu hu.....
********
jadi, pada satu hari. mungkin sebab dah bosan asyik dikenakan. erin pun bukaklah satu soalan teka-teki.
dia punya soalan teka-teki, yang tak tercapai dek akal!
bunyi teka-tekinya:
kenapa kalau kita tidur, kita kena tutup mata?
boleh jawab tak?

- kita tak sentiasa betul -
Mar 15, 2012
oleh sebab kebetulan dalam cuti, jadi pagi selasa tu akulah yang hantar eril untuk kelas tambahannya.
masih aku ingat sebelah malamnya aku tanya pada eril.
"kelas start kul berapa esok?"
"cikgu cakap, pukul 8..." jawab eril dengan mata separuh kuyu.
jadi pagi selasa tu awal dah bersiap.
aku tengok eril bersiap pakai uniform sekolah, lengkap.
"laaa...kelas tambahan je. pakai baju biasa pun tak pe kan" aku cuba mempermudah.
"cikgu cakap, kena pakai baju sekolah..." eril tetap mempertahankan cikgunya.
oleh sebab jarak rumah dengan sekolah taklah jauh sangat, lagipun aku sendiri yg hantar bukan naik bas atau dihantar oleh jiran, bolehlah berlengah-lengah sikit.
dalam perjalanan tu, sempat jugak aku singgah belikan eril nasi lemak, bungkus di sebuah gerai tepi jalan. manalah tahu nanti, kalau-kalau kantin sekolah tak buka masa cuti sekolah begini.
selepas singgah beli nasi lemak, sebelum eril bersalam dan melangkah turun. aku tanya eril lagi.
"pukul berapa balik...?"
"cikgu cakap, pukul 12.30..." sekali lagi eril patuh pada cakap cikgunya.
semasa aku memandu balik jam menunjukkan 7:55.
aku singgah kedai sekejap untuk beli akhbar.
semasa lalu di depan sebuah gerai nasi lemak aku nampak kelibat cikgu eril.
sedang beli nasi lemak. buat bekal macam eril juga agaknya.
aku tengok jam di tangan.
menunjukkan sudah jam 8:15 pagi
...dan cikgunya masih 'tersangkut di gerai nasi lemak.
eh!....bukanke semalam eril cakap kelas start pukul 8:00 pagi!
jadi, eril patut tahu juga, cakap cikgu tak semuanya betul...
dan tengah hari tu aku sampai tepat jam 12.30.
aku perhati cuma 3-4 orang yang masih ada dekat tepi pagar sekolah.
"kenapa papa lambat..." tanya eril sedikit muncung.
"kan eril cakap balik, 12.30 tadi..." aku mempertahankan diri.
"iyala, cikgu cakap 12.30 tapi sebenarnya balik pukul 12.00..."eril masih berpegang pada kata-kata cikgunya.
aku taklah pulak cakap pada eril, lain kali jangan dengar cakap cikgu.
aku diam ajelah. sebab cakap cikgu pun bukan sentiasa benar...
macam kita jugak yang bukan cikgu ni.
jangan marah ye cikgu...selamat bercuti!
jangan marah ye cikgu...selamat bercuti!
- hutang cuti sekolah kira dah langsai... -
Mar 14, 2012
kali ni tak sempat ambik gambar...dah kena rasmi balik dari kenduri kahwin di kuantan tak terus balik rumah. bermalam di hotel... |
sengaja pilih apartment room, sesuai utk famili... |
room with a view |
tak sampai 5 minit check in...dah turun kolam |
berendam sampai mlm pun takpe |
aksi stunt erin... |
takde baju mandi, jersi m'sia pun boley... |
sempat gak aku lepas gian naik banana boat & jet ski...hoyeeeeh |
- aduhai...cuti sekolah lagi -
Mar 9, 2012
baru je cuti dah cuti lagi...
maksud aku cuti sekolah. mulai esok, cuti seminggu.
tahun baru cina itu hari pun cuti seminggu.
maulidul rasul + thaipusam pun sambung cuti seminggu.
berapa banyak cuti daaaa.....
erin dah mula tanya. cuti sekolah nak pergi mana. takkan duk rumah je?
dia tak tahu dalam kepala ni berdendang lagu boboi...
"lari, lari...boboi lari" kepada "lari. lari....bajet lari...!"
lari sikit bulan ni. memang settle dah duit bayar kontraktor.
tapi tukar cat baru, pintu baru, langsir baru, karpet dan beberapa lagi yg baru....maka bajet pun berlari-larianlah sama jugak.
dan minggu ni kena balik ke kampung wifey, ada kenduri kahwin.
mujur jugak planning awal hari tu.
balik dari kuantan nanti singgah bermalam kat hotel laluan di antara beserah ke cherating.
dan booking hotel pun guna online. maknanya, gosok kad kredit la.
jadi takdelah guna duit tunai.
selamat la sikit bajet.
dan tertunailah hajat erin nak bercuti semasa cuti sekolah.
maksudnya, jalan-jalan makan angin.
lepak hotel atau bercanda di pasiran pantai...!
- ayam tandoori ala jepun -
Mar 8, 2012
aku ni kalau order makan roti naan, mesti order ayam tandoori jugak.
kalau tak, rasa macam tak kena aje makan roti naan.
kadang-kadang waktu makan tengah hari, aku tak makan nasi. aku pesan roti naan. aku selalu gak pergi kedai mamak ni. kalau tempat lain, roti naan hanya 'beroperasi' waktu petang atau malam. tapi kedai mamak ni, waktu tengah hari dah boleh order.
selalu takde masalah. nak kata best sangat tu takdelah. ada tempat yg naan dan tandoorinya memang best. sampai orang terpaksa berdiri tunggu giliran makan sebab kedainya penuh. yang ini setakat nak isi perut makan tengah hari...boleh la.
jadi, tengah hari tadi aku pergilah ke kedai yg sama. order roti naan dan tandoori. tapi kali ni, ayam tandoorinya tak dimasak dengan cukup. bahagian dalamnya mentah.
jadi aku pun komplenlah. apa ni bagi orang makan, ayam tak masak. ingat aku ni burung helang ke?
dia pun ambik. aku fikir mungkin dimasaknya semula. atau nasib baik (selalunya kedai mamak memang kedekut, nak bagi tisu pun berkira...!) dimasaknya ayam tandoori yg lain.
tapi, apa yg dia buat. ayam tandoori mentah tadi dimasukkannya ke dalam microwave dan dipanaskan. aku perhatikan saja gelagat mereka. 5 minit kemudian mereka menghantar semula ayam tandoori tu. dengan keadaan berasap-asap.
tahukah mereka, apa kegunaan microwave? gunanya untuk memanas makanan sahaja. (mungkin ada jugak jenis makanan yg boleh dimasak guna microwave ni...).
bukannya untuk memasak makanan.
apatah lagi ayam tandoori!
aku tak makan pun, tandoori yg dihidang semula tu...
jadi, taubat dah aku tak makan lagi ayam tandoori kat situ lagi.
- oleh sebab tak hadir 'muzakarah' maka . . . -
Mar 7, 2012
kira-kira sebulan lepas, eril ada hulur satu surat. cikgu bagi, katanya.
aku pun baca...
jemputan "muzakarah" oleh pihak sekolah kepada ibu bapa. sejak bila pulak sekolah guna istilah "muzakarah" bukan lagi mesyuarat. sudaaa tukar ka sekarang?
tujuannya nak dapatkan maklum balas ibu bapa mengenai kelas tambahan. terutama untuk kelas yang nak hadapi upsr.
tetapi aku tak dapat hadir, kerana pada tarikh yg sama aku perlu menghadiri seminar yang sudah aku beri komitmen terlebih awal.
semalam eril hulurkan satu surat lagi. cikgu bagi, katanya. eh...macam siaran ulangan astro pulak.
surat itu dari pihak sekolah memaklumkan keputusan 'muzakarah' yg diadakan terdahulu. ianya berkaitan dana khas untuk kelas tambahan. setiap ibu bapa diminta membayar sebanyak rm250 bagi anak mereka mengikuti kelas tersebut.
huh....banyak tu!
surat tersebut turut menyatakan 'semua' ibu bapa sudah bersetuju berdasarkan keputusan 'muzakarah'. jadi, yg tak hadir pun dikira setuju lah, ikut suara majoriti lah kan.
untuk 'tidak membebankan' ibu bapa. ianya boleh dibayar mengikut 3 kaedah.
i. bayar keseluruhan rm250
ii.dua kali bayaran rm125 + rm125
iii. tiga kali bayaran
jadi aku tanyakan pada eril. dalam kelasnya ada berapa orang. ada 35 jawab eril. dan ada 8 kelas lain untuk tahun yg sama.
jadi secara purata, kalau ada 35 orang dalam setiap 8 kelas itu, jumlah keseluruhan dana tersebut ialah 35 X 8 x 250= rm70,000.
walaupun aku tak berkira sangat jika ianya mendatangkan manfaat dan untuk kebaikan pendidikan anak-anak. tapi dengan mengumpul dana sebanyak itu, adakah keperluannya mencapai matlamat yg tulus ikhlas, suci murni....atau ada agenda di sebaliknya?
adakah ini mendapat 'restu' daripada jabatan pelajaran atau kementerian?
lagipun, semasa aku bersekolah dulu, kelas tambahan kat sekolah ni, cikgu buat secara sukarela je. takde sebarang bayaran pun. nak bantu pelajar untuk berjaya....
sekarang, apa-apa pun duit diperlukan. kalau tak, tak jalan.....!
- hang tuah tak wujud? -
Mar 6, 2012
kenyataan sejarahwan terkemuka prof. khoo kay kim bahawa "hang tuah sebenarnya tidak wujud" menimbulkan banyak persoalan.
ramai yg tertanya-tanya betul ke? selepas kita disajikan dengan cerita kegagahan hang tuah sejak sekian lama. atau sekadar menimbulkan polemik untuk mengembalikan minat masyarakat kembali merenung sejarah?
pagi tadi diadakan forum di dewan bahasa dan pustaka. Prof. Khoo kay kim, prof. mohd yusof hashim dan dr muhammad hj saleh, dr tatiana denisova adalah antara panelnya.
dengan tersenyum prof. kkk mengatakan "saya tak kata hang tuah tak wujud...cuma bukti kewujudannya dari sumber sejarah tak cukup kukuh."
ya...memang menarik forum ini. satu lagi majlis ilmu yang sangat bermanfaat.

- kita lebih percaya yang tak betul -
Mar 2, 2012
ramai orang lebih percaya pada sumber yg belum sah benar atau kesahihannya.
cepat benar ianya tersebar.
mungkin juga ramai yg lebih percaya cerita yg disebar di facebook atau blog. daripada yg tersiar di surat khabar atau tv.
kononnya takde masa, sibuk benar nak baca akhbar atau tengok berita tv.
majalah hiburan sempat pulak dibacanya.
drama korea atau drama bersiri melayu petang-petang tak pernah miss.
akaun facebook dan twitternya sentiasa dikemas kini status. komennya beratus-ratus.
eleh...takde masa konon.
contohnya kejadian tren lrt yg terbabas di sentul yg berlaku beberapa tahun dulu, dikatakan berlaku pagi semalam. ianya disebar meluas dalam fesbuk. ramai lah yg share, tagged dan hantar pada kengkawan dalam friend list. gemparlah sekejap.
dan kawan-kawan mereka juga secara kebetulan tak baca paper, tak tengok berita. tumpang sekaki komen dan sebarkan.
apa nak jadilah doniaaaa.....
- bas ekspres sks memang 'raja' lebuh raya -
Mar 1, 2012
petang semalam aku follow bas ekspres sks kl-seremban ni. bermula dari tol sg besi hinggalah ke susur masuk nilai.
sepanjang perjalanan hampir 50km tersebut, bas ini dipandu di lorong tengah. sesekali dia memandu di lorong paling laju untuk memotong kereta di hadapan yg 'perlahan'.
lorong paling kiri atau lorong perlahan langsung dia tak masuk. tertera dengan jelas di belakang bas "lebuh raya: 90 km/j". apa yg pasti bas ini dipandu selaju 110 km/j sebab aku memandu pada kelajuan yg sama, betul-betul di belakangnya.
malah sesekali dia memandu lebih dpd itu ketika memotong.
dan bila berlaku kemalangan, jawapan standard mereka ialah kerosakan teknikal atau brek rosak!
pooorah......
ini bukanlah kejadian pertama. di sebelah pagi terutamanya, bas ekspres sks akan berlumba-lumba di lebuh raya untuk sampai ke kl dari seremban. merekalah 'raja' lebuh raya laluan KL-seremban. bilangan dan kekerapannya ialah 120 kali sehari. lihat sahajalah promosi pada bas itu...!
Subscribe to:
Posts (Atom)