- antara orang gaji indon, pengasuh atau nurseri -

Mar 29, 2012

dulu-dulu aku hantar anak ke nurseri. kadang-kadang balik kerja kalau jalan sesak dan lewat sikit terbayang anak-anak tunggu depan pintu, tiga beradik. sebab yg lain semua dah balik. aku kerja di KL. lepas tu ambik wifey di ofisnya dulu di nilai. jadi, kalau hujan atau jalan sesak lewatlah sampainya. ada  banyak kali hari dah gelap, dah masuk maghrib. apa nak buat itu saja pilihan yg ada. bertabah ajela.

nurseri ni memanglah kita bayar. servisnya takdelah masalah. oleh sebab kita bayar, pekerjanya tak boleh masam muka walau kita hantar awal atau ambik lewat. lagipun, kalau lewat - dalam kata lain - melewati jam 6:30 mereka akan caj rm10. jadi, kalau mak bapak ambik anaknya lewat, mereka lagi suka...ada bayaran denda lewat atau kira OT la tu.

beberapa tahun la jugak begitu. hinggalah wifey berani drive sendiri. sebelum tu bukanlah tak mampu ada 2 kereta, tapi wifey belum cukup berani, walaupun lesen memandu dah dapat dah berkurun lamanya. cepatlah sikit, dapat ambik anak-anak di nurseri. takdelah kena caj ekstra.

kemudian jiran sebelah rumah offer nak jaga anak kami. anak-anak kami pun dah besar sikit. sekurang-kurangnya dapat tambah pendapatan kata jiran tu. kami pun simpati jugaklah. lagipun kami dah kenal dia, baik juga orangnya.  lagipun sebelah pagar je, tak payah susah-susah berhantar atau berjemput. lagipun dia suri rumah sepenuh masa. anak kami 3 orang je yg diambil. janjinya, takde orang lain selain 3 orang nak kecilnya sendiri.
...masa berlalu, makin ramai anak orang lain diambilnya dan diasuhnya. macam dah jadi nurseri pulak rumah jiran kami tu. dulu masa awal-awal, dia kata tak kisah nak bayar berapa pun. kemudian bila dah lama sikit, dia demand naikkan harga. alasannya kos susu dan barang makan makin naik.

dah jadi rezekinya, suaminya pulak naik pangkat. dia mula tunjuk perangai. kalau kami ada urusan hari sabtu, nak tumpang sekejap anak kami pun, dia tak nak. katanya, hujung minggu dia tak jaga budak. sedangkan sebelum tu takde hal, ahad pun boleh hantar. kadang-kadang bila ambik lambat sikit, dia tarik muka masam. susu yg kami bekal untuk erin dalam tin besar 5 kg tak sampai 2 minggu dah habis stoknya dan dia minta belikan. sedangkan kami tahu erin bukanlah jenis kuat menyusu. semasa di nurseri dulu tin susu 5 kg tu sebulan baru habis.waktu musim cuti sekolah pun, anak-anak aku lebih suka tinggal di  rumah mak lang mereka. tetapi, jiran itu tetap minta bayaran penuh

satu hari nak jadi cerita, erol dan eril demam. mereka tak ke sekolah. jadi, wifey balik kerja awal, cadangnya nak bawa mereka ke klinik.
dipanggil-panggilnya takde orang menyahut.
diberinya salam takde yg menjawab. lalu ditinjaunya ikut tingkap.
ternampaklah oleh wifey...anak-anaknya yg 3 orang itu, eril, erol dan erin terbaring tidur di ruang tamu. tanpa alas (bukan harapkan tilam empuk), tanpa bantal, tanpa selimut (sedangkan mereka demam). tidur meringkuk atas lantai. sedangkan kami bekalkan toto dan bantal untuk mereka.

bengang dengan apa yg dilihatnya, wifey mengetuk pintu sekuat hatinya. kalau ikutkan hati mahu saja ditendangnya pintu itu. tak lama, jiran tu pun membukakan pintu. dengan rambut kusut dan mata merah. maknanya, 'membuta' la tu. alangkah terkejutnya dia melihat wifey. yg tak disangkanya pulang awal.

masuk ke rumah tu, barulah wifey sedar, anak-anak kami saja yg tidur di ruang tamu atas lantai. sedangkan yg lain tidur dalam bilik. termasuklah jiran a.k.a pengasuh itu...

terbongkarlah satu demi satu. dan eril sbg 'abang besar' pun mula bercerita. sedangkan selama ni kami ingat semuanya sempurna. dan anak-anak kami pulak tak pernah mengadu...iyalah merka masih kecik lagi. lurus dan naif...

"nak tambah makan tak boleh. sebab satu orang satu pinggan aje",
"petang-petang kena paksa tidur, tak boleh tengok tv",
"budak lain tidur dalam bilik",
"toto dan bantal kita pun orang lain yg pakai",
"susu erin, orang lain pun guna jugak" dan macam-macam lagi;

eril buka rahsia yg selama ini dipendamnya selepas kami soal siasat. dan wifey menangis...menyesal, geram, marah dan terkilan bercampur-baur.

mulai esoknya. kami berhenti hantar mereka. hantar kembali ke nurseri. sejak itu, kami dan jiran tak pernah bertegur sapa. hinggalah mereka berpindah setahun kemudian. 
hal ini tak pernah kami ceritakan kepada sesiapa. tak mahu mengaibkannya.
walaupun ada jiran lain yg bertanya kenapa kami tak hantar lagi anak-anak  ke rumah jiran itu.

ini pengajaran kepada kami suami isteri. anak-anak kecil yg jadi mangsa keadaan...bayangkan 8 bulan mereka menanggung semua itu. dianak tirikan.

6 refleksi:

ummiarissa said...

hmm...terkedu juga saya membaca cerita ini...tapi saya harap jangan ditunding semua pengasuh begitu,maklumlah saya juga mengasuh anak jiran...tapi saya tidak sekejam pengasuh anak Bngsawan Nilai ye...saya selalu beritahu kepada mereka jika ada masalah kita berterus terang,jadi sehingga sekarang saya masih kekal menjaga anak mereka,akibat sikap tolenrasi dan tidak berkira sangat.Memang tak patut jiran tu naik harga sesuka hati tanpa berbincang...walau apapun memang hari tu Allah nak tunjukkan attitude sebenar pengasuh tu,elok juga ditunjukkan awal2 begini...semua yang berlaku pasti ada hikmahnya kan..

bangsawan nilai said...

sekadar bercerita pengalaman. tdk sekali2 menuding jari kpd pengasuh...aku percaya ada ramai pengasuh yg baik, nurseri yg baik dan org gaji indon yg baik

Anonymous said...

grrr...geram baca citer ni

Irfa said...

aku geram..
manusia yg tak sedar diri.
kita bagi madu..tuba dia balas.
sakitnya hati aku baca en3 ni.
kesiannya anak2 memendam rasa selama ini

bangsawan nilai said...

anon + irfa,

masih berbekas pd anak2.
eril kata dia sanggup duk rumah sorang2 dpd dihantar ke rmh pengasuh lain...

Anonymous said...

tgh menggogle mencari pengasuh/nurseri baru... terjumpe blog ni... sadis betul.. kdg2 rase nk berenti kerja je jaga anak sndiri n anak sedara je..puas hati.. tp tuntutan hidup sekarnag memerlukan ibu bekerja juga..sudahnya anak2 yg jadi mangsa...