- ayam tandoori ala jepun -

Mar 8, 2012

aku ni kalau order makan roti naan, mesti order ayam tandoori jugak.
kalau tak, rasa macam tak kena aje makan roti naan.

kadang-kadang waktu makan tengah hari, aku tak makan nasi. aku pesan roti naan. aku selalu gak pergi kedai mamak ni. kalau tempat lain, roti naan hanya 'beroperasi' waktu petang atau malam. tapi kedai mamak ni, waktu tengah hari dah boleh order.

selalu takde masalah. nak kata best sangat tu takdelah. ada tempat yg naan dan tandoorinya memang best. sampai orang terpaksa berdiri tunggu giliran makan sebab kedainya penuh. yang ini setakat nak isi perut makan tengah hari...boleh la.

jadi, tengah hari tadi aku pergilah ke kedai yg sama. order roti naan dan tandoori. tapi kali ni, ayam tandoorinya tak dimasak dengan cukup. bahagian dalamnya mentah.

jadi aku pun komplenlah. apa ni bagi orang makan, ayam tak masak. ingat aku ni burung helang ke?

dia pun ambik. aku fikir mungkin dimasaknya semula. atau nasib baik (selalunya kedai mamak memang kedekut, nak bagi tisu pun berkira...!) dimasaknya ayam tandoori yg lain.

tapi, apa yg dia buat. ayam tandoori mentah tadi dimasukkannya ke dalam microwave dan dipanaskan. aku perhatikan saja gelagat mereka. 5 minit kemudian mereka menghantar semula ayam tandoori tu. dengan keadaan berasap-asap.

tahukah mereka, apa kegunaan microwave? gunanya untuk memanas makanan sahaja. (mungkin ada jugak jenis makanan yg boleh dimasak guna microwave ni...). 
bukannya untuk memasak makanan.
apatah lagi ayam tandoori!

aku tak makan pun, tandoori yg dihidang semula tu...

jadi, taubat dah aku tak makan lagi ayam tandoori kat situ lagi.

2 refleksi:

Irfa said...

dia tak paham kot maksud ko ayam tu tak masak..dia igt ko komplen ayam tu tak panas ;)

bangsawan nilai said...

sushi style...ha ha