- kawan lama dari sabah -

Sep 4, 2012

bila belajar di asrama dulu, aku rasa dah punya ramai kawan. dari seluruh negeri sembilan.
beberapa yg lain dari selangor dan melaka.
tapi bila aku belajar di universiti, aku dapat berkawan dengan lebih ramai orang.
dari perlis hinggalah ke sabah.
bayangkan kalau kita belajar di oversea, mungkin kita punya kawan dari seluruh dunia, dari jepun sampai ke amerika.
 
yg penting, keterbukaan kita berkawan dengan siapa saja.
tanpa mengira latar belakang mereka. melampaui batasan negeri. melepasi sempadan negara. merentasi kaum dan agama.
sesetengah orang mengehadkan kumpulan kawan mereka. dalam kelompok atau grup tertentu.
aku tidak. dan tidak akan berbuat begitu.
 
minggu lepas, aku terima mesej melalui fb.
datangnya dpd, ahmud, kawan lama dari sabah, yg sudah bertahun-tahun tak berjumpa.
kali terakhir aku berjumpanya masa majlis konvo.
selepas itu semua kawan-kawan mengambil haluan masing-masing.
membina kerjaya, membina keluarga, mencipta ruang dan peluang.
 
awal tahun ini, kami berhubung semula melalui fb.
besarnya pengaruh dunia siber dalam kehidupan manusia zaman ini.
jika tidak, ahmud, hanyalah kawan masa silam yg hadir dalam nostalgia aku.
sesekali kami chat, komen status atau hantar mesej.
 
kali ini, ahmud, dalam mesejnya menyatakan mahu datang ke semenanjung.
urusan nak hantar anaknya, daftar masuk U.
terkejut jugak aku. katanya, orang sabahan biasalah kahwin cepat.
kalau ada kesempatan, nak jumpa aku.
lalu aku berikan no. hp
 
tak pulak aku rancang pertemuan dengan detail.
misalnya, bila tarikh dia nak datang?
flightnya tiba jam berapa?
ke U mana anaknya mendaftar.
 
sehinggalah pada pagi sabtu, bila aku tengok ada sms dpd ahmud.
sms tu dihantar hampir jam 2 pagi. aku tak sedar.
sebab sepanjang jumaat, 31 0gos tu, sibuk membantu wifey buat persiapan utk open house.
aku hubungi ahmud yg menyatakan ketika itu dia berada di rumah iparnya di nilai.
mendengar bahawa ahmud berada di nilai, iaitu desa anggerik. aku hampir melonjak gembira.
pagi tu, walaupun sibuk melengkapkan persiapan dengan wifey tetamu yg akan hadir bermula sebelah tengah harinya aku tretap mahu meluangkan masa nak berjumpa ahmud.
mungkin ini saja peluang untuk bertemu. lain kali mungkin tiada kesempatan.
aku jelaskan pada wifey. dan wifey faham benar dengan sifat aku yg sangat menghargai kawan-kawanku.
 
utk memudahkan. kami jumpa saja di tesco.
sementara isteri, adik ipar dan anaknya membeli barangan keperluan, kami diberi kesempatan berbual. dalam tempoh sejam macam-macam bendalah seperti mana-mana kawan lama bualkan.
 
wajahnya masih tak berubah macam dulu.
penampilannya kemas macam dulu, walaupun dulu kami gelarnya sebagai mat skema kerana 'kekemasannya' itu.
orangnya alim. baik. rajin ke library. walaupun agak pendiam.
kami belajar kursus yg sama dan majoring yg sama pada tahun akhir.
 
aku masih ingat dulu-dulu.
bagaimana ahmud sanggup mengumpul atau menukar duit kertas dengan duit syiling daripada kawan-kawannya termasuk aku.
tujuannya cuma satu, untuk menelefon keluarganya di sabah.
paling tidak, 2 minggu sekali.
aku masih ingat pada satu ketika itu, aku menemankan ahmud menggunakan telefon awam. lajunya duit syiling 'dimakan'. dan ligatnya tangan ahmud memasukkan duit syiling agar perbualan tidak terputus. biarpun hanya beberapa detik saja perbualan itu. 
aku kagum dengan sikap ahmud yg sentiasa ingat akan keluarganya di kampung, nun jauh di sabah.
 
anaknya itu, rupanya anak tunggal.
'nanti tinggallah kami berdua saja', kata isterinya yg peramah.
'bila datang sabah nanti, carilah kami...' pesan ahmud.
 
ya, moga silaturahim aku dan ahmud takkan pernah putus.
 
 

2 refleksi:

Irfa said...

org kata,sesiapa yg rajin menyambung silaturrahim ni murah rezki dan pjg umur..

wah..dah besar anak dia,dah nak masuk u..jauh dia tinggal ko ye?hehe..gurau je ye

rahimin said...

kwn baru dicari, kwn lama dilupa jgn