aku turut berkongsi duka mu . . .

Feb 13, 2014


sebahagian diri kita sudah hilang. hilang bersama sepi malam.
hilang yg takkan kembali. takkan berganti.
siapa sangka orang yg kita sayang, yg berkongsi hidup dengan kita.
tanpa sebarang kata perpisahan, tiba-tiba pergi.

sayunya tak terperi. perginya pula tanpa kita di sisi.
yang ditatap hanyalah sekujur tubuh yg sudah kaku.

kawan ku ini di kuantan, atas urusan kerja.
sudah kerap benar begitu. out station.
isteri yang ditinggalkan dengan anak-anak sudah terbiasa.
lagipun mereka sihat-sihat sahaja.

dikhabarkan pada aku.
ada banyak versi tentang apa yang berlaku hari itu.
aku gabungkan menjadi satu.

********

tengah hari itu, seperti biasa.
si isteri pulang ke rumah.
rumah dengan pejabatnya, dekat sahaja.
itulah rutin hariannya.
kalau tidak makan tengah hari pun, dia berehat saja.
lepas solat zohor, akan kembali semula ke pejabat.

hari itu, selepas makan tengah hari bersama anaknya.
dia naik ke tingkat atas. ada rasa penat sikit, adunya pada si anak.
kemudian disusul oleh anaknya untuk ke biliknya di tingkat atas juga.

ternampak olehnya, emaknya yg sudah rebah.
rebah yg tidak bangkit semula.
dia kembali ke rahmatullah dengan mengejut sekali.
tiada sakit, tanpa sebarang tanda, atau pesanan terakhir.

*********

bertabahlah wahai sahabat.
meski simpati aku tak mungkin dapat menutup hiba sedihmu.
kehilangan yg kau rasakan, pastinya tak terlupakan sepanjang hayat.
namun kau harus meneruskan kehidupan, demi anak-anak.
mereka itu zuriatmu bersama orang yg kau kongsi kasihnya.

aku juga berkongsi dukamu, seperti mana aku berkongsi tawamu, sahabat...

5 refleksi:

Irfa said...

alfatihah
sedihnya, terbayang kalau aku di tpt nya, bagaimana family menerima berita itu, mudahnya dia pergi. selesailah urusannya dgn dunia

zana-norzana said...

Al Fatihah

Anonymous said...


blog ini boleh buat saya ketawa dan menangis.

salam takziah utk sang sahabat itu

rahimin said...


sayu dan hiba.
kehilangan yg tak dijangka sebegni lebih memilukan.

takziah dan al fatihah

bangsawan nilai said...


melihatkan kengkawan bersedih, kita juga akan tersa kesedihannya. kehilangan org paling rapat yg bertahun-tahun bersama kita pastinya akan berbekas dan mendalam kesannya.