emmm macam pernah ku dengar ayat itu . . .

Feb 14, 2014


hentian putra.

kalau hadir function di pwtc atau seri pacific hotel, aku biasa parkir kat situ.
sebab pertama, caj murah.
kedua, keluar je parkir terus masuk jalan utama.
ketiga, aku tak suka parkir kat basement. gelap.
eh! perlu ke bagi 3 sebab...?

bukan nak cerita pasal parkir.
nak cerita pasal kejadian di situ.

sebaik aku berjalan menuju tangga, satu orang mamat datang mendapatkan aku.

tapi kata-kata dia tu, macam skrip yg dah dikitar semula.
dah biasa dengar.

"bang...saya nak balik kampung bang.
nak naik bas. tapi duit tak cukup...
mak saya sakit. emergency ni.
saya tak nak mintak banyak
20 hinggit pun cukup la.
buat tambang bas je..."

aku pandang dia atas bawah.
matanya merah. muka cengkung.
dia sandang satu beg lusuh.

aku diam je tak cakap apa-apa.
terus je berjalan.
dia ikut aku.
...dan ulang kata-kata dan skrip yg sama, sekali lagi.

"dik...guna cara lain la.
dah biasa sangat la..." tingkah aku padanya. sedikit rimas.

mula-mula dia terdiam.
kemudian, dengan nada sedikit tinggi, dia cakap.

"abang tak bagi takpe...tapi jangan tuduh saya tipu...tau!" ada nada marah.

suspen gak aku.
tapi aku kena pertahan prinsip yg aku pegang.
aku buat-buat berani.

"hei, aku  kerja area sini tau!
dah berapa kali kau mintak duit.
kau memang tak perasan aku. tapi aku cam muka kau...!" ayat-ayat hero aku terkeluar.
pitchingnya boleh tahan tinggi
mungkin 'bohong sunat' perlu.
untuk mempertahankan diri.

nyata, ia menjadi.
mamat tu pun beredar.
langkahnya agak tergesa-gesa...!

4 refleksi:

Irfa said...

eh, meremang baca
sib baik ko lelaki
kalau aku..komfem aku bg sbb xnak dia ikut aku.

pgalaman 15tahun dulu, penah kena ikut kt busstand klang, ayat sama jugak.orang sama ke?hihi

Anonymous said...


bagus juga sesekali mereka itu bertemu buku dengan ruas. asyik nak mengenakan orang saja.

rahimin said...


moral cerita ni - gunalah ayat power lain kalau nak menipu hahahah

bangsawan nilai said...


mat pit la tu.
kalau setakat one to one aku tak cuak la

tapai taktik ni dh kerap sgt org pakai...