nah! surat, esok datang ya. . .

May 6, 2014


'betul ke cikgu baru bagi surat ni...?" aku tanya eril. macam tak percaya.

"ya, baru bagi hari ni..." jawab eril, beriya-iya.

"tarikh surat ni 9 april, dah dekat sebulan dah..." dakwa mamanya pulak.

"iya la.... lama dah. entah-entah eril yg terlupa nak bagi papa tengok...?" himpit aku lagi.

"betul la dia baru bagi tadi. kalau tak caya ni nombor telefon cikgu. ....sebab cikgu yg cakap macam tu..." eril masih mempertahankan.

di sudut atas surat itu tertera tulisan tangan.
dicatatkan no. henfon dan nama cikgu tu.


********

ini pertikaian kami 3 beranak.
lepas maghrib hari jumaat, malam sabtu lepas.
eril sampaikan pada aku surat rasmi sekolahnya.
ada program kem motivasi anjuran sekolah.
berlangsung sabtu dan ahad. di sebuah 'kem'.

ya, itu bagus. aku sokong.
tapi soalnya, kenapa nak pergi esoknya, baru nak bagi surat minta kebenaran ibu bapa?
kenapa lewat sangat nak dapat pengesahan.
sedangkan surat tu terang-terang tunjuk tarikh 9 april.

pelajar yg nak menyertainya perlu bayar rm60.
itu pun aku tak kesah sangat. fahamlah, memanglah ada kos yg kena tanggung.
pelajar jugak diminta bawa barangan keperluan seperti pakaian, peralatan mandi, selimut, selipar, kasut dan sebagainya.
itu pun boleh disediakan, tak kesah.
pelajar kena berkumpul untuk ke kem tersebut, hari sabtu,  jam 7 pagi di sekolah.
itu pun boleh diaturkan, tak kesah.

tapi, agak mencurigakan kenapa suntuk sangat?
dan agak musykil tertera nama 4 guru pengiring tapi tak termasuk pun nama cikgu yg memberikan no. telefon untuk dihubungi tu.

eril yang pada mulanya teruja, kemudian hilang semangat.
iyalah, mungkin dia dah terbayang, naik bas ramai-ramai dengan kawan-kawan.
duduk kem 2 hari dengan macam-macam aktiviti.

"kalau papa tak bagi...tak apa la..." katanya putus harapan.

bukan soal tak nak bagi kebenaran.
kalau soal surat pelepasan ibu bapa pun tak dapat nak urus dengan teratur dan baik...
apakah jaminan dapat diberi kepada ibu bapa akan keselamatan dan kesihatan anaknya selama 2 hari di kem tu nanti?


4 refleksi:

Miss Brenito said...

betul gak tuh, nape en bangsawan tak kol jer cikgu tuh untuk pengesahan?

wah, belog dah cantik, ini baru betol2 balairong.

bangsawan nilai said...


dah tanya parents lain, diorang pun baru dpt surat gak...

Irfa said...

mcm kelamb kabut, nak fikir pun x sempat

rahimin said...


aku rasa sekolah pilih kelas tertentu tapi bila tak ramai ikut, diorg offer kelas lain. sbb tu last minute bagi surat