budak ostolia speaking nismilan

Sep 30, 2014



ada terbaca berita seseorang dapat PhD dalam usia paling muda di UTM.
usia 24 tahun lebih dah ada gelaran doktor falsafah.
hebat...!

tapi ni bukan nak cerita panjang pasal tu.
nak cerita pasal anak sedara aku, naja dan familinya.
malam tadi hantar mereka ke airport nak balik Melbourne.

dia balik hari tu, semata-mata nak join majlis kenduri kahwin adiknya.
dia dan suami tengah sambung study buat PhD.
tinggal 8 bulan je lagi.
balik terus la.
sambung mengajar sebagai lecturer semula di universiti tempatan.

paling seronok mengusik dan melayan anak-anaknya.
diorang speaking omputih dengan atuknya, atuknya bantai cakap nismilan hahaha
bye-bye jumpa lagi nanti...!




lepas nikah baru nak bertunang?

Sep 29, 2014


majlis nikah dijadualkan jam 10 pagi.
lepas tu ada majlis tahlil.
diikuti majlis kenduri kahwin. macam biasa bermula lebih kurang jam 12 tengah hari
lepas tu sebelah petang lebih kurang jam 4 akan ada majlis pertunangan.

itu yg abang ngah bagitau jadual majlis di rumahnya.
dia hantas wassap.
kami jadi konfius jugak.
mungkin salah copy paste agaknya.

sebenarnya tak juga.
majlis nikah dan kenduri kahwin untuk anak perempuan no. 2.
majlis bertunang untuk anak perempuan no.3.
senang sekali harung....hehehe

cuma kesian kat masjlis bertunang la sebab majlis kahwin dah overshadow.
tetamu pun dah ramai balik, termasuk jugak sedara mara.
orang pun sibuk berkemas khemah, kerusi dan segala bagai.
cuci pinggan, kemas rumah, bungkus lauk.

tak apalah, majlis kahwin nanti kita buat grand ya...!

waktu kami sampai majlis baru nak mula.
ngam-ngam la.
perjalanan dari nilai ke bahau.,jalan tak jem,
cuma jem kat rumah....tu yg sangkut sikit.

oleh sebab bang ngah dan kak ngah sibuk di pintu masuk menyambut tetamu.
maka kami adik beradik yg lain ditugaskan mengatur majlis supaya berjalan lancar.
pastikan makanan cukup, tetamu disambut dan dilayan semesra mungkin.

oleh sebab kemera hp meragam, ini ajelah gambar yg ada


masa majlis bersanding, aku dan wife 'dipaksa' melayan rombongan pengantin lelaki.
maka, duduklah kami bersama rombongan untuk majlis makan beradab.
majlisnya simple je.
adalah bersanding dan renjis mawar.
ada kompang.
ada muzik latar.

sebelah petang, rombongan dari negeri utara pulak sampai.
untuk majlis bertunang.
simple juga.
yg penting ikut adat kan.


dah habis majlis baru teringat nak mabik gambar ;)






batuk 100 hari

Sep 25, 2014

dah masuk minggu ke-3 hari ni.
aku masih batuk-batuk.
ubat klinik dah telan.
dua kali pergi klinik jumpa doctor.

ubat farmasi dah macam-macam jenis.
yang orang farmasi bagi cadangan.
yang kengkawan bagi cadangan pun aku beli.

sesekali reda dan surut sekejap.
kemudian batuk 'mengokoi-ngokoi' balik.

aku pun dah try petua atau orang kata ubat tradisional.
jugak tak jalan setakat ni.

walaupun sesetengah tu cadangannya macam tak berapa nak masuk akal.
aku turutkan juga, demi nak hentikan batuk.
sebutlah apa saja...
minum madu yg diperah asam limau.
minum air asam jawa yg diembunkan semalaman.
makan kicap (jenama tamin sahaja katanya) diperah asam limau.
makan cuka epal.
kumur-kumur dengan gula batu.
minum air kembang semangkuk.

setakat ni masih belum lagi ada penawarnya...

boss pun dah kata tak payah attend mesyuarat.
duduk je dalam ofis.
heh heh, dia takut mengjangkit staf lain kot.

air cond tak boleh buka kuat di kereta atau kat ofis.
kalau suhu sejuk atau hujan lagilah menjadi batuknya.
sejak 2 minggu ni aku tidur luar je.
tak nak kacau wife tidur pun tak lena dengan gangguan batuk.


********

ini mengingatkan aku pada apa yg dialami oleh bang chik beberapa tahun dulu.
dia mengalami batuk.
yang tak kunjung baik.

macam yg aku buat sekarang ni jugak.
apa saja cara diikhtiarkannya, tapi masih belum baik batuknya.
sehinggalah dia nekad jumpa seorang pengamal perubatan tradisonal....(nama komersial untuk tuk dukun atau tok bomoh.)

orang tu kata.
dia terkena 'batuk 100 hari'.
tak ada ubat.
sebaik sahaja genap 100 hari, batuknya akan hilang atau sembuh dengan sendiri.
aneh, susah nak percaya.
jenuh jugak lah nak tunggu 100 hari.

percaya atau tidak genap 100 hari, batuk bang chik pun hilang.

*********

janganlah percaya bulat-bulat pulak.
mungkin sekadar kebetulan saja.
kita dah cuba. kita dah berusaha.
harap tak hal yg lebih serius.
mohon doa pada tuhan moga cepat disembuhkan....




hari biasa yang tak macam biasa

Sep 23, 2014


hari ni hari selasa.
hari kerja macam biasa.
tapi entah kenapa rasa macam bukan hari yg biasa.

aku rasa lain macam aje.
tak ramai yg lalu lalang depan bilik ni.
di meja belah depan pun macam kosong je.

lalu aku bangun.
menuju ke pintu. meninjau ke luar.
sunyi.
hanya bunyi deru air cond.

aik!
mana pergi diorang ni.
ada fire drill?
tak dengar pun punyi loceng.

keluar lunch?
belum masa lagi.
baru jam 12:40 tengah hari.

jadi aku masuk semula ke bilik.
duduk dan berfikir sejenak.
masih tak puas hati dan hairan.
sebab hari ni tak macam hari biasa.

lantas aku bangun.
menyelak blind tingkap.
aku mengintai dari celahan.
mata melilau ke tempat parking kereta.



kereta boss takde.
maknanya boss pun takde.

lantas aku segera faham.
kenapa hari ni tak macam biasa.


betulkah yang dapat anugerah itu memang cemerlang?

Sep 22, 2014


nampak macam tak puas hati aje kan.
nampak macam jeles aje kan.

bukan begitu.
tidak apa yg nak dijeleskan pun.
yang dapat anugerah pun daripada kalangan kawan-kawan jugak.
lagi pulak kita pun dah pernah dapat itu semua.
tapi yg tak seronoknya.
di kalangan kita sendiri tahu, siapa cemerlang siapa tidak.
siapa rajin, siapa malas, siapa culas.

yang memang selayaknya dapat, kita tabik dan respek.
tapi bila yang tak sepatutnya dapat, dapat juga.
itu buat kita tertanya-tanya sejauh mana telusnya anugerah cemerlang itu?

kalau yang kaki borak, duk jual online, main telefon/internet tak kira masa pun dapat jugak.
yang selalu duk lepak minum kat cafĂ©, asyik mengular masa ofis dan curi merokok kat tangga belakang pun dapat jugak.

maka anugerah cemerlang yang sepatutnya untuk yang betul-betul cemerlang, jadi kurang nilainya pada mata staf yang lain.
dah tak berharga lagilah.
sekadar pelangkap aktiviti tahunan.

pokoknya, siapa yang menilai?
adakah mereka betul-betul kenal orang yang dinilai?

yang dapat itu pun.
tentu tahu yang mereka bukanlah cemerlang mana pun.
kalau kita sendiri tahu kita tak cemerlang, apa perasaan kita naik pentas, nama diumumkan, dapat anugerah dan hadiah pulak.
tak malu ke kepada kawan-kawan kita yang betul-betul cemerlang, tapi tak dapat apa pun...




dilema mak mentua

Sep 12, 2014


kita orang dah plan nak pergi cuti-cuti Malaysia bila cuti sekolah ni.
hotel pun dah tempah.
anak-anak pun dah excited.

tiba-tiba rabu lepas, mak mentua telefon.
dia nak datang rumah.
aduhai punah rancangan.

nak kata tak boleh, dia bukannya selalu datang.
serba salah jadinya weh.
yg lebih tak selesa, wife aku lah.
nak dikata terus terang tak boleh datang sebab dah ada plan lain.
kecik hati pulak nanti

kesian kat budak-budak pun ada
persimpangan dilema ni...

akhirnya semalam buat keputusan.
batalkan aje rancangan cuti sekolah.
mungkin ganti pergi jalan-jalan tempat yg dekat-dekat aje.

********

tup-tup pagi ni dapat telefon.
mak mentua tak jadi datang.

kira, on balik rancangan asal.
wife tengah struggle ni cari penginapan yg masih buka untuk tempahan.
maklumlah cuti sekolah ni tak boleh main redah je.
kot nanti tidur dalam kereta sudahnya.
kalau ada rezeki, adalah....




waterfall nilai

Sep 9, 2014


balik kenduri tu (entri semalam) pergi kejap ke nilai 3.
lagipun kenduri tu di kawasan perumahan dekat dengan kampus USIM.
melencong je ke sana.

cadangnya cari aksesori rumah dan langsir bilik anak dara, erin.
sempat jugak singgah di streetmall.
tapi, macam tak berapa nak happening je kat situ.

pusing-pusing terjumpa air terjun buatan ni.
ok juga untuk latar belakang gambar.
kalau edit atau photoshop dah macam real ni...
keh keh keh...

menantu tauke butik

Sep 8, 2014


dah berkali-kali dia ingatkan wifey.
"you jangan tak datang."
sehinggalah sehari sebelum tu pun dia hantar mesej lagi, mengingatkan..

orangnya tu, tuan punya butik pakaian.
dah lama kenal dan berkawan baik dengan wifey.
sejak dia mula bertatih dalam bidang tempahan baju.
asalnya dia dulu cuma pekerja dengan sebuah butik di KL.
kemudian berhenti, buat bisnes tempahan dan upah menjahit kecil-kecilan dari rumah.

wifey antara pelanggan terawal tempah baju dengan dia.
dan perkenalkan dia pada kengkawan, sedara mara dan jiran-jiran.
bisnes dia makin berkembang dan akhirnya buka butik.
butik tu pulak dah maju dan berjaya.

oleh sebab dah jadi kawan baik dan pelanggan tetap.
wifey biasanya dapat diskaun spesel setiap kali tempah pakaian.

semalam kami pun ke majlis perkahwinan anaknya tu.
huh, memang sesak dengan tetamu.
kebetulan semasa tengah makan tu, rombongan pengantin pun sampai.
menantu lelakinya tu khabarnya anggota polis berpangkat tinggi juga.
padanlah ada pengiring beruniform siap dengan pedang.
diiringi tiupan  bag pipe.
ada jugak konvoi superbike.









pelangi itu adalah kamu...

Sep 4, 2014


malam tadi dia buat-buat tanya.

"mama, esok hari apaaaa?"

mamanya pura-pura jawab

"esok hari khamis..."

dia tak puas hati.
dia tanya aku pulak.

"papa, esok hari apaaaa?"

aku buat-buat jawab

"esok hari sekolah....hari kerja..."

dia merajuk.
mungkin dia ingat kami lupa.
kami tak pernah lupa lah, erin.

aku ada tulis ini pada status fb.
cut n paste kat sini aje la.

"apa perlunya lagi memandang ke langit  mencari pelangi
kerna pelangi itu sentiasa  ada di hati kami
ya, pelangi itu adalah kamu…;)
happy birthday, erin"


ini mungkin yang terakhir . . .

Sep 3, 2014


di akhir meeting petang semalam, takde angin takde ribut.
boss tiba-tiba cakap

"ini mungkin meeting kita yang terakhir..."

ada banyak persoalan dan tanda tanya timbul.

boss nak letak jawatan.
boss dapat offer tempat lain.
boss nak berhenti kerja.
boss naik pangkat lagi tinggi.
boss tukar dengan boss bahagian lain.

kami ahli mesyuarat, saling berpandangan.
suasana jadi hening dan beku...cewahhh

lepas mesyuarat kita orang sambung gossip.
tak siapa tahu hakikat sebenar.
yang pasti.
ada yang gumbira dia tidak lagi jadi boss.
ada pulak yg rasa sedih.
ada jugak yang berbelah bagi.

tapi kan dia cakap...

"ini mungkin..."

haaa, nampak tak permainannya.
'mungkin'

segalanya berkemungkinan....

pengantin merdeka

Sep 2, 2014


memang tak pernah miss la tengok perbarisan kemerdekaan saban tahun.
dulu pernah la pergi tengok live di dataran merdeka.
tapi sekarang ni tengok live di tv aje la.
maka tercongokla depan tv sambil makan nasi lemak yg beli di gerai belakang rumah.
elok la sikit daripada yg sambut merdeka dengan berdengkur sampai tengah hari kan....

tengah hari tu keluar pergi kenduri kahwin.
pengantin merdeka, katanya.
tapi mereka pakai baju pengantin songket la
ingatkan ada surprise pakai baju bendera, jalur gemilang.
elok juga, senang la ingat tarikh.
takde la  bergaduh kemudian hari bila pasangan kita tak ingat tarikh aniversari...hehehe

balik dari kenduri.
singgah pulak shopping complex.
ada merdeka sales.

syukur la negara kita ni aman dan merdeka.

kita merdeka buat apa saja...;)
boleh tengok tv, boleh tidur sampai tengah hari, boleh pergi kenduri atau boleh shopping di hari merdeka...
merdeka, merdeka, merdeka...!!