syawal 1436

Jul 21, 2015


tahun di beraya di pahang. ikut giliran wifey.
kami balik pada rabu. 2 hari lebih awal.
rumah kampung tak berpenghuni.
mak mentua tinggal dengan abang ipar.
kami dua keluarga yg balik awal.
kemaskan rumah sebelum keluar lain balik berkumpul.

hari raya di sana tak macam di nilai.
lomang dah tentu takde. jadi aku beli je.
rendang pun aku request supaya wife aku masak.
sebab di sini yg ada ialah kari ayam.
nasi himpit dan kuah kacang tu adalah.
ketupat yang ori, takde siapa yg sudi nak menganyam.
menu utama di pagi raya ialah nasi dagang pahang style.

wife jadi orang penanggah tahun ni.
sibuk di dapur sementelahan mak mentua dah uzur.
kami beraya cuma satu rumah di kampung.
itu aje yg sempat, itupun rumah jiran.
petangnya kami ziarah pusara.

raya kedua dah balik ke nilai.
singgah di kuantan beraya 2 buah rumah.
sampai di nilai dah malam.

raya ketiga beraya rumah kak lang, andak dan acik.
sekali gus.
malamnya diorang lak datang ke rumah.
isnin, wife dah start kerja.
walaupun aku masih cuti.
dia kena cover pulak kengkawan ofis yng cuti lepas raya.
sebab dia ambik cuti sebelum raya.

tahun ni tak banyak gambar.
tambah pulak kamera henfon meragam.
kebanyakan gambar tinggal dalam henfon wifey je.

yang ni gambar famili di nilai.
kami takde...huhu





1 refleksi:

Irfa said...

samalah, raya kampung aku menu tak sepenuh meja umah mentua di cheras
rendang pun xde, yg biasa mak buat kuah kacang,roti cicah kari ayam , lemang beli je