apa nak buat bila kawan cerita hal rumah tangga

Aug 27, 2015


aku paling tak suka dengar masalah rumah tangga orang lain.
apatah lagi kalau yg bercerita itu...lelaki.
aku tak mahu tahu, kisah mereka.
kau yang kahwin kau pandai-pandai lah setel.

bak kata pepatah lama.
sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak suami isteri.
gaduh, bertengkar, merajuk tu lumrah dalam alam perkahwinan.

tapi...
disebabkan kawan-kawan, adakala terjebak juga.
suka tak suka, kena layankan jugak.
kena pinjamkan telinga dan buka hati.
mungkin mereka tak tahu ke mana nak diluahkan yg terbuku di hati.
dan yg paling penting sebab mereka percaya pada kita.
sebab hal rumah tangga ni, isu sensitif.

jadi kepada mereka yg didatangi untuk dijadikan 'kaunselor' rumah tangga.
jangan salah anggap pula.
mungkin mereka sekadar nak kongsi masalah.
nak luah perasaan terpendam.
atau sekadar nak berkongsi.

janganlah pulak kita jadi batu api.
rumah tangga yang dah goyah boleh jadi cerai berai.

ataupun kita kutuk dia balik.
"haa tu lah kau, akau dah kata dulu jangan kawin dengan dia, kau degil..."
"issh kau ni tak habis, habis gaduh laki bini..."

cubalah jadi orang yg mendamaikan.
kalau tak mampu bagi nasihat.
kau cuba sabarkan dia supaya tak buat keputusan melulu.

paling utama.
jangan sekali-kali kita sebarkan pulak hal rumah tangga kawan kita tu kepada orang lain.


berdebat dengan pak guard

Aug 21, 2015


aku berhentikan kereta betul-betul depan pintu masuk.
park guard ada berdiri di tepi tu.
aku angkat tangan pada pak guard.
dia tunjuk isyarat tak boleh berhenti di situ.

di tepi tu diletakkan kon.
walhal di situ jaga ada papan tanda. 'menurunkan dan mengambil penumpang sahaja'.

aku tetap berdegil.
di datang ke arah aku.

aku buka pintu dan turun.
'tak boleh berenti sini...' katanya meninggi.

'sekejap saja...' aku cuba explain.

'tak bleh, tak bleh..." katanya sambil menggeleng kepala. dan mendepang tangan.
aku tak tahu dia bangsa apa.
nepal, myanmar, indon, vietnam, bangla, india?

terpaksalah aku guna bahasa pelat.

'saya mau kasi turun saya punya kakak.
dia punya kaki sakit,...
tak bleh jalan..."

dia tinjau ke dalam kereta melalui cermin tingkap.

'lu mau kasi turun sini ka, atau lu mau tolong angkat dia turun...
atau lu mau saya report lu punya boss!"

aku dah mula naik angin!
tapi nada suara masih kontrol.

'wokey..wokey. boleh. sikijap...sorry...sorry"

...lalu dia tolong turunkan kerusi roda dari kereta.


gigi yang sakit, kau yang panas

Aug 14, 2015


kalau kita dah lama kerja kat satu-satu tempat.
kita dah tahu banyak benda.
bukan saja pasal kerja, pasal boss.
tetapi paling banyak faham pasal perangai rakan sekerja.

kita tahu, malah mereka pun tahu.
siapa staf paling rajin.
siapa paling malas.
siapa rajin mengular.
siapa kaki kipas.
depan kita lain, depan boss lain.

aku rasa ini terpakai untuk siapa saja.
di mana saja mereka bekerja.
hal universal.

gua tengah panas ni.
mood nak lempang orang.

bukan sebab perangai diorang.
tapi sebab aku sakit gigi.
tak tahu kenapa.
bila kita sakit gigi.
mood nak lempang orang memang melampau-lampau.

kaka cleaner masuk bilik nak buang sampah pun kita jeling semacam.
telefon berdering pun rasa nak hempas.
kawan buat joke pun rasa tak kelakar.

aduhai....

apa kena-mengena hal aku sakit gigi dengan perangai kawan satu ofis?
itu la.
bila sakit gigi,
habis semua benda yg tak puas hati keluar....hahaha

open house raya kampung den

Aug 10, 2015


alhamdulillah.
kalu lambat update nanti dah kurang panas dan serinya.
semalam berlangsung open house raya kampung aku dengan lancar.
dah jadi acara tahunan nampaknya yg ditungu-tunggu.
tahun ini luar biasa ramainya. sampai sesak dan jem kampung ni.
terima kasih kepada sedara mara sekampung, kampung jiran, sedara-mara, kawan-kawan dan penduduk sekitar kampung termasuk nilai, labu, salak dll.
kalau ada kekurangan dan tak terlayan dengan baik, harap dimaafkan.

kali ni ada jemput artis, black. yang sempat nyanyi lagu raya dan lagu-lagu hitsnya.
dia datang dengan isteri dan anaknya.
pengacara majlis dan buat lawak ialah ebby yus yg sporting tak lekang dengan loghat nismilannya.
datuk seri shafie apdal pun sudi datang sebagai vip.
sempoi je, siap karok lagu yg diubah lirik atas permintaan penduduk kampung.
ada jugak bekas pemain badminton, hafiz hashim. 
ada jugak hanis suraya dan suami dan ramai lagilah.
wak doyok yg khabarnya juga nak datang, tapi tak dapat hadir pada saat akhir.
selain tu ada band akaustik, rayyan band. nyanyi lagu bertemakan hari raya.

makannya disediakan port.
main menunya, nasi beriyani berlauk.
lemang dan nasi himpit rendang serta kuah kacang.
cendol....songkok tinggi dari jiboi yg femes tu.
ada mee kari.
sate, kuih muih, char kuey tiau, rojak buah dan jambu batu potong.
apam balik, tosei.
pendek kata, pelbagai pilihan makanan la.

inilah sebahagian gambar.
ini je yg sempat....sibuk da melayan tetamu yg ramai.
terima kasih, taun dopan kalau ada rezoki kito buek dan datang laei yo




black kena kerumun

ds shafie pun sudi hadir

ebby yus dgn kelakar nismilannya

black mengalunkan lagu

mana mungkin....

spoting ds shafie karok 1 lagu atas permintaan org kampung

rayyan band



kak ti

Aug 5, 2015


aku panggil dia kak ti.
sejak aku masuk kerja di sini, dia dah ada.
katanya dia kerja di kompeni ni sejak lepas spm lagi.
esok last day dia kerja.
dah tiba masa bersara. masa untuk berehat.
dah 40 tahun kerja.

no more kak ti yg datang awal pagi.
yg bukakan pintu ofis setiap hari
yg rajin datang bilik aku layan borak.
yg tolong kemas kini fail aku.
yg tolong poskan parcel aku.
yg faxkan dokumen aku.
yg tolong angkat telefon.
tolong coverline bila boss tanya...hehe

mulutnya mungkin sedikit riuh.
tapi hati budinya tinggi.
baik hati.

yg pasti, aku akan kehilangan seorang kakak
tentunya dalam hari-hari mendatang suaranya itu akan tiada lagi.
selamat bersara kak ti.
jaga diri baik-baik.
jaga kesihatan ya...