sekadar simpati mampu kuhulurkan

Oct 7, 2009

pagi tadi aku berbual dgn abg s. abg s jgk rakan seofisku. dia singgah sebentar di ofis, bukan utk kerja tapi utk mandi & menukar pakaian, sebelum ke hospital semula. sepanjang mlm tadi dia tk tidur. isterinya sdg sakit tenat di hospital. menderitai kanser. abg s menceritakan keadaan isterinya. air matanya bergenang. aku tumpang sedih & simpati.

abg s seorg yg baik. rajin bekerja. lurus. sejak lebih setahun lalu dia menjaga isterinya yg terpaksa berulang laik ke hospital mndptkan rawatan. kadang2 abg s terpaksa ambik cuti utk menguruskn isterinya. makan, minum, pakai isterinya dijaga dgn baik. sebelum ke tempt kerja, abg s akan menyediakan makanan atau memasak utk isterinya yg hari demi hari semakin lemah.

aku panjangkan kata semangat pdnya. aku ceritakan pengalamanku. arwah mak dulu pun menghidap kanser. malah doktor meramalkan jangka hayatnya cuma 6 bulan slps kanser dikesan pd tahap 4 & selps dibedah. ttp arwah mak bertahan hampir 2 thn slps itu. takdir, qadak & qadar tuhan, tiada siapa yg boleh menghalangi.

bagi yg punya kaum keluarga atau org terdekat, yg menghadapi kanser, pastinya faham penderitaan pesakit. aku dulu kehilangan kerja demi org tersayang, arwah mak, kerana majikan aku langsung tdk prihatin & faham duduk perkara sebenar. aku masih ingat kata2nya "i tak faham mentaliti org melayu, org sakit pun mau ambik cuti. bukan mati pun". "we are doing business here, personal matters is non issue","kerja lebih penting ke, masalah peribadi lebih penting?". personal matters & masalah peribadi yg dimaksudkan ialah, aku sering ambik cuti utk menguruskan rawatan arwah mak. aku pilih mak dpd kerja. bagiku, kerja atau rezki boleh dicari, seorang emak tiada galang gantinya. jadi aku ambik keputusan berhenti 24 jam. aku katakan pd bossku "you take care of your business, i'll take care of my mother. one day you'll regret what you have said to me. kalau you kena kanser, i akan tepuk tangan".

buat abg s & keluarganya, sabar dan redhalah. . .

angkara sebuah basikal

Oct 6, 2009

koleksi duit raya mrk tahun ni menjangkau lebih rm250.
aku pasti mrk sudah merancang sesuatu.
ahad lps aku tanyakan pd mrk, apa yg nak mrk buat dgn duit raya?
simpan. beli mainan. beli basikal.
ya, beli basikal mendapat undian paling tinggi.
dah lama mrk tk punya basikal.
pernah beberapa kali mrk merengek, minta dibelikan.
rakan2 sebaya memilikinya, hampir seorg satu basikal.
bukan kedekut. bukan tak kesian.
tapi sbb mrk tk capai KPI yg ditetapkan.
penanda arasnya ialah pencapaian di sekolah. periksa, result bagus >>> dpt basikal
mungkin aku letakkannya terlalu tinggi. tak tercapai dek mrk.
bukan mrk tk pernah ada basikal. malah sudah beberapa kali tukar ganti.
semuanya jahanam!
rim bengkok. spoket pecah. tempat duduk tercabut. rantai putus. tayar bocor usah ceritala. . .
aku jadi serik.
sbb tu aku letak KPI.
tapi mrk bijak. sanggup korbankan duit raya. utk basikal.
tak sampai hati. . .
mlm tadi kubelikan satu basikal. dgn syarat, berkongsi, bergilir-gilir.
spt diduga . . .keputusan yg silap. mrk berebut. bergaduh.
hari ini, aku kena belikan 2 lagi basikal!

teka teki apakah ini

hari itu, aku beranikan diri menefonnya.
dia jawab. tapi sekadar acuh tak acuh.
berlainan sekali sikapnya. seminggu lepas. mesra. mcm dh lama kenal.
mengertilah aku. dia tdk hendak melayaniku.
lantas kuringkaskan perbualan kami.
keputusan kuambil. takkan ku telefonnya lagi. muktamad.

satu mlm, seminggu lepas itu. kuterima panggilan dpdnya.
aku jawab. tapi sekadar acuh tak acuh.
mengertilah dia. aku tdk hendak melayaninya.
lantas diringkaskannya perbualan itu.
mungkin dia sudah ambil keputusan. takkan menelefonku lagi. muktamad.

tidak...
mlm tadi. ku terima panggilan dpdnya lagi.
kali ini, aku melayaninya.
kami berbual panjang. mesra. seperti sudah lama kenal.

orang tua itu . . .mak tua aku

Oct 5, 2009

org tua itu adalah kakak sulung kpd arwah abah.
mak tua gelaran yg sama spt mak long.
dialah satu2nya anak perempuan dpd adik-beradik belah abah.
berapa agaknya usia, mak tua. sedang arwah abah pun sudah meninggalkan kami sejak 22 thn lalu pd usia 62 thn.
kalau dicongak kira pun, paling kurang usia mak tua ialah dlm lingkungan lewat 80-an. mungkin jugak 90-an.

sudah bnyk tahun aku tdk bertemunya. sejak dia meninggalkan kampung utk tinggal dgn anaknya. iyalah, di kampung, dia tinggal seorang diri. anak2nya semua sudah berhijrah keluar. sudah berkeluarga. sudah ada rumah sendiri. mahu tak mahu, mak tua mengikut saja. usianya dh lanjut. sakit pening perlu, ada yg jaga.

raya tahun ni aku berkesempatan berjumpanya. matanya sudah kabur. telinganya sudah kurang mendengar. tak larat nak berdiri, berbaring saja. dia sudah tdk mengenali aku. apabila ku kenalkan diriku, dia hanya memandang tepat mataku. cuba mengingat kembali. tapi ingatannya ternyata kosong. sifar.

"maap mak tuo tk konal. tak ingat. dah tuo". jelasnya padaku. dgn linangan air mata. tapi dia tahu, aku anak siapa. aku anak buahnya. anak kepada arwah adiknya.aku tk kisah. yg penting aku kenal dia. aku ingat dia. aku jumpa dia sesudah bertahun-tahun tdk melawatnya. aku rasa bersalah. anak2nya jugak tdk pernah membawanya pulang ke kampung melawat saudara mara. tapi dia kan dah tua. sukar untuk dibawa ke sana ke mari krn sudah uzur.

aku rasa syukur. hajatku termakbul. utk jumpa mak tua pd raya thn ni. kalau ada umur kita jumpa lagi. kalau tdk aku pasrah . . .

van cabuk, perangai busuk

pagi td ketika memandu ke ofis aku dihimpit 2 kali olh van cabuk yg sama. sekali ketika menyusur masuk dr jln sg besi ke lebuh raya salak selatan menuju ke p.j. van varna kelabu dr arah kiri memasuki lorong laluanku tnpa memberi sebarang signal. olh sbb aku memandu agak perlahan di lorong paling kiri, sempatlah aku membrek & beri laluan secara terpaksa pdnya. meski sedikit sakit hati melihat cara pemanduannya. kemudian aku perhati, dia menyusur masuk ke lorong paling kanan, lalu hilang dpd pandangan, di celah2 kesibukan trafik. aku kembali tenang, sambil mendengar lagu di radio & celoteh d.j.

memasuki susur masuk lebuh raya persekutuan, kenderaan mcm biasa, lebih sesak & lebih bnyk pd hari isnin. ketika hampir ke jln susur kerinci menuju pantai baru/bangsar, tiba2 muncul sebuah van dr sebelah kiri, yg merupakan laluan ke kerinchi link. memotong barisan. van yg sama. van kelabu. van cabuk yg menghimpitku sebelum ini. sekali lg tanpa signal, terus menghimpit masuk, selang sebuah kereta di depanku. tk ke mana rupanya. cilok sana, celah sini tp masih di blkngku yg memandu mcm biasa, tdk tergesa2. aku mula menyumpah dlm hati sbb sakit hati.

yg menjengkelkan, van tsbt juga melalui laluan yg sama. menyusur masuk ke kiri menuju jln pantai baru/bangsar. aku pulak berada betul2 di blkgnya sekarang. sebaik lampu isyarat bertukar hijau, van itu segera bergerak. tanpa disedarinya ada sebuah motosikal yg cuba memotong dr sebelah kiri, mencelah dr sisi van. itu menyebbkn van tersebut terlanggar motosikal berkenaan. motosikal & penunggangnya tergolek jatuh. pemandu tu memberhentikan vannya. nampak sedikit panik. segera turun melihat apa yg berlaku pd penunggang. aku tengok penunggang tu tklah cedera. yg cedera mungkin egonya sj. maklumlah jatuh terduduk di bahu jln. itulah akibatnya, masing2 nk cepat, tergesa-gesa mcm kenderaan lain tk wujud. melihatkn tdk ada apa2 yg serius aku pun berlalu pergi . . .meninggalkan pemandu van & penunggang motor yg kelihatannya bertekak, saling salah menyalah, saling tuduh-menuduh. bg aku, kedua2nya salah. 'padan muka' itu mungkin paling sesuai!

ubi kayu rebus cecah sambal tumis petai

Oct 4, 2009

sepnjang musim raya tahun ni, aku dah kunjungi bnyk rumah, sedara mara, sahabat handai, jiran tetangga. pelbagai juadah yg dihidangkan ada yg dimasak sendiri oleh tuan umah, ada yg guna khidmat katering.

negara kita memang mewah dgn pelbagai jenis makanan. sedap-sedap belaka. terpulang pd perut sama ada mampu menampungnya. kadang2 tu dlm sehari, samapi 3-4 buah rumah yg dikunjungi. sbg tetamu yg dijemput, seboleh-boleh akan hadir. bila dh dtg, kenalah makan. bila dah mkn susah nak berhenti, sbb semuanya enak2 belaka!

daripada makanan tradisi spt ketupat, rendang. hinggalah masakan yg berat spt nasi tomato, nasi beriyani. pelbagai mi, spt mi rebus, mi kari, laksa, soto, roti jala dsb. kuih muih usah ceritalah, sampai tk tahu namanya.

semlm aku hadir di sebuah rumah kwn. selain nasi tomato yg dihidang aku tertarik dgn ubi kayu rebus yg disertakan dgn cecah sambal tumis ikan bilis + petai. seingat aku dah bertahun-tahun tk makan ubi rebus ni, apalagi disediakan dgn sambal tumis. apa lagi, berkali-kali aku tambah ubi rebus dgn sambal ke dlm pingganku. hal ini disedari oleh tuan rumah itu sendiri. hinggakan dia memberiku bekal ubi rebus & sambal tumis utk dibwk pulang. ketara sgt nampaknya!

anak-anakku yg berasa pelik. apa 'istimewanya' hidangan itu bagiku. malah mrk tak kenal pun, apakah itu ubi kayu. pokoknya pun mrk tak tahu mcm mana rupanya. . . arghh, anak2 sekarang! ruginya mereka tk menikmati makanan yg enak.

musim rumah terbuka kembali lagi

Oct 3, 2009

aktiviti sepanjang hari ini:
1.
rumah jiran. mkn tengah hari. 1:00-1:40 pm. menu utama - nasi beriyani. kuih-muih, nasi himpit dgn kuah kacang & rendang, buah-buahan dan minuman pelbagai jenis.
2.
ke rumah seorg kwn seofis di shah alam. 2:30-3:30 pm. menu utama - mi rebus, nasi himpit + kuah kacang, kuih muih, buah-buahan.
3.
ke rumah usu di kemensah height. 4:45-5:30pm. menu - nasi tomato, nasi lemak dgn lauk pelbagai, ketupat palas, pulut kuning dgn rendang + kuah kacang, kuih muih, buah-buahan, pelbagai jenis minuman.
4.
ke rumah anjang di sri gombak. 6:00-7:00pm. menu - laksa johor, rojak, cucur udang, kuih-muih, buah-buahan & pelbagai minuman.

ada dua lagi jemputan di keramat & petaling jaya pd hari sama, tk dpt dipenuhi sbb kesuntukan masa & kesenakan perut!

pantun dua kerat

Oct 1, 2009

aku tergelak besar mlm tadi.
puncanya 'pantun' yg dicipta oleh erin, anak kecilku yg berusia 6 thn.

"dua tiga ayam berlari
kenapa kejar ayam, sebab tu la dia lari . . ."

sbb tula aku suka melayan anak2 kecil. mrk spontan & jujur. tk mcm org dewasa, penuh muslihat, pura-pura, lain di mulut lain di hati