- popia dan cucur udang spesel kak lang -

Jul 15, 2013


...dah 5 hari berpuasa.
insya-Allah hari ni masuk yang ke-6.
setakat ni eril, erol dan erin masih bertahan.
mungkin kalau hari sekolah, lebih mudah.
sabtu & ahad, sebab duduk sepanjang hari di rumah, agak mencabar sikit.
dan hari cuti pun terasa lebih panjang.

sabtu, berbuka di rumah kak lang.
kak lang buatkan popia basah dan cucur udang.
popia, yg intinya padat macam nak terkeluar.
cucur udang, yg rangup dan setiap satunya ada udang tersembul.
bukan cucur udang yg takde udang macam kat bazar Ramadan.
itu cucur 'perasa' udang, bukan udang sebenar....ha ha ha

aku cuba jugak bayangkan.
kalaulah kak lang buka gerai popia atau cucur udang di bazar Ramadan.
gerenti pelanggan sanggup beratur panjang, nak beli.



kita selalu mengeluh, bila balik bazar Ramadan.
bihun sup yg cair dan tawar.
nasi ayam yg ayamnya ciput, bagai dikerat 44.
kuih karipap yg intinya cuma separuh.


********

kat masjid aku, tengah-tengah solat terawih ada tazkirah.
biasalah, ada setengah masjid buat, ada yang tak buat.
kengkadang bila dengar tazkirah.
buat kita kata dalam hati "bila nak habis ni..."
bukan sebab isi tazkirah tu, tapi sebab penyampaiannya tak menarik.
kengkadang seronok juga, "biar panjang sikit pun tak pe..."

malam tadi tazkirah pasal reda (ikut ejaan DBP)
ada orang sebut redha atau redho.
sama je maksudnya.

termasuklah pasal apa yg kita makan.
kalau kita beli bihun sup yg cair dan tawar...redha.
terbeli nasi ayam yang ayamnya ciput...redha.
karipap yg intinya separuh...redha
jangan merungut atau mengeluh.
mungkin bukan rezki kita nak dapat makan yg sedap.
walaupun nampak je sedap masa kat gerai, sebab perut lapar.

kalau kerja di KL, tersangkut dalam jem.
tak sempat berbuka di rumah.
berbuka dalam kereta dengan air mineral atau air kotak je...redha.
ini untuk kengkawan satu ofis dan sewaktu dengannya.

dalam kes macam aku.
terpaksa redah jem di KL untuk balik ke nilai, hari-hari.
berhimpit, bersesak, cilok-mencilok.
semata-mata nak berbuka puasa dengan eril, erol dan erin di rumah.

tak perlu nak mengeluh atau merungut.
redha...


- catatan terawih day 1 -

Jul 11, 2013


wah  bagus, terawih semalam.
masjid penuh.
kalau penuh sampai ke hujung ramadan, lagi bagus.

seronok tengok, kecik, besar, tua muda, lelaki perempuan datang berduyun-duyun.
aku rasa ruang jemaah muslimat tu kena bagi besar sikit.
ramai, kesian berhimpit-himpit kata wifey.
hah tahun ni, ramai pakai telekung kaler-kaler.
trend baru, katanya....

yg bawak anak pun ramai.
tapi tolong lah make sure diorang datang untuk terawih jugak.
bukan datang sebab takde siapa nak jaga kat rumah
bukan main-main dan buat bising kat belakang.
tiap kali nak terawih, pak imam dah ingatkan.
tapi macam tu jugak...

satu lagi pasal parking.
kalau dah tau datang lewat tu faham-faham la.
parking la jauh sikit. apa salahnya.
ni nak parking tepi tangga masjid jugak.
janganlah main double parked.
pikirlah orang lain sama.


*********

malam ni ada hafiz muda pimpin solat terawih.
semalam pak imam dah buat hebahan.
jadi, kenalah kontrol sikit makan berbuka nanti.
biasanya yg muda ni laju sikit...!
pancit pulak nanti...:)

- hal raya simpan dulu la -

Jul 10, 2013



"slm. mlm ni meeting. lps terawih. dkt wakaf tmn permainan. psl jamuan raya"

aku terima sms daripada setiausaha persatuan penduduk, tengah hari tadi.

hari ni hari pertama puasa.
1 ramadan

berentikanlah aktiviti dunia ni buat sementara.
hal nak sambut raya kita tunggu dulu.
itu pun payah sangat ke nak faham...

lagipun bukan ke baru minggu lepas kita buat majlis tahlil nak sambut puasa.

- jangan asyik ingat taon dopan ado laei -

Jul 9, 2013

petang semalam
di gerai goreng pisang. dekat dengan rumah.
"bang, ari ni last niaga. esok dah tutup.." kata 'adik' jual gorang pisang, yg aku antara regular customernya.
ramah macam selalu.
"oh ya ke..." jawab ku
"nanti datanglah bazar Ramadan, kita org ada bukak gerai.." pelawanya.
"owh...ada bukak gerai jugak...jual apa? tanyaku bersahut.
"jual kuih-muih je bang. tapi takde la goreng pisang..." jelasnya sambil tersengih.
 
pagi tadi.
di kedai mamak, dekat dengan ofis. aku jugak regular customer kat situ.
"bulan puasa still bukak ka..?" aku tanyakan pada mamak kasyier.
"biasa bukak la, tapi esok pagi tutup.." jawabnya
"Oooo. jadi petang bukak la..."aku tak berapa jelas.
"tutup jugak. satu bulan puasa kasi tutup jugak. sebab mau renovate ini kedai..." dia nak bagi aku jelas.
bagus gak mamak ni. tutup sempena Ramadan.
aku cakap dalam hati
 
********
 
pace yourself carefully, jangan terlalu laju di peringkat awal nanti pancit di tengah jalan...biar mula dengan perlahan asalkan istiqomah...tingkatkan kuantiti dan kelajuan step by step...
 
kumpulkan kekuatan dan momentum untuk fasa 10 terakhir dan kalau boleh lajak hingga bulan-bulan seterusnya.
 
pelihara pahala puasa dengan menjaga lidah (percakapan) dan mata (pandangan). gandakan pahala puasa dengan zikrullah, membaca al Quran, qiamulail, sedekah & memberi makan orang berbuka. kalau rumah anak-anak yatim jadi favourite orang korporat, kita mulakan dengan jiran & kerabat terdekat.
 
elakkan membazir ketika berbuka..makanlah sikit-sikit, janganlah sikit-sikit nak makan.. tingkatkan ilmu supaya puasa tahun ini lebih baik dari sebelumnya, dan ibadat hari ini lebih kualiti dari semalam.
 
marilah kita berusaha menambah ilmu sesuai dengan peningkatan usia. takkan badan dah bosa masih naik basikal kocik laie.
kalau ilmu dunia dah tahap PhD tak sesuai lah jika ilmu akhirat masih tahap tadika atau sekolah rendah lagi.
 
sekadar peringatan untuk diri sendiri.
 
 

- moga ramadan kali ini lebih sempurna -

Jul 8, 2013


eril dah 2 tahun berturut-turut puasanya penuh.
erol ada jugak sehari dua yang 'berlubang'.
erin pun puasanya tak penuh.

tahun lepas aku bagi rm50 seorang sebagai 'upah' puasa.
eril macam tak puas hati.
tak puasa penuh pun dapat sama gak, katanya.
sebenarnya tu bukan duit 'upah' puasa.
tapi duit raya....
upah yg aku maksudkan tu sebagai galakan supaya diorang puasa.

aku tak pernah pun paksa diorang ni puasa.
sampai masanya, diorang akan faham tanggungjawab nak puasa.

masa aku kecik dulu, arwah mak dengan abah pun macam tu jugak.
cuma kalau tak puasa, tak boleh join makan masa berbuka nanti.
itu je dah cukup buatkan kita rasa tercabar...
jadi kuatkan jugak semangat, sampai melepek pun takpe.
asalkan puasa dapat bertahan dan berbuka ramai-ramai.
selalunya bulan puasa, arwah mak akan masak spesel sikit.
iyalah, dulu bazar ramadhan tak meriah macam sekarang.

sesekali, sebak jugak mengenangkan yg sudah tiada.
tatkala bila ramadhan menjelmakan diri.
tapi bila dikelilingi keletah anak-anak, terhibur rasa jiwa ni...

insya-Allah, 2 hari lagi kita akan sambut ramadhan.
bulan untuk memperbanyak ibadah dan muhasabah diri.
bukan bulan untuk memperbanyak makan waktu berbuka.
mentang-mentanglah juadah banyak di bazar ramadhan.
bukan juga nak shopping sakan untuk raya.
sebagai alasan nak melaram untuk raya termasuk tukar langsir rumah.



- gambar tu buat aku rasa bersalah -

Jul 5, 2013


ishh... engkorang ni buat aku rindu la.
bukan rindu pada orangnya.
tapi rindu pada masa dulu-dulu.

tiap kali kengkawan lama tagged gambar di fb atau medium lain, macam-macam rasa timbul!
rasa terharu, sebab teringat peristiwa bersama mereka.
rasa bersalah, sebab lama tak contact mereka.
rasa kelakar, sebab tengok muka gonjeng.

ada gambar yg kita memang tak pernah tengok, tapi sebenarnya wujud.
ada gambar yg dah hilang daripada simpanan.
maklumlah, dulu gambar kita simpan dalam album.
sekarang ni boleh simpan dalam banyak cara.
dlm henfon aje dah ada beratus gambar.


yang ni fieldwork di kota bharu.
paper prof hasmah. kajian di rumah rakit.
tak pasti, ada lagi tak rumah rakit di tebing sg. kelantan tu.
nama je rumah rakit tapi lengkap ada bekalan elektrik, ada tv, fridge, perabot.
rakitnya ditambat dengan tali ke pokok besar di tebing sungai.
lantainya buluh (rakit), dindingnya papan, atap zink.
aku cuba jugak bayangkan tinggal di rumah rakit, terapung-apung je...



ini pulak grup yg buat fieldwork di terengganu.
paper dr fuad, lecturer muda dan diminati student perempuan.
kajian tentang pengaruh politik ke atas masyarakat setempat.
yang ini cabarannya kami tinggal di sebuah chalet tepi laut di marang.
masa tu pulak musim tengkujuh dan banjir.
nak siapkan kajian dalam masa 3 hari, kutip data, buat analisis & terus serah assignment sebelum balik
memang kerja gila.
3 hari jugaklah kami tak tidur atau tidur-tidur ayam je...

nak temu bual orang bukan senang.
kena marah, tak dilayan, malah tutup pintu ingatkan kita ni salesman atau mintak derma.
tapi ada jugak yg layan baik, siap jamu makan sekali.

aduhai. dah bertahun berlalu.
tapi boleh ingat dengan detail.

haish...kenangan kembali menggamit.
buat aku senyum sorang-sorang.

- pakej istimewa 4 hari 3 malam -

Jul 2, 2013


dari khamis ke ahad minggu lepas, aku kena bertindak sebagai 'mr mama' aka bibik selama 4 hari.
sebabnya wifey terbang ke Singapore atas urusan kerja, katanya.
kalau ke Singapore atas urusan kerja bertembung pulak dengan hujung minggu.
maka haruslah sambil menyelam minum air.
'terpaksalah' buat road tour atau lawatan kerja ke pulau sentosa atau universal studio.

samalah kalau kita pergi seminar atau kursus ke langkwai.
pakej seminar disertakan lawatan ke cable car, underwater world, pantai chenang,  idaman suri atau sykt hj ismail.
boleh lah bawak balik coklat dan pinggan mangkuk. paling tidak, minyak gamat atau t-shirt.

aku terpaksa ambik cuti.
iya lah kalau tak, siapa yg nak menguruskan anak-anak nak pergi sekolah.
kalau tak berkejut pagi-pagi, mandi, bersiap. mahunya tidur sampai tengah hari.
kalau tak disiapkan uniform, tentu ponteng lah jadinya.

rumah pun kenalah disapu. dikemas.
pinggan kenalah dicuci. bunga disiram.
baju kenalah basuh, kalau tidak masam dan berkulat nanti.
cuma kalau nak makan minum, ada pilihan kedai makan yg banyak.
itu bukan masalah besar.
paling malas, masakkan aje megi.

bagi aku. itu bukanlah masalah besar sangat.
sesekali, bukannya hari-hari.
selama ni pun wifey yg uruskan semuanya.
biarlah dia enjoy pulak dan dibebaskan dari kerja rumah.
bila memikir 'kerja suri rumah' yg banyak dan tak putus-putus menjadikan kita insaf dan muhasabah diri...ceewaah!

lagipun bukannya pertama kali kena tinggal.
dah ada pengalaman, dah boleh agak apa yg kena setelkan.
anak-anak pun tak berapa nak kesah.
malah mungkin mereka rasa 'merdeka' sikit.
takde dengar 'ceramah' mama mereka.


perfume, cap & t-shirt - hmmm...lumayan jugak upahnya ;)