takkanlah desperate sangat bank ni

Jul 24, 2015


aku rasa, bank sekarang ni dah desperate agaknya.
lewat bayar sikit, diorang call.
walaupun bukannya 3-4 bulan tak bayar.
terlepas due date je pun.
dulu takdelah macam ni.
makin menjadi-jadi pulak.

hari ni ada satu bank call.

bank: bayaran untuk bulan julai belum dijelaskan.

aku: so

bank:  due date hari ni

aku: dah berapa bulan saya tak bayar?

bank: untuk bulan julai sahaja

aku: ok nanti saya bayar...

bank: bila incik boleh bayar?

aku: bila incik dapat gaji?

bank:hujung bulan. kenapa?

aku: saya pun dapat gaji hujung bulan...

bank: jadi encik bayar hujung bulan la...

aku: awak bayar hutang pun hujung bulan jugak kan

bank; ok. ok (letak phone)

carilah yang hutang juta-juta tu.
kejarlah yg hutang overlapped 3-4 bulan tu kan.
orang macam aku yg lurus bendul bayar tak pernah miss ni lewat sikit, abaikan ajela.
ni tidak.
dok kejar jugak....haishhh!

syawal 1436

Jul 21, 2015


tahun di beraya di pahang. ikut giliran wifey.
kami balik pada rabu. 2 hari lebih awal.
rumah kampung tak berpenghuni.
mak mentua tinggal dengan abang ipar.
kami dua keluarga yg balik awal.
kemaskan rumah sebelum keluar lain balik berkumpul.

hari raya di sana tak macam di nilai.
lomang dah tentu takde. jadi aku beli je.
rendang pun aku request supaya wife aku masak.
sebab di sini yg ada ialah kari ayam.
nasi himpit dan kuah kacang tu adalah.
ketupat yang ori, takde siapa yg sudi nak menganyam.
menu utama di pagi raya ialah nasi dagang pahang style.

wife jadi orang penanggah tahun ni.
sibuk di dapur sementelahan mak mentua dah uzur.
kami beraya cuma satu rumah di kampung.
itu aje yg sempat, itupun rumah jiran.
petangnya kami ziarah pusara.

raya kedua dah balik ke nilai.
singgah di kuantan beraya 2 buah rumah.
sampai di nilai dah malam.

raya ketiga beraya rumah kak lang, andak dan acik.
sekali gus.
malamnya diorang lak datang ke rumah.
isnin, wife dah start kerja.
walaupun aku masih cuti.
dia kena cover pulak kengkawan ofis yng cuti lepas raya.
sebab dia ambik cuti sebelum raya.

tahun ni tak banyak gambar.
tambah pulak kamera henfon meragam.
kebanyakan gambar tinggal dalam henfon wifey je.

yang ni gambar famili di nilai.
kami takde...huhu





kenangan raya zaman retro

Jul 14, 2015


dulu masa kecik-kecik bila time nak raya mesti kena gunting rambut.
entah kenapa, antara benda paling tak suka masa kecik dulu bila kena gunting rambut.
rambut terasa 'gonjeng'.

masa nak buka sekolah lepas cuti panjang tu memang kenalah.
sebab silap-silap kalau rambut panjang kena denda dengan cikgu disiplin.
kena denda takpela juga, kalau kena gunting pakai 'ketam' rambut tu.
rambut pun jadi tak senonoh. mcm kena gigit tikus...

time nak raya, kononnya biarlah rambut panjang sikit.
nampak macam orang dah besar.
boleh buat rambut 'pesen-pesen' sikit.

tapi dengan arwah abah, dah jadi hukum paksa.
rambut pendek nampak kemas, katanya.
kalau boleh macam pesen rambut dia.
rambut polis!

kami akan dihantar ke satu kedai ni.
bukan...sebenarnya itulah satu-satunya kedai rambut yg ada.
dan tukang guntingnya hanya seorang.
kalau time raya ni, jenuh jadinya jadinya tunggu giliran.

kau cakaplah pesen apa yg kau nak.
dia akan kata 'no problem...'
tapi sudahnya pesen yg itu-itu jugak.
sepesen je kalau tengok yg keluar dari kedai tu....hahahaha

nak tahu berapa kena bayar satu kepala?
seringgit je!

beginilah rupa kedai gunting dulu-dulu.
hari tu sempat ambik gambar set ni masa diorang buat deko untuk raya di mid-valley KL.





kisah bazar lagi . . .

Jul 8, 2015


hujung minggu hari tu ke bazar ramadhan semarak, nilai.
kali ni erin ikut sama.
hujung minggu rilek sikit tak payah tergesa gesa nak ambik erol balik dari sekolah.
hari kerja, sudahlah jem  berkejar dari KL ke nilai pulak tu.

macam biasa erin request macam-macam.
kepak ayam la, ayam gunting la, tepung pelita (pelik juga cemana dia minat kuih tradisional ni), roti john, kebab.
tapi tak semuanya aku belikan.

sampai satu gerai yg jual lauk.
dia terhenti kat situ.
aku tanya'nak apa erin..."
dia diam aje.
aku tarik tangan dia nek gerak tempat lain. dia bertahan je.
aku tau ada sesuatu yg dia nak.
memang dah masak perangai dia tu.
walau tak cakap, kalau dah kaku macam patung tak gerak tu.
memang ada lah hajatnya.

matanya tajam pada satu bekas.
ketam goreng.
'erin nak beli ketam tu ya..."
dia angguk je.

'bagi ketam ni sekor kak..."
tak pulak aku tanyakan harga.
iyalah, anak punya pasal. apa nak kisah harga, kononnya.
aku jangka taklah mahal sangat.

bila dia hulur ketam yg dah dibungkus
aku pun tanya 'berapa?"

"18 hinggit...!"

"berapa...?" aku tanya sekali lagi.
macam salah dengar je.

"18..."

mak, aaii...

terus bayar dan blah.
taknak lah merungut dengan erin.
bukan salah dia pun.
tapi dalam hati, merengus la jugak.


**************

esoknya. ahad.
pergi pasar di mydin
beli ketam
suruh wife aku masak.

tak sampai rm20.
dalam 4 ekor
boleh dapat satu periuk besar
sedap. puas hati.
yang penting takdelah sakitnya tuh di sini...!






masak lomak tempoyak pucuk ubi + petai

Jun 23, 2015


semalam singgah bazar ramadan.
ternampak satu kedai ada jual antara masakan feberet.
masak lomak tempoyak pucuk ubi + petai.

lama dah tak merasa.

'nak yang tu...' sambil tunjuk.

"nak berapa bang..." tanya brader yg jual.

"3 ringgit lah..."
bukan nak banyak mana pun fikir aku.
sebab terliur je ni.
lagipun aku rasa takkan la  mahal sangat harganya.

"3 ringgit tak dapat la bang..."
jangkaan aku meleset nampaknya.

"paling kurang 5 ringgit.
ni satu senduk besar ni kira 5 ringgit la...."
hamboi mahal nyeh...
banyak pulak tu.



oleh sebab dah teringin sangat.
...dan dah ter'order' pulak.
aku angguk ajelah.

lenkali aku dah tak singgah la gerai tu.
soryyla brader!

balik awal di bulan puasa

Jun 22, 2015


rata-rata banyak ofis yg benarkan stafnya balik awal pada bulan puasa ni.
ada jugak yg masih kekal waktu bekerjanya.
staf kerajaan lebih untungla,
ada yang diberi pelepasan 1 jam lebih awal.

kalau kompeni swasta, nasib baik kalau diberi balik setengah jam lebih awal.
di KL ni, walau diberi balik awal sekalipun.
jalan yg jem pun start awal jugak...
nasib badan la kan.
itulah yg aku lalui setiap hari.sementelah rumah jauh di nilai nuuuun
masih syukur la sempat jugak berbuka dengan famili.
walaupun hari pertama tu nyaris je terlepas.

tak payah la nak compare dengan brunei pulak.
kerajaan brunei isytihar boleh balik seawal jam 2.30-3.00pm

maka ramailah berkongsi berita tu.
alangkah baiknya duduk brunei.
malaysia patut ikut sama
boleh balik awal.

kata mereka boleh banyakkan ibadah.
banyakkan ibadah ke, nak banyakkan singgah di bazar?

kalau nak kata ibadah.
bukankah bekerja jugak satu ibadah?


ramadhan: tradisi famili kami

Jun 10, 2015

ramadhan bakal menjelang.
sudah menjadi tradisi famili kami akan adakan tahlil, bacaan yasin dan kenduri.
kalau rezeki sedikit kita buat dalam kalangan keluarga saja.
dan keluarga kami pun dah cukup besar.
bila ada rezeki lebih, kami jemput ramai sikit.
panggil orang kampung.
jemput sedara mara, kawan-kawan.

alhamdulillah.
kali ni dapat berkongsi rezeki beramai-ramai.
oleh sebab rumah kami sempit.
pasang kanopi dan bentang tikar.
supaya lebih ramai yg dapat ikut sama.

bacaan yasin dan tahlil yg dipimpin imam kampung.
ustaz farid ravi pun ada datang.
sempat juga  dia bagi tazkirah pendek.
kemudian mengimamkan solat zohor.

akhirnya macam biasa, jamuan makan.
kali ni tak pakai katering atas permintaan ramai yg nak menyumbang tenaga dan sedekah.
menunya masakan kampung.
daging salai masak lomak cili api, sup daging lembu, ayam goreng berempah, rendang daging, sayur-sayur, ikan goreng, ikan masin, ulam, paceri nenas dll.
memang sodap...!

terima kasih juga kepada yg sudi datang.












simpati untuk kawan di MAS

Jun 2, 2015

1 jun.
hari yg kalau boleh tidak ada dalam kalendar.
hari yg ditunggu penuh debar.
hari penentuan. kekalkah atau terpaksa mencari rezeki di tempat baru.

aku ada kawan-kawan yg bekerja di mas.
sebab kawasan kejiranan aku dihuni oleh ramai pekerja di mas ataupun di airport.
ada 4 jiran yg tinggal berselang pintu rumah.

semasa kenduri seorang jiran sabtu lepas.
perbualan kami tak riuh seperti biasa bila kami berkumpul.
masing-masing cuba menyembunyikan perasaan cuak dan bimbang.
menempuh hari yg bakal menjelang.

harinya tiba jua.
tengah hari semalam.
mereka mula menerima berita.
ada yg menerimanya dalam bentuk bungkusan yg dikirim melalui pos laju.
yg lain tak tahulah bagaimana.

mi, salah seorang daripadanya.
dia hantar wassap pada grup kami.
ditunjuknya gambar bungkusan yg diterima melalui pos.
dalam debar itu.
dia tidak terus membukanya.
di dalamnya sama ada surat tawaran atau surat penamatan.
dia tahu itu...



dia ambil keputusan hanya akan membukanya selepas solat asar nanti.
kami rakan-rakan lain memberi sokongan dan semangat.
insyaAllah. yg baik-baik saja untuk mi dan yg lain-lain.

jam 5.
mi hantar wassap susulan.
alhamdulillah, dia masih punya rezeki di mas.
ditawarkan meneruskan khidmat.
tetapi dengan potongan gaji 10 persen.

3 jiran yg lain juga mendapat berita baik.
mereka juga ditawarkan untuk terus bekerja
alhamdulillah.
mereka tidak termasuk antara 6,000 staf lain yg diberhentikan.

kepada yg tidak lagi dapat meneruskan kerja di sana.
bertabahlah.
insyaAllah pintu rezki kita ada di tempat lain.

tentunya sukar bagi mereka.
menghadapi hari depan yg tak menentu.
yg punya anak isteri dan keluarga untuk ditanggung.
sedih dan simpati untuk mereka.