- kerjaya paling stres -

Sep 30, 2012



wajah pucat tapi penuh kelegaan...mancini

wajah innocence de matteo

fuh... AVB mcm buat konsert rock

tension giler - aksi wenger mcm kena tembak

mcm biasa...fergie time. jam org lain semua tak betul

- jangan betulkan skrin anda -

Sep 28, 2012

blog ni under contruction.

berterabur sikit.

sedang adjust mana yg patut.

- kesulitan anda amat  dikesali -

- mu nok make gapo/ekau nak makan apo -



aku boleh bertutur banyak bahasa.
bahasa melayu, english, negori, minang, kelantan, kedah, pahang...ha ha ha

sebenarnya aku baru habis baca satu buku ni.
penulisnya mengkaji bahasa dialek yg semakin pupus.
tapi kajiannya tu tentang dialek bahasa cina.
judul buku tu "mandarin spread in malaysia"ditulis oleh seorang ahli akademik universiti malaya.

jadi, aku cuba letakkan kajian tu alam konteks dialek bahasa negeri di malaysia.

peredaran zaman, penghijrahan kerana mencari pekerjaan dan perkahwinan campur adalah puncanya.
perkahwinan campur antara negeri, antara kaum, antara negara malah antara benua.
kalau pasangan suami isteri berasal dari tempat yg sama, hal ni taklah sulit sangat.

tak payah lah pergi jauh sangat.
aku ambik contoh mudah, famili aku sendiri...

aku berasal dari negeri sembilan.
wifey dari pahang.
kami berkomunikasi dalam bahasa melayu standard.
habis tu kalau dia cakap loghat pahang, aku loghat negori...
macam ayam dengan itiklah jadinya.
itu dipanggil dialek atau loghat daerah.
kalau jumpa sedara mara atau balik kampung sebelah wifey barulah loghat atau dialek pahang itu dipraktikkannya.
begitu jugak dengan aku dengan adik beradik atau sedara mara.

adalah sekali dua, kami tersasul guna istilah loghat ibunda masing-masing.
akan terasa pelik, janggal dan mungkin melucukan...!

jadi kami masih lagi boleh bertutur dalam loghat negeri atau loghat ibunda masing-masing.
memanglah aku punya loghat negori tak berapa pekat.
malah loghat warga nilai tidaklah sepekat loghat negori di rembau atau kuala pilah, misalnya.
mungkin sebab nilai ni dah dekat dengan sempadan selangor...

yang ruginya ialah anak-anak aku.
kami berkomunikasi dengan diorang guna BM standard.
sesekali bila balik kampung, diorang terlopong jugak bila masing-masing cakap loghat daerah.
aku pun rasa silap jugak, tak ajarkan loghat negori pada mereka ni.

aku cuba bayangkan generasi akan datang.
cuba renungkan senario ini...

katalah si suami dari johor dan isterinya dari kedah.
tetapi mereka menetap dan bekerja di kuala lumpur.
anak-anak mereka membesar di kota raya.
bahasa yg digunakan bahasa melayu standard.
generasi berikutnya, terus tinggal sebagai warga kota.
jadi dialek atau loghat daerah tidak lagi dituturkan.

itu belum bab kahwin antara negara.
atau antara benua.
tinggal pula di new york, contohnya.
sudah tentu loghat daerah asal mereka langsung tak terpakai.
apatah lagi anak cucunya kemudian nanti

mungkin dialek atau loghat ni semakin lama makin kurang digunakan.
nak kata pupus tu, mungkin tidaklah.
sebab masih dituturkan oleh mereka yg tinggal di negeri asal.



- mengada-adakan yang tak perlu ada -

Sep 27, 2012




dulu aku bertungkus-lumus belajar. habiskan tenaga, masa dan usia untuk dapat segulung ijazah.
segala penat jerih sudah terbayar.
bersengkang mata untuk studi dan periksa, menyiapkan tugasan dan tesis  sebagai cabaran yg pelu ditempuh.
hari konvokesyen atau graduasi adalah hari penuh kegembiraan dan kelegaan.
hari kesyukuran untuk berkongsi dengan orang tersayang sekeliling kita.
hari penuh sejarah dalam hidup.
nostalgia yg indah untuk dikenang pada hari tua nanti.

itu dulu...
sekarang masuk tadika pun boleh grad. dapat ijazah....ha ha
dah jadi trend pulak sejak kebelakangan ni.



sekarang ni, di sekolah pun turut sama tumpang semangkuk.
cikgu dan pihak sekolah pun nak buat majlis konvo atau graduasi untuk pelajar tahun 6
yg tahun depan akan berhijrah ke 'dunia baru', tingkatan satu.

tak salah, untuk meraikan dan mengucapkan selamat jalan pada mereka yg paling senior kat sekolah tu.
ada sekolah yg buat di dewan sekolah je. memang itulah sepatutnya.
atau disekalikan saja dengan majlis penyampaian hadiah yg biasanya diadakan sebagai acara tahunan setiap hujung penggal persekolahan.

sekarang ni ada trend baru.
buat majlis graduasi di tempat mewah atau eksklusif sikit.
buat kat hotel.
dan ibu bapa yg nak hadir, kena bayar la.
anak-anak yg nak dapat 'segulung ijazah' tu pun kena bayar, tapi dengan harga diskaun oleh pihak sekolah, katanya.
kalau tak pergi, kasihankan anak-anak sebab kengkawannya yg lain datang.
lagipun, ini bukannya majlis calang-calang, ni majlis graduasi!!

ibu dan bapa dicaj sekepala rm50 dan anak rm30, jumlahnya dah rm130.
kepada yg tak mampu?
macam mana...
kalau nak datang digalakkan, kalau tak datang pun tak pe...
take it or leave it!
kata pihak sekolah...

itulah yg aku hadapi sekarang.
semalam, dapat surat dari pihak sekolah.
eril akan jadi graduan sekolahnya.
ada majlis graduasi kat hotel. berserta majlis hi-tea.
...dan aku kena bayar rm130 kalau nak hadir ke majlis itu.

ini bukan soal duit. mungkin ada yg kata kita ni kedekut pulak.
pasal anak pun nak berkira!
tapi soalnya, perlu ke majlis macam ni.
apa faedahnya?

untunglah eril.
banyak kali dapat merasa majlis graduasi/konvo.
tadika sekali, tahun 6 sekali, mungkin tingkatan lima nanti sekali dan masuk U sekali lagi.
kalau dapat masters atau PhD?
fuhh...


- kerusi panas -

Sep 26, 2012

 
 
 
 
kerusi lama. dah berjasa dekat 8 tahun.
masih elok lagi. tak pernah patah & tak pernah jatuh.
walaupun selalu aku goyang-goyang dan pusing-pusingkan

baru sampai, masih berbungkus lagi.
tak mintak ganti pun, tp org nak kasi ambik je...

- hilang kemanusiaan kerana bola -




ya, aku fanatik bola sepak.

dulu,
bola lokal, turun ke stadium tak pernah tinggal,
tak kira hujan, jalan sesak ke apa, penat di ofis
bola luar negara,
kalau live di tv mahu bergaduh dibuatnya kalau tak dapat tengok.
kedai mamak jam 3:00 pagi pun jadi.

sekarang,
dah tak sekerap dulu turun ke stadium.
banyak komitmen lain.
kalau live di tv, masih tak boleh miss. hingga wifey selalunya masam muka.
tak mahu gaduh, terpaksa belikan dua astro, dua tv.
setel!

dengan kengkawan yg tak sekelab (org bola tahu la...) biasanya taklah bergaduh.
sekadar kutuk-mengutuk. omputih kata banter.

kalau kalah, kalah lah. terima saja.
tak bertegur sapa 2-3 hari. walaupun hati sakit juga.
taklah sampai kopakkan kerusi di stadium. bakar bendera.
kalau di luar negara siap ugut nak bunuh pengadil, nak serang pemain bola.

dalam EPL ahad lepas ada pertembungan dua seteru ketat.
manchester united vs liverpool.
kesudahannya liverpool kalah di laman sendiri.
liverpool main lebih baik tetapi kalah.
ramai yg menyalahkan punca kekalahan tersebut kepada keputusan pengadil.
kad merah diberikan kepada pemain liverpool dan penalti yang membawa kemenangan MU.
 
sehingga dua tiga hari, penyokong kedua-dua pasukan 'bertekak' terutama di laman sosial, forum siber malah di ofis...ha ha ha


mungkin di negara kita fanatiknya setakat itu sajalah. tapi apa yg aku baca dalam laporan di akhbar dan laman sosial di Britain sangatlah mendukacitakan dan mengganggu fikiran.



 
mark halsey yg menjadi pengadil dlm perlawanan tersebut (pic) telah menerima abuse  atau maki-hamun yg melampau terutama di laman twitter daripada penyokong fanatik pasukan yg kalah.
 
mark halsey adalah dalam kategori pengadil seniior. pada tahun 2009, halsey telah didiagnosa menghidapi kanser tekak. tetapi kembali bertugas sebagai pengadil pada mac 2010.
berikutan itu ada penyokong fanatik yg melemparkan maki hamun di twitter yg sangat busuk.
 
"i hope mark halsey gets cancer again and dies" (aku harap mark halsey kena kanser semula dan mati) daripada akaun @johnwareing.
"mark halsey should've died of cancer" (mark halsey sepatutnya mati dek kanser) dpd akaun @lfcjohn259.
 
malah diberitakan isteri halsey, michelle juga turut dimaki hamun dalam twitternya!
 
ke manakah hilang kewarasan manusia!
mana perginya sifat kemanusiaan?
fanatik tu janganlah sampai hilang pertimbangan sehingga mendoakan kematian dan penderitaan orang lain sebagai sasaran kemarahan.

aku juga fanatik bola.
tapi masih waras dan masih punya sifat kemanusiaan...!




- jalan-jalan layan perut . . . 6

Sep 25, 2012

 
 
 
 
lunch hour tadi pergi bank. yes...gaji dh masyuuuk.
sebenarnya bulan ni terasa agak panjang sebab gaji dpt cepat sempena raya
mujur juga dpt bonus raya...kalau tak?
tapi lunch hari ni tapau je. singgah kat the baker's cottage, section 14 P. Jaya

ada 26 branch kat seluruh negara... (yg ni pic cilok dpd web site)

mcm biasa tak boleh miss...chicken floss bun

tapau...mcm 3 org punya makan, ha ha

- satu majlis tapi dua pasang pengantin -

 
 
 
 
ahad.
aku ke majlis kenduri di bandar bukit mahkota.
kalau nak elak tol ada jalan short cut dari nilai 3, tak payah ikut highway PLUS.
majlis kenduri kira pangkat bapak sedara aku lah jugak
majlisnya meriah. khemahnya panjang berderet. makanan eh pun sodap...
selain tu ada jugak port sate, abc dan cendol, kuih tradisonal nyonya...
dah mcm majlis open house pulak.
lagipun pengantinnya, dua pasang. ramailah tetamu yg datang.

 
 
cak pong cak pong..'hai selamat pengantin baru'. ..kompang dh bunyi...

pengantin baru sampai...

menunya best termasuk ada daging salai msk lomak cili api, petai, sambal belacan & ikan masin
selain menu standard nasi minyak, ayam masak merah, rendang, acar dll

tengok betul2 ada sepasang lagi pengantin baru tiba (baju biru)


tu dia dua pasangan mempelai, pink dan biru...